Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Desktop Gaming Flagship ROG G1000 Tiba Di Malaysia: Dilengkapi RTX 5080, Kipas Hologram & Kombo RM2,650

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 23, 2026
in Artikel, Berita, Desktop, Komputer, Teknologi
0 0
0
Desktop Gaming Flagship ROG G1000 Tiba Di Malaysia: Dilengkapi RTX 5080, Kipas Hologram & Kombo RM2,650
Share on FacebookShare on Twitter

ASUS Republic of Gamers telah melancarkan desktop gaming flagship ROG G1000 di Malaysia. Ditawarkan pada harga RM29,999, desktop ini bukan sahaja dikuasakan perkakasan generasi terkini, malah membawa beberapa inovasi unik.

Bagi sesiapa yang mahu menyiapkan ruang battlestation sendiri, ASUS Malaysia turut menyediakan tawaran eksklusif di e-Store rasmi. Pembeli boleh mendapatkan ROG G1000 bersama monitor gaming ROG Strix OLED XG32UQWMS dalam satu pakej bundle pada harga RM32,999. Tawaran ini menjimatkan duit sebanyak RM2,650 berbanding harga jualan asal RM35,649, menjadikannya pakej menarik jika anda memerlukan paparan OLED sepadan dengan desktop ini.

Kembali ke topik utama, ROG G1000 mencuri tumpuan melalui ciri AniMe Holo. Sistem ini menggunakan bilah kipas LED untuk memancarkan imej hologram yang nampak seolah-olah terapung pada casis.

Panel sisi menempatkan sebuah kipas hologram bersaiz 380mm dengan 720 LED, manakala bahagian hadapan pula dilengkapi dua buah kipas 215mm dengan 404 LED setiap satu. Melalui perisian ASUS Armoury Crate, anda boleh menetapkan kipas ini untuk memaparkan teks, animasi grafik, mahupun maklumat pemantauan sistem secara masa nyata. Bagi mengelakkan bunyi bising seperti enjin jet, ASUS memasang kipas ini di dalam modul berasingan yang direka untuk menyerap getaran dan beroperasi dengan senyap.

Menyejukkan komponen berprestasi tinggi di dalam PC pre-built selalunya berdepan isu haba daripada kad grafik yang mengganggu penyejuk CPU. ASUS menyelesaikan masalah ini dengan membahagikan bahagian dalaman kerangka kepada tiga zon haba khusus, yang dibantu oleh solusi ROG Thermal Atrium.

Kebuk khas ini diletakkan berasingan daripada kerangka utama dan mempunyai sistem penyejuk cecair all-in-one (AIO) 420mm bersama tiga kipas intake 140mm. Memandangkan radiator menarik masuk udara dari luar dan bukannya kitaran udara panas daripada kad grafik, suhu pengambilan udara CPU dapat diturunkan sehingga 16°C ketika beban berat. Kad grafik dan unit power supply turut beroperasi menggunakan laluan aliran udara tersendiri dari bahagian depan dan bawah.

Di bahagian dalam, ROG G1000 menggunakan motherboard AMD X870 dan pemproses AMD Ryzen 9 9950X3D, menawarkan konfigurasi 16 cores, 32 threads serta teknologi AMD 3D V-Cache untuk prestasi gaming optimum. Segala pemprosesan grafik dikendalikan oleh ROG Astral GeForce RTX 5080 OC Edition yang datang bersama memori 16GB GDDR7.

PC ini juga didatangkan dengan memori 64GB DDR5-5600 menerusi dua kepingan RAM serta storan 1TB PCIe 4.0 NVMe SSD. Sekiranya anda merancang untuk menambah pada masa hadapan, ada dua slot RAM kosong untuk menyokong memori sehingga 128GB, di samping tiga slot tambahan M.2 SSD dan enam port SATA. Bahagian sambungan belakang pula menyediakan dua port 40Gbps USB4 Type-C, Ethernet 2.5Gb, serta sokongan Wi-Fi 7 dan Bluetooth 5.4. Pada kad grafik, tersedia dua port HDMI 2.1b dan tiga port DisplayPort 2.1b.

Memandangkan mengangkat desktop seberat 40kg ke pusat servis bukanlah satu urusan yang mudah, ASUS menambah ‘on-site warranty’ selama 3 tahun. Sekiranya timbul sebarang isu, juruteknik akan hadir terus ke rumah atau pejabat untuk menyelesaikannya.

Tags: desktopROG G1000
ShareTweetSend
Previous Post

[TGS2026] Di Sebalik Keunikan Stupid Never Dies – Apabila Zombi Dilamun Cinta, Sanggup Buat Apa Saja

Next Post

[TGS2026] Eksklusif Bersama Call of Duty: Modern Warfare 4 – Tolak Aksi Melampau, Kembali Ke Era Perang Realistik

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
[TGS2026] Eksklusif Bersama Call of Duty: Modern Warfare 4 – Tolak Aksi Melampau, Kembali Ke Era Perang Realistik

[TGS2026] Eksklusif Bersama Call of Duty: Modern Warfare 4 - Tolak Aksi Melampau, Kembali Ke Era Perang Realistik

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd