Selepas lebih dari seminggu dengan acara meneka nama permainan terbaru di platform mobile untuk siri Kingdom Heart terbaru seperti yang kami kongsikan sebelum ini, secara rasmi namanya telah diumumkan! Sebelum ini projek permainan terbaru Kingdom Heart ini diberi nama kod “Project Xehanort.” Ianya dinyatakan akan hadir ke platform mobile pada musim bunga tahun ini dimana ianya memberi fokus utama kenapa Xehanort menjadi Seeker of Darkness.
Akhirnya, acara meneka nama permainan ini telah ditutup dan diumumkan secara rasmi di Twitter project ini. Anda dah bersedia dengan nama permainan ini? Ianya adalah Kingdom Hearts Dark Road dan segala kemaskini atau informasi selanjut mengenai permainan ini akan dikongsikan dalam pertengahan bulan Februari ini.
The official title for Project Xehanort is KINGDOM HEARTS DARK ROAD
Additional info will be released after mid-February.
For the winners of our #KHNameContest, we will begin sending direct messages through this account soon. Thank you for your patience. #KHDR pic.twitter.com/gkwr2podgv
— KINGDOM HEARTS DARK ROAD (@kh_dr_na) January 31, 2020
Buat masa ini tiada banyak lagi maklumat yang dikongsikan hanya sebuah teaser pendek menunjukan logo permainan Kingdom Hearts Dark Road ini.
https://twitter.com/kh_dr_na/status/1223093749246382080
Siapa sebenarnya Xehanort ni? Dia merupakan bekas Master Keyblade yang obses dengan perang Keyblade dan membawa dia pendirianya ke jalan yang gelap. Dia mencuba untuk menaik tarafkan χ-blade dan mencetuskan satu lagi Perang Keyblade, tetapi tiga pemuda wielders Keyblade menghentikanya. Jadi musim bunga ini kita akan melihat sendiri Xehanort versi muda yang akan difokuskan dalam permainan ini dan bangkitnya menjadi penjahat utama di siri ini.
Dikatakan terdapat 10 pemenang telah dipilih untuk acara meneka nama permainan ini dan akan di DM oleh wakil Square Enix. Jadi tahniah kepada pemenang dan nantikkan sebenarnya permainan Kingdom Hearts Dark Road ini akan mengfokuskan jalan permainanya seperti Kingdom Heart biasa dengan bergenrekan RPG aksi atau berlainan kerana ianya merupakan permainan mobile. Nantikan Februari ini pengumuman rasmi dari pasukan Kingdom Hearts Dark Road !
@gamersantaimy
Discussion about this post