Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Warcraft III: Reforged ditetapkan untuk tarikh keluaran 29 Januari 2020 dan tersedia untuk pesanan pra-digital sekarang!

Versi Spoils of War Edition mempunyai pelbagai ganjaran menarik untuk pemain.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 18, 2019
in Artikel, Berita, PC
0 0
0
Warcraft III: Reforged ditetapkan untuk tarikh keluaran 29 Januari 2020 dan tersedia untuk pesanan pra-digital sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Warcraft III: Reforged, rekaan semula kepada permainan real-time strategy paling terkenal oleh Blizzard akan keluar pada 29 Januari! Warcraft III: Reforged mengandungi Warcraft III: Reign of Chaos yang asal dan expansionnya, The Frozen Throne serta menampilkan tujuh single-player campaign yang merangkumi lebih dari 60 misi. Diberi peningkatan grafik, perubahan audio, dan penambahan ciri-ciri matchmaking baru di Battle.net, Warcraft III: Reforged akan mengubah pengalaman strategy yang kita semua tahu.

Warcraft III: Reforged tersedia untuk pembelian pra-digital sekarang di Blizzard Shop. Versi Standard Edition tersedia untuk $29.99 (RM124.24) manakala versi Spoils of War Edition bernilai $39.99 (RM165.67). Edisi istimewa ini dilengkapi dengan skin hero unik untuk Arthas, Cenarius, Jaina, dan Thrall. Juga termasuk dengan edisi ini adalah pelbagai bonus in-game untuk permainan video Blizzard lain yang akan dibuka serta-merta selepas pre-purchase, seperti Meat Wagon mount untuk World of Warcraft, Third War cardback untuk Hearthstone, Mal’ganis pet untuk Diablo III, dan banyak lagi. Untuk maklumat penuh tentang keseluruhan bonus dalam edisi Spoils of War, kamu boleh lihat blog ini.

 

1 of 5
- +

Ciri-Ciri Utama Warcraft III: Reforged

  • Perubahan Graphic yang Drastik
  • Warcraft III: Reforged membawa permainan asal ke era moden dengan watak, struktur, persekitaran, animasi, dan kesan grafik yang telah diubahsuai sepenuhnya.
  • Multiplayer antara Mana-Mana Versi
  • Pemain dapat bermain dengan sesiapa sahaja yang memainkan Warcraft III, tidak kisah yang asal atau Reforged.
  • Lakonan suara yang Sama
  • Reforged akan mengekalkan suara permainan asal dari rakaman, memelihara keaslian pengalaman Warcraft III.
  • World Editor Baru
  • World Editor baru memberi kuasa kepada komuniti untuk mencuba benda baru, dengan beratus-ratus trigger baru, sokongan skrip LUA, alat baru untuk mengimport model, dan lebih banyak penambahbaikan lain.
  • Implementasi Battle.net
  • Pemain akan menikmati ciri-ciri lengkap Battle.net untuk meningkatkan lagi pengalaman Warcraft III mereka, termasuk text dan voice chat, clan, serta installation dan patching yang lancar.

Untuk maklumat lanjut mengenai Warcraft III: Reforged, kamu boleh lihat laman web rasmi di sini.

Tags: BlizzardReal Time StrategyReworkedWarcraft III: Reforged
Previous Post

Bukan kita saja yang ada kerja Part time, Superheroes MARVEL pun ada kerja sampingan okay!

Next Post

3 tahun lebih berlalu~ akhirnya MEGATON MUSASHI sah hadir tahun depan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
3 tahun lebih berlalu~ akhirnya MEGATON MUSASHI sah hadir tahun depan!

3 tahun lebih berlalu~ akhirnya MEGATON MUSASHI sah hadir tahun depan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd