Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Serigala legenda & makhluk asing?? Mari kenal dengan Legendary Pokémon di Sword & Shield!

Segalanya yang saya tahu tentang Zacian, Zamazenta, & Eternatus.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 12, 2019 - Updated on February 20, 2021
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Genre, Nintendo Switch
0 0
0
Serigala legenda & makhluk asing?? Mari kenal dengan Legendary Pokémon di Sword & Shield!
Share on FacebookShare on Twitter

Pokémon Sword dan Pokémon Shield adalah permainan video utama untuk siri Pokémon bagi generasi VIII dan dikeluarkan di pelantar Nintendo Switch pada 15 November 2019. Selepas dilancarkan, kini kita lebih banyak tahu tentang pasangan Legendary Pokémon, Zacian dan Zamazenta serta Pokémon misteri, Eternatus.

Pada permulaan pengembaraan, kamu akan menemui salah satu daripada Pokemon ini bergantung pada versi Pokémon yang anda bermain iaitu Zacian untuk Sword dan Zamazenta untuk Shield. Kamu tidak dapat menangkap mereka pada saat itu tetapi sebaik sahaja menjadi juara di Galar, kamu harus bersiap sedia untuk menghadapi Pokémon misteri ini dan menangkap salah seorang daripada mereka.

Zacian – Legendary Pokémon untuk Pokémon Sword

 

1 of 2
- +

Zacian adalah Legendary Pokémon eksklusif untuk Pokémon Sword. Dalam bentuk pertama, ia adalah fairy-type Pokémon, tetapi apabila ia memegang Rusted Sword yang kamu temukan di Slumbering Weald, Zacian akan menjadi fairy dan steel-type Pokémon. Rusted Sword miliknya akan berubah menjadi sebuah pedang lawa, lalu dipegang di mulutnya.

Menurut mitos, Zacian ialah kakak atau pesaing Zamazenta dan dikenali sebagai “Fairy King’s Sword“ kerana kebolehannya untuk memotong apa-apa sahaja dalam satu serangan. Apabila bersama dengan Zamazenta, ia dapat menghalang kuasa Eternatus, walaupun dalam Eternamax State. Dengan menyerap zarah logam di tanah, Zacian boleh mengubah kepada bentuk keduanya, Crowned Sword yang meningkatkan lagi kekuatan Pokemon ini. Selain itu, pedang yang dipegang dalam mulutnya boleh memotong apa-apa sahaja sehingga sisik tebal Dragon-type Pokémon seolah-olah seperti kertas. Apabila Zacian menyerang musuhnya, ia bergerak dengan sangat pantas sehingga musuh pun tidak akan berasa kesakitan sehingga mereka jatuh. Zacian memang layak dengan gelaran Legendary kerana kekuatan Signature Move miliknya boleh membelah lautan kepada dua. Sebagai info tambahan, Zacian adalah satu-satunya Pokémon yang boleh menggunakan move Behemoth Blade.

Zacian Pokémon GIF from Zacian GIFs

Walaupun Zacian datang untuk membantu pemain dalam pertempuran dengan Eternatus, kamu tidak boleh menangkapnya sehingga post-game. Pokedex juga menyokong imej Zacian sebagai pahlawan hebat, yang lebih suka ofensif, dan menggambarkannya seperti ini:

“Zacian’s attacks are so graceful that its movements captivate opponents. Holding what appears to be a sword in its mouth, Zacain’s shining blade can cut through anything.”

Zamazenta – Legendary Pokémon untuk Pokémon Shield

 

1 of 2
- +

Zamazenta adalah Legendary Pokémon eksklusif untuk Pokémon Shield. Pada mulanya, Zamazenta akan bermula sebagai fighting-type Pokémon, tetapi selepas pemain memberikannya Rusted Shield, yang ditemukan di Slumbering Weald, ia akan berubah menjadi fighting dan steel-type Pokémon.

Dalam mitos, ia dikenali sebagai “Fighting Master’s Shield“ kerana perisai di dadanya dapat menghadang apa-apa jenis serangan. Dipercayai sebagai adik atau saingan Zacian, apabila mereka bersama, pasangan ini boleh membatalkan kuasa Eternatus walaupun dalam bentuk Eternamax yang kuat. Sama seperti Zacian, dengan menyerap zarah logam, Zamazenta juga boleh berubah ke bentuk keduanya bernama Crowned Shield. Kekuatan perisainya sangat menggerunkan, sehingga kuku tajam Dragon-type Pokémon tidak boleh mencederakannya. Zamazenta menyerang musuh dengan memakai perisai kebalnya yang berfungsi sebagai senjata dan apabila menggunakan kuasa penuhnya, ia boleh memecahkan tanah, dan menghasilkan gelombang yang boleh menewaskan ratusan musuh. Zamazenta adalah satu-satunya Pokémon yang boleh menggunakan Behemoth Bash.

Zamazenta Pokémon GIF from Zamazenta GIFs

Dalam Pokémon Shield, Zamazenta akan bertarung dengan pemain semasa pertempuran dengan Eternatus dan kamu dapat menangkapnya post-game. Walaupun butiran tentang Zamazenta telah hilang mengikut arus masa, serigala legenda ini digambarkan sebagai:

“With majestic movements and what appears to be a shield covering its body, Zamazenta can turn back any attack and overwhelm any opponents that dare face it.”

Eternatus – Legendary Pokémon untuk Pokémon Sword and Shield

 

1 of 2
- +

Eternatus adalah Legendary Pokémon yang kamu akan bertarung di penghujung Pokémon Sword and Shield. Asal usul Pokemon ini sebenarnya ialah sebuah makhluk asing, tetapi jatuh ke bumi pada 20,000 tahun lalu. Eternatus dikategorikan sebagai Gigantic Pokémon dan ialah dragon dan poison-type Pokémon.

Eternatus berfungsi sebagai sumber fenomena Dynamax dan Gigantamax di Galar Region kerana kuasanya telah bocor dalam bentuk partikel Galar berikutan kekalahannya beribu tahun lalu di tangan Zacian dan Zamazenta. Selepas ia terjaga, Eternatus menyebabkan fenomena yang digelar sebagai “Darkest Day“, di mana ia melepaskan kuantiti besar tenaga Dynamax yang menyebabkan beratus-ratus Pokémon untuk Dynamax dan mengamuk tidak terkawal. Walaupun begitu, ia tidak boleh Dynamax sendiri. Dalam bentuk Eternamax, kuasa Eternatus meningkat dengan mendadak sehingga boleh menghasilkan ribut besar Dynamax yang merentasi ruang dan masa. Eternatus adalah Legendary Pokemon ketiga dalam Sword dan Shield serta boleh ditangkap dalam kedua-dua versi permainan.

Untuk mengalahkan dan menangkap Eternatus, pemain harus memanggil bantuan Zacian atau Zamazenta, mengikut versi permainan yang diperolehi. Selepas menewaskan Eternatus, kamu dapat menambahnya ke Pokédex sendiri. Eternatus adalah satu-satunya Pokémon yang boleh menggunakan Dynamax Cannon dan Eternabeam. Asal-usulnya digambarkan sebagai:

Sword: “The core on its chest absorbs energy emanating from the lands of the Galar region. This energy is what allows Eternatus to stay active.”

Shield: “It was inside a meteorite that fell 20,000 years ago. There seems to be a connection between this Pokémon and the Dynamax phenomenon.”

Tags: EternatusLegendarypokemonZacianZamazenta
Previous Post

Angry Bird, Mod RageGear dan Snowboard menyerang PUBG Mobile dalam kemaskini 0.16.0 terbaru?!

Next Post

Square Enix mengumumkan The Last Remnant Remastered untuk iOS & Android! Boleh dimuat turun sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Square Enix mengumumkan The Last Remnant Remastered untuk iOS & Android! Boleh dimuat turun sekarang!

Square Enix mengumumkan The Last Remnant Remastered untuk iOS & Android! Boleh dimuat turun sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd