Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MSI Crosshair A16 HX MLG Edition Masuk Pasaran Malaysia – Ryzen 9, RTX 5070, Harga RM10,499

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 6, 2026
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Teknologi
0 0
0
MSI Crosshair A16 HX MLG Edition Masuk Pasaran Malaysia – Ryzen 9, RTX 5070, Harga RM10,499
Share on FacebookShare on Twitter

MSI Malaysia telah melancarkan Crosshair A16 HX MLG Edition untuk pasaran tempatan, di mana laptop ini datang dengan rekaan tema anime dan disasarkan kepada para gamer dan pencipta kandungan. Dijual pada harga RM10,499, sesi pra-tempahan dibuka sehingga 15 Oktober 2026 dan disertakan dengan aksesori khas serta figura watak eksklusif.

Edisi MLG ini menggunakan kerangka serba putih yang dipanggil Stellar White. Kemasan badannya ada efek kilauan dengan sedikit pantulan warna merah apabila terkena cahaya.

Tema laptop diambil daripada watak asal buatan MSI, iaitu LOONG:NIA (juga dikenali sebagai MLG). Mengikut jalan ceritanya, watak daripada keturunan naga ini membina sayap mekanikal sendiri untuk melindungi kaumnya. MSI meletakkan elemen cerita ini pada rekaan luar melalui lencana khas MLG, logo Dragon Shield yang bertukar warna mengikut sudut pandang, keyboard putih dengan lampu 4-zone RGB, serta getah tapak berwarna merah pada bahagian bawah laptop.

Laptop ini dikuasakan oleh cip 16-cores AMD Ryzen 9 8940HX dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5070 Laptop GPU bersama memori 12GB GDDR7. Melalui teknologi MSI OverBoost, CPU dan GPU boleh menggunakan kuasa gabungan sehingga 190W secara serentak apabila menjalankan tugas berat.

Bagi mengawal suhu, MSI menggunakan sistem Cooler Boost yang mempunyai dua kipas penyejuk, lima heat pipe, dan empat lubang ekzos. Sistem ini memastikan aliran udara lancar dan mengelakkan masalah thermal throttling semasa bermain game atau membuat kerja rendering untuk tempoh yang lama.

Laptop ini menggunakan skrin 16 inci IPS-level dengan nisbah 16:10 dan resolusi QHD+ (2560 x 1600). Bagi pemain game kompetitif, skrin ini menawarkan refresh rate240Hz yang pantas. Untuk penyunting video dan pereka grafik pula, ia menyokong liputan warna 100% DCI-P3 (tipikal) supaya warna pada skrin sentiasa tepat tanpa memerlukan tetapan yang rumit.

Laptop ini juga mudah dinaik taraf pada masa akan datang. Di dalamnya ada dua slot RAM DDR5 yang menyokong kapasiti sehingga 96GB, serta sokongan storan SSD PCIe Gen4 dan Gen5 M.2 melalui fungsi SuperRAID 5.

Pilihan sambungan merangkumi Wi-Fi 6E, port HDMI 2.1, dan port USB Type-C yang menyokong output DisplayPort serta pengecasan USB Power Delivery. Kualiti bunyi ditala dengan perisian Nahimic. Selain itu, ada ciri MSI AI Engine yang akan mengubah kelajuan kipas dan tetapan prestasi secara automatik mengikut aktiviti anda, sama ada sedang bermain game, bekerja, atau menonton video.

Seperti kami kata tadi, MSI Crosshair A16 HX MLG Edition dijual pada harga rasmi RM10,499 di Malaysia.

Setiap pembelian akan menerima pakej aksesori edisi MLG yang mengandungi headset gaming, gaming mouse, dan desk pad. Pembeli juga boleh menebus figura watak LOONG:NIA edisi terhad dalam kotak pembungkusan khas dengan memuat naik resit pembelian di laman rasmi MSI Member Center, selagi stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: MSI Crosshair A16 HX MLG Edition
ShareTweetSend
Previous Post

[Eksklusif] Mengibarkan Bendera Malaysia Di Singapura, Dhanesh Wigneswaran Kongsi Cerita Berlumba untuk Volkswagen & Melatih Generasi Baru Sim Racer

Next Post

Pencipta Evangelion, Hideaki Anno Akan Mengarahkan Filem Baru ‘Cosmoship Yamato √2199’

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Pencipta Evangelion, Hideaki Anno Akan Mengarahkan Filem Baru ‘Cosmoship Yamato √2199’

Pencipta Evangelion, Hideaki Anno Akan Mengarahkan Filem Baru ‘Cosmoship Yamato √2199’

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd