Dunia Yu-Gi-Oh memang sukar dan tiada belas kasihan. Dalam siri asal, setiap pertempuran boleh mengakibatkan seseorang kehilangan roh. Antagonis pun akan membuang sahabat baik anda ke dalam lautan jika anda tidak ingin mengaku kalah atau berikan kad yang dia mahukan.
Perkara-perkara seperti ini yang menghiburkan saya pada hujung minggu semasa melihat Yu-Gi-Oh di NTV7, dan itulah yang membuat saya masih minat siri anime ini walaupun usia sudah lanjut. Oleh itu, kita akan melihat LIMA episod terbaik dari siri menurut ranking mereka di IMDB.
Friends Til The End, Part 2 – 9.5
Walaupun Marik mampu menghasut Joey untuk bekerja di sisinya, itu tidak bererti dia menang pada penghujung hari. Dalam satu pertarungan yang sengit di mana Yugi bukan sahaja perlu memikirkan cara untuk menang, dia juga harus menyelamatkan Joey daripada dibuang ke lautan. Di sini, persahabatan telah memainkan peranan yang penting, dan mereka berjaya lepas daripada “mind control” Marik. Akibatnya, Marik gagal menewaskan Yugi dan mereka terselamat daripada situasi bahaya ini.
Mime Control , Part 3 – 9.5
Mime Control Part III ialah antara episod paling epik dalam Yu-Gi-Oh. Setelah beberapa kali gagal menewaskan Yami, akhirnya Marik menemui cara baru dengan menggunakan kuasa penuh Slifer the Sky Dragon. Ia adalah kombinasi menggerunkan di mana Yugi sendiri tidak dapat lawan, dan menghampiri ambang kekalahan. Nasib baiklah, Kaiba bersorak agar teruskan usaha, di mana Yugi datang dengan idea tersendiri untuk mengalahkan kombo ini. Episod ini menampilkan salah satu perlawanan jarang berlaku di mana sebuah pihak kalah tanpa HP mereka ditolak ke kosong.
The Final Duel, Part 1 – 9.7
Semuanya bakal berakhir di sini. Selepas mengalahkan Zorc, musuh terakhir Yugi bukan sesiapa kecuali Yami (Atem) sendiri! Untuk Atem bersemadi dengan aman, Yugi harus mengalahkannya dalam perlawanan paling susah pernah dia hadapi. Adakah Yugi akan memberi peluang kepada Atem? Adakah Atem akan berlembut dengan Yugi? TIDAK! Atem memulakan perlawanan dengan menyeru ketiga-tiga kad Dewa Mesir pada masa yang sama. Nampak gaya memang takde “chance” langsung.
The Final Duel, Part 2 – 9.8
Situasi menjadi semakin sukar untuk Yugi, ketika dia melihat ketiga-tiga kad Dewa Mesir yang Atem seru dalam satu giliran. Mereka bermain dengan lebih pantas dan liar kerana kad-kad ini tidak boleh dipengaruhi oleh Spell dan Trap card. Sambil itu, Yugi berterusan melindungi kad Silent Swordsman dan Valkyrion the Magna Warrior daripada serangan Atem. Akhirnya, Yugi berjaya menyingkirkan ketiga-tiga kad Dewa ini dengan satu Trap card, Mirror Force. Agak kelakar memandangkan ia hanya memerlukan satu Trap Card untuk menyingkirkan tiga raksasa yang kuat, tetapi macam itu juga lah perlawanan kad dalam kehidupan sebenar.
THE FINAL DUEL, PART 3 – 9.8
Pertempuran Yugi untuk mengalahkan Atem bermula pada episod ini. Dua episod pertama hanya menampilkan Yugi sedang bertahan, dan mengalahkan kad Dewa. Episod ini dipenuhi dengan pelbagai strategi dan kombo yang Yugi dan Atem pernah guna sepanjang siri seperti Gazelle, Curse of Dragon, Gaia dan Dark Magician di mana Yugi berjaya mencederakan HP Atem. Episod ini membantu kita mengetahui sejauh mana Yugi berkembang, sambil menunjukkan status Atem sebagai “King of Games“.
@gamersantaimy
Discussion about this post