GRYPHLINE dan pembangun Mountain Contour mengesahkan bahawa game 3D tactical RPG free-to-play Arknights: Endfield akan dilancarkan di Steam pada 15 Oktober 2026.
Pelancaran di Steam ini keluar serentak dengan update “Sanctuary of Ink”. Kemas kini ini membawakan bab cerita baharu, playable character, minigame urus rumah inn, dan beberapa penambahbaikan gameplay penting.
Walaupun game ini sudah keluar awal tahun ini di mobile, PlayStation 5, serta PC melalui Epic Games Store dan standalone launcher, versi Steam pun menyokong ciri cross-platform progression. Maksudnya, pemain yang sudah berbulan-bulan main dan teroka Talos-II di telefon atau konsol boleh sambung save file mereka di Steam tanpa perlu mula balik dari awal.
Tarikan utama update “Sanctuary of Ink” adalah jalan cerita baharu yang membawa pemain keluar dari kawasan sci-fi ke dunia fantasi dalam sebuah lukisan gulung lama.
Selepas Endministrator, mengalami kecederaan, kita dibawa berehat dan dirawat di Yuanyuan Manor Inn oleh Si, seorang watak misteri bergelar Feranmut Proxy. Rumah tumpangan Si ini sebenarnya terletak di dalam lukisan yang dia lukis sendiri. Apabila kejadian pelik mula berlaku di kawasan gunung dalam lukisan itu, mereka berdua keluar menyiasat dan mula membongkar kisah silam yang mengaitkan mereka berdua sejak 10 tahun lepas.
Bahagian eksplorasi pun ada kelainan. Anda boleh guna alat Si, “Miracle Brush,” untuk ubah bentuk kawasan sekitar semasa meneroka. Kalau jumpa gaung atau tebing curam, calit sahaja berus itu di ruang kosong untuk buat jambatan di udara dan buka jalan.
Update ini turut membawa dua Operator baharu, dan kedua-duanya akan masuk melalui banner event secara berperingkat.
Selain menguruskan rumah tumpangan, Si juga boleh bertarung sebagai watak tactical support. Mechanic unik Si membolehkannya menarik bayang “Inksoul” keluar daripada musuh. Bila anda serang Inksoul ini, semua damage dan status effect akan terus kena pada musuh asal. Pasukan anda tetap boleh serang walaupun boss lari jauh dari melee range. Skill set dia juga boleh membatalkan serangan charge musuh, selain menambah damage untuk rakan sepasukan elemen Cryo dan Heat.
Seorang lagi watak ialah Argent Flow, kawan lama Endministrator. Dia bertarung guna gabungan pedang dan lembing sambil menunggang kuda perangnya, Nuli. Ultimate ability miliknya membolehkannya meluru ke depan atas kuda sebelum melompat tinggi ke udara untuk libasan penamat yang kuat. Dalam update ini nanti, ada juga stage cerita khas untuk pemain lihat kisah silam di sebalik perwatakannya yang tenang dan sopan.

Selain kandungan baharu, GRYPHLINE turut memasukkan beberapa penambahbaikan quality-of-life hasil maklum balas pemain. Membina fasiliti automasi akan lebih mudah kerana pemain boleh pasang mesin terus daripada simpanan warehouse tanpa perlu semakkan backpack inventory sendiri. Kemas kini ini juga menambah fungsi simpan gear loadout supaya senang tukar equipment, sistem PC mouse targeting yang lebih tepat masa lawan laju, dan tetapan ‘priority toggle’ untuk tentukan combo skill mana yang keluar dulu jika beberapa skil aktif serentak.
Pemain PC boleh masukkan Arknights: Endfield ke dalam wishlist di Steam sekarang sebelum ia keluar minggu depan, atau mula bermain hari ini di PlayStation 5, Epic Games Store, Google Play Store, dan iOS App Store.









Discussion about this post