Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

KAIJU terkuat yang pernah mengalahkan Ultraman! Daripada Zetton ke King Joe!

Kaiju manakah menjadi kegemaran kamu?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 24, 2020 - Updated on March 3, 2020
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia
0 0
0
KAIJU terkuat yang pernah mengalahkan Ultraman! Daripada Zetton ke King Joe!
Share on FacebookShare on Twitter

Kali ini saya ingin hidangkan sesuatu yang lain daripada lain. Daripada berbincang tentang Ultraman, mari kita bercerita tentang antagonis yang mereka hadapi. Dalam senarai ini, fokus diberi kepada Kaiju. Senarai ini memberi tumpuan kepada antagonis utama dan bukan raksasa atau makhluk asing yang Ultraman bertarung setiap minggu.

Ultra Man Fight GIF from Ultraman GIFs

Kalau nak kira setiap antagonis daripada siri pertama Ultraman, senarainya sangat panjang. Jadi di sini, saya ingin menceritakan tentang Kaiju kuat yang pernah mengalahkan hero kegemaran kami semua, Ultraman. Mari kita mulakan!

ZETTON

Dalam pertempuran dengan Ultraman, ZETTON mengalahkan Ultraman dengan keupayaannya untuk teleport dan menghasilkan pelindung elektromagnetik untuk melindungi dirinya daripada “Ultra Slash” Ultraman yang mampu membunuh musuh. Pada akhirnya, ZETTON berjaya mengalahkan Ultraman dengan menukar “Spacium Beam” kepada gelombang yang tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, sejurus selepas kekalahan Ultraman, Arashi, yang merupakan ahli SSSP, menembak bom “zero gravity” kepada ZETTON dan mengalahkannya.

Gomoro

Dalam pertempuran dengan Ultraman di Osaka, Gomora mengalahkan Ultraman dengan serangan Mega-ton yang kuat. Ultraman tetap bangkit, dan akhirnya berjaya kalahkan Gomoro. Malangnya, itu bukan kali terakhir Gomoro muncul. Ia kemudian mengamuk di istana Osaka tetapi masih dikalahkan oleh Ultraman selepas ditembak dengan “Spacium Beam“.

Tyrant

Tyrant adalah Kaiju yang yang menggabungkan beberapa bahagian Kaiju yang pernah dikalahkan oleh Ultra Brothers pada masa lalu. Setelah mengalahkan Zoffy yang sedang meronda di Neptune, Tyrant berhadapan dengan Ultra Brothers di planet lain, lalu mengalahkan mereka semua. Daya ketahanan Tyrant sangat tinggi dan menjadikannya mampu menahan serangan Spacium Ray Ultraman Jack dan Metalium Ray Ultraman Ace. Selepas Tyrant tiba di Bumi, pertarungan sengit antara Taro bermula. Cangkuk Tyrant telah dipotong oleh serangan Blue Laser semasa pertarungan tetapi kemudian berubah menjadi Ultra Lance. Ini merupakan kesilapan kerana Ultra Lance dibuang balik ke arah Tyrant lalu memusnahkannya.

King Joe

King Joe telah dihantar oleh Alien Pedan untuk menyerang kedutaan U.N. untuk melindungi bumi, Ultraseven tiba untuk melawan robot itu. Pada awalnya, King Joe telah berjaya mengalahkan Ultraseven. Sebaik sahaja King Joe berpusing, Ultraseven menyerang King Joe dari belakang dan ia terhempas ke tanah. King Joe kemudian berpecah kepada empat kapal dan memilih untuk berundur. Tidak lama kemudian, King Joe menyerang beberapa kapal tangki minyak di Tokyo Bay. Ultraseven tiba sekali lagi dan nasib tidak menyebelahi robot gergasi itu kerana ia dimusnahkan oleh serangan Wide Shot.

Dark Lugiel

Ultraman Ginga dan Dark Lugiel pada asalnya merupakan satu entiti, tetapi pandangan mereka yang bercanggah menyebabkan mereka berpecah. Dark Lugiel percaya bahawa semua bentuk kehidupan harus dihapuskan, manakala Ginga menganggap bahawa semua bentuk kehidupan akan membawa kemakmuran. Selepas menjadi dua entiti berasingan, Ginga mewarisi cahaya manakala Dark Lugiel mendapat kegelapan. Ultraman Ginga dan Ultraman Taro kemudian mencabar Dark Lugiel, tetapi merea dikalahkan oleh kekuatan Dark Lugiel. Bagaimanapun, Ultraman Ginga akhirnya berjaya kalahkan Dark Lugiel dan selamatkan semua Spark Dolls.

Belial

Belial pernah menjadi pahlawan yang paling berkuasa dan dihormati di Land of Light, sehingga ketamakan mengaburi mindanya dan dia cuba mencuri Plasma Spark untuk memiliki kuasa ynag tidak terhingga. Belial dibuang ke sebuah planet terasing kerana kejahatannya terhadap kaum Ultra, di mana dia menemui Alien Rayblood. Rayblood mengurniakan kepadanya kuasa Reionyx, yang merosakkan lagi diri Belial menjadi penjahat yang kita kenal hari ini. Walaupun menjadi antara antagonis paling kuat yang pernah oleh hero kami, kekuatan Belial benar-benar terserlah selepas berubah kepada Belial Atrocious, di mana dia menggunakan kekuatan barunya untuk menewaskan Ultraman Zero dan Father Ultra.

Tags: BelialDark LugielGomoroKaijuKing JoeTyrantUltramanZetton
Previous Post

Pelbagai Game diskaun sehingga 75% di Steam sempena Lunar New Year Sale!!!

Next Post

Warcraft III: Reforged baru dah nak keluar! Jom lihat 5 game yang seangkatan denganya!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Warcraft III: Reforged baru dah nak keluar! Jom lihat 5 game yang seangkatan denganya!

Warcraft III: Reforged baru dah nak keluar! Jom lihat 5 game yang seangkatan denganya!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd