Tsubiraya Production dengan gembiranya telah mengumumkan pada kesemua peminat ULTRAMAN dan sempena kehadiran anime terbaru yang akan ditayangkan di Netflix, memperkenalkan sebuah permainan video untuk telefon pintar anda yang diberi nama “ULTRAMAN: BE ULTRA“! Dijangkakan akan keluar pada musim bunga tahun 2020, pra-pendaftaran bagi permainan ini juga kini dibuka serta laman web rasmi permainan ini turut dikeluarkan 10 Januari 2020 lepas!
Selain itu, PV terbaru ULTRAMAN: BE ULTRA turut ditayangkan di laman YouTUbe mereka dan PV ini turut akan menjadi iklan komersial di sesetengah negara. Anda boleh sasikan PV nya dibawah ini;
Watak-watak hebat dari siri ini seperti Seiji Hokuto, Dan Moroboshi dan Shinjiro Hayata turut akan mengungguli dalam permainan mobile ini.
Permainan ini masih tidak diketahui ciri-cirinya, hanya sebuah tweet di twitter mengongsikan sedikit hint permainan ini;
【事前登録開始!】
こちらは開発現場での両先生によるテストプレイ中の一コマまだ詳細をお見せ出来ないのが残念ですが、
文字通り"ULTRA爽快バトルアクションゲーム"で、
原作者納得の仕上がりで絶賛開発中です!新情報も続々発表するので、今春のリリースを楽しみにお待ちください!#ULTRAMAN pic.twitter.com/PXdzW70zeg
— 「ULTRAMAN」漫画&アニメ公式 (@heros_ultraman) January 10, 2020
Ternampak disini permainan ini merupa jenis RPG aksi dan memerlukan setiap watak kita menjadi Ultraman dan menewaskan kaiju mungkin atau musuh biasa yang menghalang misi. Dalam segi sama ada ianya akan menjadi sejenis gatcha game atau tidak, masih tidak dapat dilihat, mungkin iya juga kerana zaman sekarang ini semuanya nak nampak mudah!
Dalam pengumuman pra-pendaftaran ini, pemain yang mendaftar turut berpeluang untuk mendapat 1650 Specium jika mencapai 100,000 pendaftaran! Ganjaran Specium ini akan diberikan ketika permainan dilancarkan, juga jika pendaftaran ini mencapai gol mereka, dikatakan ganjaran baru akan hadir juga lepas ini dan kemungkinan ianya termasuk watak Ultraman!
Jadi cara untuk mendaftar adalah dengan ke laman web rasmi ULTRAMAN: BE ULTRA, anda perlu mengikuti Twitter mereka @UltramanBeultra dan kemudian daftar melalui LINE dengan scan QR code mereka. Segala informasi terbaru akan terus dikemaskini di laman Twitter mereka, jadi anda sebagai peminat Ultraman tidak patut terlepas peluang bersama ganjaran hebat untuk permainan ini dan daftar lah sekarang sebelum terlambat!
Siri anime Ultraman di Netflix ini dijangka akan hadir April 2020 ini manakala permainanmobile ULtRAMAN: BE ULTRA ini pula dijangkakan hadir musim bunga tahun ini juga.
Sumber: GamerBraves
@gamersantaimy
Discussion about this post