Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

10 Game Yang Diumumkan Di E3 2018 Yang Aku Suka

Silver Shroud by Silver Shroud
June 20, 2018
in Artikel, Berita, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
10 Game Yang Diumumkan Di E3 2018 Yang Aku Suka
Share on FacebookShare on Twitter

Nampaknya pameran E3 2018 dah melabuhkan tirai, banyak jugak game yang diumumkan dalam E3 tahun ni. Wow, naik rambang mata aku. Dah la tengah kumpul duit kahwin, sekali muncul game best best pulak. Tapi, takdelah sampai aku nak beli semua. Jadi, aku akan senaraikan 10 Game yang aku suka yang diumumkan semasa E3 2018. Jom, ikut aku dalam entri kali ini.

The Last Of Us Part 2 – Eksklusif PlayStation 4

Game yang paling aku tunggu, walaupun ianya game zombie, tetapi sangat lain dari yang lain. Penceritaan yang mampu membuatkan aku seorang lelaki yang kuat menangis. Siapa yang main The Last Of Us, tahu la betapa sedihnya cerita dia.

Death Stranding – Eksklusif PlayStation 4

3 Trailer aku tengok, dan aku semakin tak faham apa cerita di sebalik game Death Stranding ni. Tapi, lagi aku tak faham, lagi aku rasa nak main game ni. Maybe sebab Hideo Kojima. Tapi, sumpah, serious aku rasa orang yang terlibat dalam pembikinan game ni, semua High On Drugs.

Sekiro: Shadows Die Twice – PC, PlayStation 4, Xbox One

This game, i really loike. Sebab aku peminat siri game Darks Souls. Bagaikan Bloodborne, game ini membawa kita kepada zaman jepun, tapi nampak lebih menarik kerana ada penggunaan Advanced Gadget.

Cyberpunk 2077 – PC, PlayStation 4, Xbox One

Game yang lama jugak aku tunggu, sehingakan ada sedikit Teaser dalam game The Witcher 3: The Wild Hunt apabila Ciri bercerita kepada Geralt tentang misi Ciri melarikan diri dan tiba-tiba, Ciri tiba di suatu tempat di mana ada ciri yang ditunjukkan di Cyberpunk. Nak tahu? Kena tunggu la game ni dilancarkan.

Fallout 76 – PC, PlayStation 4, Xbox One

Game online pertama bagi siri Fallout. Nampak macam menarik, ianya merupakan satu Improvisasi bagi game survival seperti Rust dan yang sewaktu dengannya.

Devil May Cry 5 – PC, PlayStation 4, Xbox One

Fuh, boleh kata 10 tahun jugak tunggu sambungan game ni. Dan Nero kembali, apa agaknya yang membuatkan Devil Bringer dia kena Potong eh?

Resident Evil 2 Remake – PC, PlayStation 4, Xbox One

Leon S Kennedy antara watak yang aku suka dalam siri Resident Evil. Membawa perwatakan cool dan lagak seperti Unsung Hero, Leon kembali ke Racoon City, bukan untuk menyelamat, tetapi untuk mencari punca dan selamatkan diri dari perkara yang menjangkiti Racoon City.

Tom Clancy’s The Division 2 – PC, PlayStation 4, Xbox One

Aku baru je main game Tom Clancy’s The Division dan secara tiba-tiba, aku jatuh hati. Dengan persekitaran yang hidup, gameplay yang menarik membuatkan aku rasa nak main Tom Clancy’s The Division 2 ni.

Anthem – PC, PlayStation 4, Xbox One

Anthem jugak merupakan antara game yang aku tunggu. Dari segi game ni, aku nampak macam game Destiny, tetapi yang membuatkan aku tertarik bila dia naik external armor dia tu. Fuhh, mengancam beb game ni. Harap PC aku lepas weh.

Code Vein – PC, PlayStation 4, Xbox One

Game ni dah lama aku duk usha trailer dia. Nampak macam Souls Like game. Alah, ala-ala Dark Souls jugak la, tapi menggunakan Art Style Anime, dan penceritaan dia mungkin padat. Kalau macam Dark Souls, memang tak faham melainkan korang kena study betul betul.

Ikutkan, banyak je game yang aku nak main, tapi, dalam banyak banyak tu, ni antara 10 game yang paling aku nak main. Tambahan, aku takde kaya mana nak main semua game kan? 10 game ni pon, rasa nak londeh seluar nak beli semua game ni. Mahu aku makan megi sebungkus, kerat dua nak jimat punya pasal. Ha, korang pulak, game apa yang korang nak? Cer cite kat teman.

Tags: E3 2018Top 10 Games
Previous Post

Cuisine Royale, Battle Royale Yang Membenarkan Korang Gunakan Perkakas Dapur?!

Next Post

PUBG Southeast Asia Nampaknya Telah Sampai Ke Penghujung!

Related Posts

Capcom Umum Remake Resident Evil Veronica, Akan Datang Tahun 2027
Remake

Capcom Umum Remake Resident Evil Veronica, Akan Datang Tahun 2027

June 6, 2026
Final Fantasy VII Revelation – Game Terakhir Untuk Trilogi Remake Akan Datang Pada 2027 Di Semua Platform
Berita

Final Fantasy VII Revelation – Game Terakhir Untuk Trilogi Remake Akan Datang Pada 2027 Di Semua Platform

June 6, 2026
animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Next Post
PUBG Southeast Asia Nampaknya Telah Sampai Ke Penghujung!

PUBG Southeast Asia Nampaknya Telah Sampai Ke Penghujung!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd