Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Patapon 2 akan diremake?! Juga demo Final Fantasy VII Remake akan berada di PlayStation 4 tahun 2020!

Tak yang paling penting Patapon nak remake balik ni!

Nyny.A by Nyny.A
December 26, 2019
in Artikel, Berita, PS4
0 0
0
Patapon 2 akan diremake?! Juga demo Final Fantasy VII Remake akan berada di PlayStation 4 tahun 2020!
Share on FacebookShare on Twitter

Wah nampaknya ada sesuatu yang menarik bakal hadir di PlayStation 4 tahun hadapan! Sebuah laman web yang bernama Gamstat yang sering mengemaskini tambahan permainan atau koleksi terbaru dalam PlayStation Store baru juga menambah ikon dan dua permainan baru yang menarik perhatian ramai. Yang pertama adalah Demo Final Fantasy VII Remake dan yang kedua menjadi perhatian adalah sebuah permainan yang menjadi fenomena dahulu terutama pada pengguna PSP dan PS Vita iaitu Patapon 2 telah diremaster!!

Dah beberapa kali kami mendengar demo Final Fantasy VII Remake ni akan hadir, serta beberapa percubaan telah dibuka untuk orang ramai seperti di E3 2019, Gamescom 2019, GameStart 2019 dan banyak lagi. Kebocoran ikon yang tersebar ini merupakan GamStat dari store Asia, Amerika, Eropah dan Jepun.

Seperti yang disebutkan diatas sebentar tadi yang menjadi perhatian adalah sebuah permainan yang pernah menjadi fenomena dalam tahun 2009 kini akan dilakukan semula iaitu Patapon 2 Remastered! Patapon 2 adalah sebuah permainan video oleh Sony Computer Entertainment yang diterbitkan untuk konsol PlayStation Portable. Ia menggabungkan ciri-ciri permainan irama dan permainan god game. Judul ini dibuat dari dua onomatopoeia Jepun, pata (berbaris) dan pon (drum). Permainan ini dipersembahkan dalam persekitaran dua dimensi, kartun, silhouetted dan menampilkan pemain yang bertindak sebagai dewa yang memerintah tentera makhluk puak kecil karikatur dengan menewaskan melalui gendang mengikut rentak yang diberi. Permainan ini dibangunkan oleh Pyramid dan dihasilkan oleh Japan Studios. Ia merupakan sekuel terus kepada Patapon.

Ini bukan satu-satunya kebocoran baru-baru ini dari Gamstat. Kembali pada minggu pertama Disember 2019, ikon Residen Evil 3 dan Resident Evil: Resistance di PlayStation Store telah dibocorkan. Sekitar satu minggu kemudian, semasa Play of State 2019, Residen Evil 3 telah diumumkan secara rasmi, Residen Evil: Resistance pula didedahkan sebagai mod multiplayer dan ia telah diberikan tarikh pelepasan 3 April 2020.

Final Fantasy VII Remake akan hadir tidak lama lagi iaitu 3 March 2020, jadi demo ini kemungkinan akan hadir dalam awal tahun dalam masa terhad sebelum pelancaran rasminya. Manakala Patapon 2 Remaster adalah sebuah permainan yang dilakukan semula untuk PlayStation 4.

Sumber: Gematsu

Tags: final fantasy vii remakeGamstatLeakPatapon 2 RemasterPlayStation 4playstation store
Previous Post

Pikachu Terkejut VS Sasuke Dicekik: Meme anime mana yang memenangi 2019?

Next Post

HENSHIN!! Sejarah penuh setiap Kamen Rider di era Shōwa! (1971 – 1989)

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
HENSHIN!! Sejarah penuh setiap Kamen Rider di era Shōwa! (1971 – 1989)

HENSHIN!! Sejarah penuh setiap Kamen Rider di era Shōwa! (1971 - 1989)

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd