Biar betul? Cerita dia NVIDIA tidak dijangka yang mereka akan membawa masuk GPU mereka yang terbaru dalam masa terdekat ni. Memandangkan lebihan stok daripada Miners yang sedang bertungkus lumus menjual kembali GPU mereka untuk mengurangkan kerugian. Tapi, nampaknya ia telah di bocorkan oleh wakil Lenovo semasa E3 2018, di dalam interview bersama seorang YouTuber yang bernama ‘Brainbean’.
Cuba korang fast forward ke minit 2:50 dan dengar apa yang wakil dari Lenovo bagitahu dia:
“And up to 1060 at this time, of course, with the NVIDIA 11 series time to market later this fall would get those GPUs as well”
Jadi, itulah dia, kita boleh jangka kan yang GPU NVIDIA GeForce 1160 didedahkan pada musim luruh pada tahun ini. Mungkin pada bulan September ini? Biasanya GeForce GTX 1170 dan juga GeForce GTX 1180 yang akan keluar dulu.
So, apa kata korang? Adakah korang akan upgrade GPU korang sekarang, atau tunggu sehingga NVIDIA GTX 11 ni keluar baru korang upgrade? Sila tinggalkan pandangan anda.
@gamersantaimy
Discussion about this post