Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Hunter X Hunter – Yoshihiro Togashi Tolak Kerja Luar Demi Kesihatan & Fokus Pada Manga

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 6, 2026
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Hunter X Hunter – Yoshihiro Togashi Tolak Kerja Luar Demi Kesihatan & Fokus Pada Manga
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini pencipta siri Hunter X Hunter, Yoshihiro Togashi, telah berkongsi perkembangan kesihatannya di platform X. Beliau memberitahu bahawa disebabkan masalah kesihatan fizikal dan mental, beliau akan menolak sebarang tawaran kerja luar yang ada tarikh akhir ketat selepas menyelesaikan komisen yang sedang dibuat sekarang.

Langkah ini diambil supaya beliau bebas daripada tekanan luar dan boleh fokus sepenuhnya pada manuskrip manganya sendiri.

心身の不調が重なり、現在お受けしている依頼を最後に、今後は締切がある仕事の依頼を全てお断りして自身の原稿作成を優先する事にしました。
原稿作成が再開しましたら又こちらで
発表します。

— 冨樫義博 (@Un4v5s8bgsVk9Xp) October 5, 2026

Masalah sakit belakang kronik memang sudah bertahun-tahun dialami Togashi, sampai nak duduk di meja melukis pun rasa sangat sakit. Hunter X Hunter berehat semula pada 7 September lalu selepas sempat kembali diterbitkan sejak 29 Jun. Bab terakhir setakat ini adalah Bab 420.

Pada 15 September lepas, Togashi memuat naik posting menyatakan beliau sudah pun siap melukis manuskrip untuk Bab 428, yang menunjukkan kerja di sebalik tabir masih berjalan lancar.

No.428、原稿完成。 pic.twitter.com/UZ81Z8Weex

— 冨樫義博 (@Un4v5s8bgsVk9Xp) September 15, 2026

Untuk mereka yang mengikuti jalan cerita, manga ini sekarang sedang berada dalam Succession Contest arc; antara jalan cerita paling rumit pernah dibuat oleh Togashi.

Kisahnya berlaku di atas kapal Black Whale, sebuah kapal persiaran gergasi yang membawa ribuan penumpang menuju ke Dark Continent. Buat masa ini, Gon dan Killua tidak muncul dalam cerita utama, tetapi Kurapika menjadi watak tumpuan. Kurapika terperangkap dalam pertarungan battle royale antara 14 orang putera raja Kakin Empire yang berebut takhta, di mana dia bertugas sebagai pengawal peribadi untuk melindungi seorang bayi iaitu Prince Woble dan ibunya, Queen Oito.

Mastering the zetsu to see the future.

Read Hunter x Hunter, Ch. 418 in Shonen Jump for free! https://t.co/klcoyohsMK pic.twitter.com/9DXhDZReE9

— Shonen Jump (@shonenjump) August 23, 2026

Nak terus hidup di atas kapal ini bukan senang. Setiap putera ada Guardian Spirit Beast iaitu sejenis makhluk parasit berasaskan kuasa Nen yang bertindak ikut kehendak bawah sedar tuannya sendiri. Keadaan ini membuatkan setiap sudut kapal sentiasa rasa curiga dengan cubaan bunuh yang tiba-tiba. Selain perlu pastikan bayi itu selamat, Kurapika juga mahu merampas semula mata merah milik kaumnya yang dicuri, yang kini disimpan oleh Putera Keempat yang sangat kejam, Tserriednich.

Everyone thinks they’re tough until a real monster shows up.

Read Hunter x Hunter, Ch. 420 in Shonen Jump for free! https://t.co/kDvtDkfofj pic.twitter.com/mWQkQAzoDw

— Shonen Jump (@shonenjump) September 6, 2026

Bahaya ini bukan berlaku di bilik sahaja. Di dek penumpang bawah, ada tiga keluarga mafia Kakin yang sedang bergaduh berebut kawasan. Pada masa yang sama, kumpulan Phantom Troupe pula sedang merayau di lorong-lorong kapal mencari Hisoka untuk membunuhnya. Dengan begitu banyak pihak berbahaya bertembung dalam ruang yang sama, setiap bab memang saspens.

Tags: Hunter X HuntermangaYoshihiro Togashi
ShareTweetSend
Previous Post

Pencipta Evangelion, Hideaki Anno Akan Mengarahkan Filem Baru ‘Cosmoship Yamato √2199’

Next Post

Spider-Man: Brand New Day Masuk Platform Digital Di Malaysia Hari Ini – Ini Cara & Platform Untuk Tonton

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Spider-Man: Brand New Day Masuk Platform Digital Di Malaysia Hari Ini – Ini Cara & Platform Untuk Tonton

Spider-Man: Brand New Day Masuk Platform Digital Di Malaysia Hari Ini - Ini Cara & Platform Untuk Tonton

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd