Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tahu tak ada Easter Egg didalam mod Zombie Call of Duty: Mobile? Ini 5 cara mudah untuk dapatkanya!

Mana yang nak cuba jom cuba ni jom!

Nyny.A by Nyny.A
November 28, 2019
in Android, Artikel, Berita, Emulator, iOS, Mobile
0 0
0
Tahu tak ada Easter Egg didalam mod Zombie Call of Duty: Mobile? Ini 5 cara mudah untuk dapatkanya!
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa yang dah pernah mencari sendiri Easter Egg didalam mod Zombie Call of Duty: Mobile (COD Mobile)? Seronok tidak huraikan semua easter egg tu? Tapi kalau dah jumpa, memang kena bersedia untuk melawan bos Zombie Jubokko! Dia punya susah tu tak ingat! Tak sangka kan ada easter egg ni disebalik mod zombie, tetapi ianya hanya ada dalam Shi No Kuma Hardcore Raid!

Nak selesaikan pencarian Easter egg ini tidak lah susah mana, tetapi perjalanan anda kena betul supaya tidak mengelirukan. Easter egg ibarat pesanan dan puzzle tersesembunyi yang ditinggalkan oleh pihak COD Mobile. Jadi tanpa lengahkan masa, ikut cara dibawah mungkin akan menyenangkan sedikit kepayahan anda untuk seesaikan misi ini.

Buka “Secret Room”!

 

Yang pertama anda perlu lakukan adalah dengan membuka “Secret Room” di sebuah gubuk lama di tingkat dua. Untuk membuka bilik itu, anda memerlukan dua cogs dan gears yang tersebar di kawasan tersebut. Item ini akan hadir di lokasi yang berbeza setiap kali anda bermain, jadi anda perlu mencari dengan teliti. Tiba-tiba jika anda terjumpa “Pickup Item…” ambil nya!

Selepas memperoleh kedua-dua barang, anda boleh mencari gubuk tersebut dan membaiki mesin perk disitu. Selepas anda menyelesaikanya anda akan memasuki kawasan baru.

Baca Diary yang anda jumpa!

Sumber: Reddit

 

Selepas memasuki Secret Room tersebut, langkah seterusnya adalah membaca buku diary. Buku diary yang  terdapat di makmal terbengkalai berhampiran peralatan yang karat dan tidak boleh dipakai. Buku harian ini diisi dengan eksperimen saintis sebelum makmal ini ditinggalkan.

Musnahkan tumbuhan warna Biru tu! 

Selesai sahaja membaca diary tadi, anda perlu memusnahkan tumbuhan warna biru yang menggeliat-liat macam kaki sotong tu! Anda boleh menjumpainya di dalam bilik di sebelah peralatan. Anda perlu menembak tumbuhan-tumbuhan itu, dan ia akan tumbuh semula mengeluarkan ‘tentacle’ nya. Selepas tentacle muncul, anda perlu menembaknya sehingga ianya meletup.

Aktifkan Radio!

Selepas anda memusnahkan tumbuhan tadi tu, anda perlu bergerak ke bilik sebelah di sudut kanan. Di sana anda akan menemui radio yang bileh diaktifkan dan akan mengubah Zombie Boss ke Jubokko – zombie seperti groot~ eh Pokok gergasi.

Lawan Jubokko di Pusingan ke-12!

Sumber: GGWP.id

 

Yang terakhir dan paling menyusahkan hidup, anda akan berjumpa dengan Jubokko dan harus menewaskanya! Tersangat mencabar, tetapi dengan buffs yang didapati di kawasan tersorok, ianya akan membantu anda serba sedikit terutama anda bermain bersama skuad dan masing-masing mempunyai tugas yang perlu dilakukan.

Jadi bagaimana? Harap ini dapat membantu anda semua ye! Lepas ni dapat lawan Jubokko kongsikanlah pada kami semua di ruangan komen Facebook kami! Dan kongsikan juga pengalaman anda juga okay!

Muat turun di sini
Call of Duty: Mobile
Publisher: Activision
Developer: Garena
Release Date: 2019-10-01
Announce Date: 2019-10-01
Android, iOS
Bersedia dengan permainan yang mendebarkan, bermain Call of Duty® Mobile di mana sahaja anda berada. Merentas beberapa mod permainan apabila anda terlibat dalam pertempuran  melalui peta kegemaran seperti Nuketown dan Crash, semuanya dioptimumkan untuk mudah alih.
 
Tags: Call of duty mobileCall of Duty: Mobile ZombieCOD Mobile Jubokkocod mobile Shi No KumaShi No Kuma
Previous Post

Game Batman Arkham terbaru akan diumumkan pada bulan depan!

Next Post

LIMA ciri-ciri yang WAJIB ada dalam mana-mana Anime Shōnen!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
LIMA ciri-ciri yang WAJIB ada dalam mana-mana Anime Shōnen!

LIMA ciri-ciri yang WAJIB ada dalam mana-mana Anime Shōnen!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd