Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ni gempak ni! Filem Anime The Witcher dalam pembikinan untuk Netflix!!

Baru sahaja habis musim pertama siri musim pertama kini anime pula?!

Nyny.A by Nyny.A
January 23, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Ni gempak ni! Filem Anime The Witcher dalam pembikinan untuk Netflix!!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru sahaja musim pertama siri aksi live The Witcher episod ke-8nya habis, kini ada pula berita hangat terbaru yang dikongsikan sendiri oleh Netflix! Siapa tidak tahu, hasil kejayaan siri musim pertama The Witcher menjadi satu kejayaan dengan banyak penonton.

The Witcher merupakan kisah Geralt seorang pemburu raksasa yang diadaptasi dari siri buku dan permainan videonya. Kini, Netflix yang juga platform streaming produksi media dalam talian telah mengumumkan bahawa mereka sedang menghasilkan satu projek besar untuk The Witcher. Yang dimaksudkan adalah filem The Witcher versi anime kini dalam pembikinan dan diberikan tajuk “The Witcher: Nightmare of the Wolf“ dan akan melihat “ancaman baru yang dihadapi Benua yang tidak didedahkan“.

Henry Cavill sebagai Geralt of Rivia dalam siri aksi live The Witcher @ Netflix

The rumors are true, a new Witcher story is in the works! The anime film, The Witcher: Nightmare of the Wolf, will take us back to a new threat facing the Continent. Brought to you by the Witcher team @LHissrich and @BeauDeMayo, and Studio Mir the studio behind Legend of Korra.

— Netflix Geeked (@NetflixGeeked) January 22, 2020

Netflix menyatakan bahawa filem ini akan dikendalikan oleh Studio Mir yang juga studio animasi disebalik The Legend of Korra dari pasukan Lauren S. Hissrich dan Beau DeMayo yang juga merupakan penerbit dan penulis siri aksi live akan terlibat. Jika mereka lah yang membuat filem animasi The Witcher ini, sudah pasti hasilnya akan menjadi sangat tertarik!

The Legend of Korra

Menurut dan berdasarkan butiran awal, tiada banyak pekara lagi yang didedahkan. Masih tiada sebarang petunjuk bila permulaan projeknya atau bila dijangkakan filem itu akan ditayangkan di udara. Episod terakhir The Witcher dalam aksi live tergantung dengan kesudahan Ciri yang baru berjumpa dengan Geralt, dan Netflix akan memulakan pegambaran musim kedua bermula Februari ini dan mungkin ia akan ditayangkan dalam hujung tahun ini juga ataupun tahun 2021.

The Witcher Episod 8 Ciri dan Geralt

Sama ada meggunakan pelakon yang sama dari siri aksi live seperti Henry Cavill, Anya Chalotra, Freya Allan dan Joey Batey untuk alih suara watak dalam filem anime mengikut watak masing-masing ataupun menggunakan pelakon lain, itu semua masih menjadi tanda tanya. Harap-harap dalam masa terdekat Netflix akan mengumumkan lebih lanjut mengenai projek filem anime ini!

Tags: animeFilem Anime The WitchernetflixThe WitcherThe Witcher: Nightmare of the Wolf
Previous Post

Asyik kalah main Marvel Super War? Usha tips simple yang mungkin boleh bantu korang ni!

Next Post

Digivice LAST EVOLUTION KIZUNA dilancarkan khas sempena keluaran filem! Bersama item eksklusif lain!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
Next Post
Digivice LAST EVOLUTION KIZUNA dilancarkan khas sempena keluaran filem! Bersama item eksklusif lain!

Digivice LAST EVOLUTION KIZUNA dilancarkan khas sempena keluaran filem! Bersama item eksklusif lain!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd