Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Live-Action Cyberpunk 2077 Dalam Pembangunan Oleh Paramount Pictures

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 9, 2026
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem Live-Action Cyberpunk 2077 Dalam Pembangunan Oleh Paramount Pictures
Share on FacebookShare on Twitter

Menurut laporan Deadline, studio Hollywood Paramount Pictures kini sedang membangunkan filem live-action berlatarkan dunia game sains fiksyen popular, Cyberpunk 2077.

Penerbit veteran Hollywood, Lorenzo di Bonaventura—yang terkenal dengan filem blockbuster seperti Transformers dan G.I. Joe—telah dilantik untuk menerbitkan projek ini. Beliau akan bekerjasama rapat dengan pembangun asal dan pemilik hak cipta game tersebut dari Poland, iaitu CD Projekt RED.

A live-action ‘CYBERPUNK 2077’ movie is in the works at Paramount.

(Source: Deadline) pic.twitter.com/x70XcH46M6

— DiscussingFilm (@DiscussingFilm) October 8, 2026

Co-CEO CD Projekt RED, Michał Nowakowski, turut mengesahkan berita ini secara rasmi:

“Kami teruja bekerjasama dengan Paramount sebagai rakan kongsi masa depan yang berkongsi cita-cita kreatif kami untuk francais Cyberpunk. Kami akan berkongsi maklumat lanjut apabila tiba masa yang sesuai.”

We're excited about Paramount as a future partner who shares our creative ambitions for the Cyberpunk franchise. We look forward to sharing more details at the appropriate time. https://t.co/iO6XDA78JV

— Michał Nowakowski (@michalnowakow) October 8, 2026

Projek ini masih di peringkat awal pembangunan. Buat masa ini, belum ada pengarah, penulis skrip, atau barisan pelakon yang diumumkan, manakala tarikh tayangan juga belum ditetapkan.

Butiran jalan cerita pula masih dirahsiakan. Setakat ini, belum pasti sama ada filem ini akan mengikut plot utama game (iaitu kisah watak mercenary V dan bintang rock digital/pemberontak Johnny Silverhand) atau jalan cerita baharu di Night City.

Francais sebelum ini sudah membuktikan bahawa jalan cerita sampingan juga boleh berjaya. Siri anime popular di Netflix, Cyberpunk: Edgerunners, yang memperkenalkan barisan watak berbeza di Night City, mendapat sambutan hangat dari seluruh dunia. Jadi rancangan mereka tidak perlu fokus kepada kisah V semata-mata.

Tags: Cyberpunk 2077filemlive action
ShareTweetSend
Previous Post

Game Survival Horror Shooter ‘ANOMALITH’ Lancar Demo Percuma Di PS5, Switch 2 & PC

Next Post

Anime Ghost of Tsushima: Legends Terpaksa Ditunda Ke Tahun 2028

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Anime Ghost of Tsushima: Legends Terpaksa Ditunda Ke Tahun 2028

Anime Ghost of Tsushima: Legends Terpaksa Ditunda Ke Tahun 2028

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd