Pusingan akhir Predator League 2020 Malaysia PUBG hari kedua telah pun menutupkan tirainya sebentar tadi dengan menyaksikan 16 pasukan merebutkan kolam hadiah sehingga RM24,000 yang termasuk produk-produk Acer Predator!! Maka malam ini kita dapat menyaksikan pasukan gergasi Battle Arena Malaysia iaitu Battle Arena Elite membolosi jurang juara dengan membawa pulang RM10,000 beserta Predator Aethon 300 Gaming Keyboard dan menempah tiket ke Predator League 2020 Finals yang akan berlansung di Manila, Filipina Februari 2020 untuk mewakili Malaysia!
Paukan Battle Arena Elite yang diwakili Sean ” BadMaN ” Tan; LokiesMY; Jesse ‘Neferhor’ Watson; Muhammad “Savior” Hazwan dan Mukhlis ‘Mzero’, teryata menyerlahkan kehebatan mereka dengan kemenangan sehingga 6 Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) dan mata keseluruhan yang dimiliki mereka adalah 184 dalam keseluruhan 12 pusingan yang bermula dari semalam 7 Disember hingga hari ini 8 Disember 2019 di Battle Arena Malaysia!
Tempat kedua dimenangi oleh GeekFam dan membawa pulang RM5,000 + Predator Galea 350 Gaming Headset, mereka berjaya mendapat 2 WWCD dengan mata keseluruhan 84. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Boss Gold juga mendapat dua WWCD keseluruhan permainan dan mata 83. Boss Gold pula membawa pulang RM3,000 beserta Acer E300 True Harmony Earphone.
Berikut adalah senarai keseluruhan mata untuk Predator League 2020 Malaysia PUBG ;
Disini pula senarai hadiah tempat keempat hingga seterusnya;
Tempat Keempat – RM2,000 + Acer E300 True Harmony Earphone
Tempat Kelima & Keenam – RM800 + Acer E300 True Harmony Earphone
Tempat Ketujuh & Kelapan- RM400 + Predator M size mouse pad
Tempat Kesembilan hingga Enambelas- RM200 + Predator Waterproof Bag
Keseluruhan kolam hadiah Predator League 2019 Malaysia adalah RM100,000.00! Pecahan kolam hadiah RM100,000 Predator League tersebut adalah RM50,000 untuk DOTA2 yang sebelum ini kita dapat menyaksikan pemenangnya adalah Flower Gaming dan RM24,000 bagi PUBG juga hadiah-hadiah lain yang bernilai RM26,000.
Juara-juara wakil ini sekali lagi kami ingin sampaikan bahawa mereka akan menentang juara Asia Tenggara yang lain di Predator League 2020 Finals yang akan berlansung di Manila, Filipina Februari 2020 dan mereka akan merebutkan kolam hadiah yang disediakan sebanyak USD $400,000 (anggaran RM1,673,800.00).
Jadi tahniah sekali lagi buat pasukan Battle Arena Elite (PUBG) dan Flower Gaming (DOTA 2) yang berjaya mewakili Malaysia untuk pusingan akhir Predator League 2020! Semoga berjaya disana nanti!

@gamersantaimy
Discussion about this post