Dulu, teringat pergi CC, main game Left 4 Dead ramai-ramai. Yang paling sengal, kepada mereka yang pergi suluh torchlight dekat Witch, lepastu, kena kejar, dan mintak tolong member lain. Bukan itu yang aku nak ceritakan, tetapi, Earthfall, game yang korang boleh bermain bersama rakan korang. Nak tahu lagi, jom, follow aku untuk entri Earthfall ni.
Okay, Earthfall ni, bagi aku sebijik macam Left 4 Dead, cuma yang menarik dia, korang tak berlawan dengan zombi, korang akan berlawan dengan sekawanan alien yang menyerang bumi! Apa yang menarik pasal game Earthfall ni, korang boleh buat kubu untuk korang bertahan dan juga mencapai objektif korang. Juga, korang boleh letak sentri gun bila korang dah naikkan kubu korang. Menarik kan?
Jadi, kepada mereka yang suka bermain game Co-Op shooter, boleh lah cuba beli dan main game Earthfall ni. Ianya ada di Steam, dan baru sahaja keluar dari fasa Early Access. Berharga MYR 51, bagi aku berbaloi untuk korang dapatkan game ni. Di bawah aku sediakan LINK untuk korang beli game ni kepada mereka yang berminat.
@gamersantaimy
Discussion about this post