Hari ini, dunia gaming kecoh selepas The Verge melaporkan bahawa Microsoft berjaya dapat hak eksklusif “cloud streaming” untuk GTA VI semasa pelancarannya pada 19 November 2026. Laporan itu mendakwa pemain PC dan pemain kasual tak perlu tunggu versi native PC, sebaliknya boleh terus strim GTA VI guna Xbox Cloud Gaming.
Tapi, rasa teruja itu tak bertahan lama. Ketua Pegawai Strategi Xbox, Matthew Ball, jelaskan hal sebenar dan sahkan laporan itu tidak tepat. Walaupun GTA VI memang akan keluar di konsol Xbox Series X|S pada 19 November, game ini tidak akan ada sokongan cloud streaming secara eksklusif, dan pemain PC pun tak boleh strim game ini pada day one.
Apa punca kekecohan ini? Rockstar Games masih dengan strategi biasa mereka: lancarkan GTA VI untuk konsol dahulu, dan biarkan pemain PC menunggu tanpa tarikh yang pasti.
Sebab itulah laporan awal The Verge tarik perhatian ramai. Menurut laporan itu, Microsoft bersedia untuk jadikan Xbox Cloud Gaming satu-satunya platform penstriman GTA VI waktu pelancaran. Secara teori, ini bermakna pemain boleh main di Vice City guna PC, telefon pintar, atau TV pintar tanpa perlu beli konsol Xbox.
Kalau betul pun perjanjian penstriman itu wujud, pemain Malaysia sebenarnya tetap susah nak rasa manfaatnya.
Walaupun Microsoft ada tawarkan langganan PC Game Pass secara rasmi di pasaran tempatan, servis Xbox Cloud Gaming (xCloud) masih belum disokong secara rasmi di Malaysia.
Walaupun ada pemain yang pandai teknikal guna VPN dan akaun luar negara untuk sambung ke server negara jiran, cloud gaming perlukan kadar low latency serta internet yang betul-betul stabil. Aksi dan tembak-menembak guna sambungan cloud tanpa sokongan rasmi cuma akan buat pengalaman bermain jadi mengecewakan sebab banyak lag.
Bagi para gamer, tiada jalan pintas. Kalau anda rancang nak main Grand Theft Auto VI pada 19 November 2026, anda tetap perlukan sama ada konsol PlayStation 5 atau Xbox Series X|S. Untuk pemain PC pula, anda nampaknya kena terus tunggu.









Discussion about this post