Pasukan e-sukan Rules of Survival Malaysia, ‘8X’ berjaya meraih tempat kedua semasa Grand Final Kejohanan SEA pada hujung minggu lepas. Mereka terdiri daripada 4 orang anak muda dari tanah air yang hebat, berjaya membawa pulang wang sebanyak MYR 48, 000.
Mereka berkata yang kemenangan itu diperoleh apabila mereka banyak melakukan kajian yang sangat teliti akan corak permainan pihak lawan, iaitu permainan pihak Thailand. 4 orang anak muda tersebut bernama Raden Amer Farouqi Radin Jayakasuma ( Kapten), Muhammad Afiq Abdul Aziz, Muhammad Abdul Samad dan Muhammad Danial Shahrom. Kejohanan ini berlangsung di Bangkok, Thailand. Beberapa negara lain juga turut serta dalam kejohanan SEA kali ini termasuk Filipina, Singapura, Vietnam, Indonesia dan Brunei.
Jadi, kami ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada dunia!
@gamersantaimy
Discussion about this post