Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pelopor Santoryu!! Setiap pedang legenda yang pernah dimiliki Roronoa Zoro!

Dari awal siri sehingga kini.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 27, 2019
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Pelopor Santoryu!! Setiap pedang legenda yang pernah dimiliki Roronoa Zoro!
Share on FacebookShare on Twitter

Roronoa Zoro ialah pahlawan hebat dengan potensi besar untuk menjadi lebih kuat dan merupakan salah satu ahli paling kuat dalam krew Straw Hat dengan bounty keempat tertinggi bernilai 320,000,000 berries. Dia adalah seorang pakar pedang kuat yang tidak memiliki Devil Fruit, tapi sebaliknya menggunakan gaya pertempuran pedang unik yang dikenali sebagai Santoryu. Seni pedang ini melibatkan Zoro memegang pedang di setiap tangan bersama dengan satu pedang di dalam mulut.

Zoro One Piece GIF from Zoro GIFs

Sebagai seorang pakar pedang, Roronoa Zoro telah mempunyai banyak pedang berbeza di One Piece. Beberapa pedang hanya bersama Zoro untuk tempoh yang sekejap, manakala yang lain masih dimiliki Zoro sehingga hari ini. Setiap pedang yang dipakai Zoro sudah tentu istimewa, dan ada keistimewaannya sendiri. Ingin tahu apa yang special? Berikut adalah senarai pedang legenda yang pernah dimiliki oleh Roronoa Zoro dalam One Piece!

Wado Ichimonji

Wado Ichimonji adalah pedang kelas Saijō Ō Wazamono (Great Grade Swords) yang diterima oleh Zoro dari Koshiro. Pada mulanya, pedang ini sepatutnya diserahkan kepada Kuina, seorang gadis yang berjaya mengalahkan Zoro sebanyak 2001 kali. Oleh kerana kematian Kuina, Zoro menjadi tuan Wado Ichimonji dan berjanji kepada dirinya sendiri untuk menjadi pakar pedang terhebat di dunia. Sehingga kini, Roronoa Zoro masih membawa pedang ini, dan kemungkinan besar dia akan membawanya sampai hari dia berjaya mengalahkan Dracule Mihawk. Semasa time-skip, kawalan Zoro terhadap Wado Ichimonji telah meningkat dengan hebat, dan ia bertambah baik lagi di negara Wano.

Yubashiri

Salah satu pedang awal yang mempunyai nama, Yubashiri diberikan kepada Zoro oleh Ipponmatsu yang kagum dengan keberaniannya semasa story arc Logue Town. Salah satu pedang kelas Ryō Wazamono (Skillful Grade Swords), Yubashiri adalah pedang yang sangat kuat, tetapi bukan antara yang terbaik dalam siri. Yubashiri ialah satu pedang yang patuh arahan tuannya, tidak seperti pedang-pedang lain yang dimiliki Zoro. Malangnya, Yubashiri dipatahkan oleh Shu, salah seorang Marine Captain di Enies Lobby. Zoro memberi penghormatan kepada Yubashiri selepas story arc Thriller Bark dan kemudian menggantikannya dengan pedang lain.

Sandai Kitetsu

Sandai Kitetsu adalah salah satu lagi pedang hebat yang ditemui di Logue Town. Tidak seperti Yubashiri, Sandai Kitetsu adalah pedang yang bertaraf lebih rendah, dan merupakan salah satu Wazamono (Grade Swords). Berbanding dengan Yubashiri, pedang ini sangat sukar dikuasai, menurut Roronoa Zoro. Ini mungkin kerana Sandai Kitetsu adalah cursed blade, dari keluarga Cursed Kitetsu. Bagaimanapun, sama seperti pedang lain, ia tidak mengambil masa terlalu lama untuk Zoro mahirkan Sandai Kitetsu. Sehingga kini, Zoro masih menggunakan pedang ini untuk menewaskan mereka yang menghalang jalannya.

Shusui

Salah satu pedang terkuat di seluruh siri One Piece, Shusui pernah digunakan oleh samurai terkenal, Shimotsuki Ryuma. Selepas kematiannya, pedang dan mayat Ryuma dicuri oleh Moria, yang kemudiannya menggunakannya untuk memperkuatkan tentera undead-nya. Selepas bertarung dengan Roronoa Zoro, Ryuma kagum dengan keberanian Zoro dan akhirnya memberi Shusui kepadanya. Shusui adalah salah satu daripada pedang kelas Saijō Ō Wazamono (Great Grade Swords) dan diklasifikasikan sebagai Kokuto (black blade), yang bermaksud ia lebih kuat daripada pedang biasa!

Enma

Enma adalah salah satu pedang milik samurai legenda, Kozuki Oden dari negara Wano. Bersama dengan Ame no Habakiri, Oden menggunakan pedang ini untuk menyempurnakan gaya ‘Oden Nitoryu‘. Selepas kematiannya, pedang ini diserahkan kepada anak-anaknya. Kozuki Momonosuke menerima Ame no Habakiri manakala Kozuki Hiyori mendapat Enma, yang kemudian diserahkan kepada Roronoa Zoro, yang baru saja memulangkan Shusui ke negara Wano. Enma adalah pedang yang sangat-sangat kuat, dan hanya beberapa individu terpilih sahaja yang mampu memegangnya kerana pedang ini akan menyerap semua Haki dari tubuh pengguna. Hasil daripada perbuatan ini, serangan yang dikeluarkan dari pedang ini jauh lebih kuat dari asal. Zoro kini sedang berlatih untuk mengawal Enma dengan sempurna dan nampaknya dia akan berjaya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeone piecePedangRoronoa Zoro
Previous Post

Ingat lagi Glitch dalam WWE 2K20? Ini glitch game lain pula yang pasti buat anda terhibur!

Next Post

Screenshot Digimon Survive menampilkan pelbagai yang baru termasuk kehadiran Fangmon!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Screenshot Digimon Survive menampilkan pelbagai yang baru termasuk kehadiran Fangmon!

Screenshot Digimon Survive menampilkan pelbagai yang baru termasuk kehadiran Fangmon!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd