Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Eksklusif] Diablo IV – Kelas Amazon, Rahsia Season 15 & Masa Depan Bersama Diablo V

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 14, 2026 - Updated on September 16, 2026
in Action, Artikel, Battle.net, Berita, Eksklusif, Nintendo Switch 2, PC, PS4, PS5, RPG, Steam, Temuramah, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[Eksklusif] Diablo IV – Kelas Amazon, Rahsia Season 15 & Masa Depan Bersama Diablo V
Share on FacebookShare on Twitter

BlizzCon 2026 membawa banyak berita gembira buat pemain Diablo IV. Tumpuan ramai terarah kepada pengenalan kelas Amazon, pengumuman Diablo 5, serta Season 15 bertajuk Season of Hell’s Legacy.

Kiri ke kanan: Bjorn Mikkelson (Senior Class Designer), Owen Leach (Lead Encounter and Lead Seasons Designer), Sean Lim (Managing Director Digital Braves | Kredit: Digital Braves

Dalam sesi temu bual eksklusif bersama kami, Lead Encounter and Lead Seasons Designer Owen Leach, di samping Senior Class Designer Bjorn Mikkelson, mengupas mekanik Amazon, hala tuju musim baharu, dan strategi studio dalam sokongan berterusan bagi Diablo IV di samping sekuel yang baru diumumkan itu.

Kelas Amazon Hadir Secara Standalone, Bukan Dalam Expansion

Sebaik expansion Lord of Hatred membawa para pemain menyeberang ke kepulauan maritim Skovos, warga veteran serta-merta tercari-cari kelibat pahlawan paling masyhur dari wilayah tersebut. Namun, ketiadaan Amazon sewaktu pelancaran meninggalkan tanda tanya.

Bjorn Mikkelson menjelaskan bahawa langkah ini bukanlah satu kelalaian, sebaliknya keputusan cerita yang disengajakan. Sepanjang fasa pembangunan, pasukan kreatif terpikat dengan pertembungan antara Paladin dan Sorcerer demi menonjolkan pemisahan cahaya serta kegelapan.

Walaupun menyedari mereka yang menjejakkan kaki ke Skovos pasti menantikan pahlawan wanita itu, tumpuan naratif ketika itu terpaksa didahulukan. Pihak pembangun sebenarnya sentiasa menyimpan rancangan untuk kelas tersebut, cuma menantikan masa yang benar-benar tepat.

Champion, Skirmisher, Ranger, & Commander. ⚔️💥

Check out the early concept art for the Amazon’s four new Archetypes shown off at BlizzCon 2026.

Learn More 🔗 https://t.co/UBf2gBiaer pic.twitter.com/UjKK7QTHmW

— Diablo (@Diablo) September 13, 2026

Peluang keemasan itu akhirnya muncul di luar format expansion berskala besar. Memecah tradisi lazim, Amazon akan hadir sebagai tawaran kelas kendiri… mengulangi formula yang pernah diguna pakai untuk Necromancer dalam Diablo III. Leach menegaskan bahawa studio enggan terbelenggu dengan jadual pelancaran yang ketat.

Sekiranya komuniti inginkan sesuatu kelas dan ruang kreatif mengizinkannya, laluan paling munasabah akan diambil. Bagi Leach selaku peminat tegar francais ini sejak sekian lama, kehadiran ini menyentuh jiwa peribadinya.

Susah baginya membayangkan francais ini tanpa Amazon, sambil mengimbau kehebatan build “Javazon” dalam Diablo II yang sudah lama diidamkannya untuk beraksi dalam Diablo IV.

Keputusan mendedahkan kelas ini lebih awal daripada tarikh pelancaran diambil bertujuan membuka ruang dialog bersama peminat. Mikkelson dan Leach teruja menyelami kisah-kisah silam, variasi gear, serta skill ikonik yang paling dekat di hati komuniti agar memori tersebut dapat dimasukkan ke dalam butiran akhir watak.

Mekanik dan Combat Amazon

Dari sudut mekanik, rekaan Amazon lari daripada archetype yang sempit. Sungguhpun pertunjukan awalnya menonjolkan combat berjarak, Mikkelson menegaskan bahawa figura ini bukan sekadar penyerang barisan belakang.

Sebaliknya, identitinya berpaksikan pengubahsuaian senjata serta fleksibiliti posture, memberi kuasa seimbang antara asakan “ranged skirmishing” dan rempuhan “frontline melee”.

Inventori Amazon memperkenalkan javelin sebagai kategori senjata eksklusif baharu. Berperanan sebagai senjata “one-handed ranged”, kehadiran javelin menawarkan kelainan dalam francais dengan kebolehan memadankan senjata jarak jauh bersama shield.

Mereka yang mengutamakan jarak boleh menggandingkannya dengan “two-handed bow”, atau bertukar ke senjata melee secara spontan di tengah-tengah pertarungan. Sebaliknya, bagi pencinta combat melee, javelin boleh dipadankan dengan polearm, selain kombo klasik “sword-and-shield”.

Biarpun pihak studio masih mengunci mulut tentang sama ada mekanik unik watak ini akan dibuka menerusi “class quest” istimewa (dengan Mikkelson memaklumkan butirannya belum sedia didedahkan), asas senjata yang ditawarkan sudah cukup menjanjikan kelonggaran taktikal.

Kepulangan Deckard Cain, dan Tiga Dark Wanderer

Dari segi cerita, Season 15 menyambung peristiwa daripada Season of Death’s Awakening. Menerusi babak terdahulu, pintu Pandemonium telah terbuka luas, melepaskan roh-roh yang terkubur dan mengembalikan semangat purba ke Sanctuary. Antara entiti yang kembali menjejak tanah ini ialah Deckard Cain.

Cain bagaimanapun tidak bersendirian. Tiga susuk Dark Wanderer silam yang pernah memikul beban Soulstone turut merentasi alam kematian: Prince Aidan dari Khanduras daripada Diablo asal, Que-Hegan Sankekur daripada Zakarum yang dirasuk Mephisto dalam Diablo II, serta pendeta Horadrim Tal Rasha.

Cain memberi peringatan bahawa bekas jasad ini masih dicemari Prime Evils yang mampu mengundang malapetaka besar. Selepas itu, pemain ditugaskan mencari setiap Dark Wanderer dan menyelami alam mimpi ngeri mereka demi merungkai igauan ngeri tersebut.

Ekspedisi ini bertindak sebagai lakonan semula babak sejarah. Menerusi igauan Tal Rasha, Blizzard menghidupkan semula segmen kegemilangan Act V daripada Diablo II menggunakan enjin moden Diablo IV.

Laluan pertarungan bermula dari Ancient’s Way menuju ke puncak Arreat Summit, menguji ketahanan melawan tiga pahlawan Barbarian Ancients, seterusnya menembusi Worldstone Keep hingga ke Throne of Destruction.

Selepas menangkis asakan gelombang tentera seruan Baal, laluan terbuka ke Worldstone Chamber untuk menumpaskan Lord of Destruction itu sendiri.

Setiap Dark Wanderer berakhir dengan pertarungan berdepan Prime Evil, menandakan kepulangan Diablo ke dalam judul ini. Mengiringi sambutan ulang tahun ke-30 francais, Season 15 menghimpunkan ketiga-tiga Prime Evil di medan lawan buat pertama kali sejak Diablo II.

Pencapaian ini meletakkan Diablo IV sebagai satu-satunya game dalam legasi francais ini yang mengumpulkan kesemua Prime Evil serta Lesser Evil serentak.

Unsur nostalgia turut disemarakkan lagi dengan elemen klasik Diablo: Hellfire, disokong kandungan gergasi merangkumi sekitar 30 dungeon, 20 boss, 25 variasi raksasa baharu, serta 20 NPC warisan silam.

Memilih Antara Skill Tree Diablo, Mephisto, atau Baal

Kemenangan ke atas Prime Evils di celah-celah mimpi ngeri Dark Wanderer membolehkan pengembara mengutip serpihan Soulstone. Sebaik ketiga-tiga entiti jahat itu rebah, satu keputusan penting perlu dimuktamadkan iaitu mengikat sumpah dengan serpihan milik Diablo, Mephisto, atau Baal.

Ikrar ini membuka laluan kepada “seasonal skill tree” tersendiri yang menceduk inspirasi daripada serangan setiap kuasa kegelapan itu, di mana tahap ancamannya meningkat seiring agihan mata kemahiran.

Pilihan penaung bukanlah sesuatu yang boleh ditukar sewenang-wenangnya kerana ikatan mistik tersebut akan kekal sepanjang sebahagian besar musim, sebelum peluang beralih ke batu lain dibuka pada fasa endgame.

Sumpah ini turut memberi dinamik baharu ke dalam sistem Warplans, menambah 21 node dengan agihan tujuh node unik bagi setiap Prime Evil. Namun, memanfaatkan keagungan iblis hadir bersama padah.

Ketika kuasa jahat meronta mahu melepaskan diri, pemain berdepan risiko hilang kawalan ketika menjelajah kawasan overland mahupun di tengah-tengah Helltide. Sesiapa yang membawa serpihan Diablo misalnya, boleh mencetuskan manifestasi spontan yang menyeru Lord of Terror secara tiba-tiba di alam Sanctuary.

Leach menjelaskan bahawa pertembungan mengejut ini dilaraskan pada kira-kira separuh kesukaran World Boss; cukup payah buat pasukan berkumpulan, namun masih mampu ditundukkan secara solo oleh build hebat demi meraih ganjaran loot gred tertinggi.

10 Item Legacy Unique, Kemas Kini Warplans, dan Rombakan Kelas Warlock

Musim ke-15 turut memberi nafas baharu kepada sistem asas serta konsep watak sedia ada. Sebanyak 10 item Legacy Unique daripada lipatan sejarah francais ini kembali membanjiri drop pool, selepas diuji rapi dalam Public Test Realm (PTR).

Pemain boleh memburu artifak seperti Stone of Jordan, Messerschmidt’s Reaver, The Furnace, dan Leoric’s Crown, lengkap bersama padanan transmog eksklusif yang membolehkan watak menggayakan mahkota King Leoric mahupun meredah Sanctuary bertemankan kucing comel daripada Henry’s Perquisition.

Sistem papan Warplans juga menerima sentuhan semula susulan maklum balas peminat. Kemajuannya sekarang diselaraskan merentasi seluruh akaun, terbahagi antara Softcore dan Hardcore sahaja.

Leach mengulas bahawa studio berhasrat memberikan autonomi sebenar kepada pemain agar bebas memilih rentak permainan tanpa rasa terbeban untuk mengulang tugasan grinding yang menjemukan.

Di sudut lain, mod Infernal Hordes akan melalui fasa yang lebih tenang tanpa sebarang penambahan besar musim ini selepas menerima kandungan Pandemonium pada Season 14, biarpun statistik penglibatannya sentiasa dipantau.

Menyentuh aspek keseimbangan kelas, Mikkelson menjelaskan transformasi ke atas Warlock bagi mengukuhkan identiti sebagai “iblis yang berjuang seiring sekutunya”.

Build berasaskan Hellhound sekarang menerima automasi lebih mantap, di mana pemain boleh menunggang makhluk tersebut secara terus atau memanfaatkannya untuk melancarkan sihir. Di samping itu, beberapa sihir utama Warlock boleh diaktifkan sambil bergerak bagi membuang rasa kekok mekanikal.

Info pelarasan bagi kelas-kelas lain akan dihuraikan menerusi patch notes rasmi nanti.

Sokongan Jangka Panjang Diablo IV dan Pelan Setahun Aspect of Death

Pengumuman Diablo 5 memang agak mengejutkan, namun Leach meredakan kebimbangan bahawa Diablo IV akan “dianaktirikan”. Beliau jelaskan bahawa pelancaran sekuel itu masih memakan masa kira-kira tiga tahun lagi, dan pihak pengurusan menilai ekosistem francais ini secara holistik.

Pengagihan tenaga kerja telah dibahagikan secara teratur; sebahagian kru menguruskan pembangunan judul masa hadapan, manakala satu unit berdedikasi menyokong serta memperkaya Diablo IV. Selain ketibaan Amazon, Blizzard bersiap sedia mendedahkan perancangan cerita setahun yang berpaksikan kebangkitan Aspect of Death.

Pengaruh Sanctuary turut melangkah ke platform perkakasan baharu menerusi pengesahan versi Nintendo Switch 2, lengkap dengan fungsi cross-play serta cross-progression di pelbagai peranti.

Ketika diajukan tentang rahsia mengendalikan judul bergrafik intensif ini pada konsol hibrid berkenaan, Leach secara gurau menganggap jurutera mereka memiliki kuasa ajaib.

Beliau mengaku bahawa perkakasan Switch dahulu sudah terlalu usang untuk menampung enjin permainan, namun Switch 2 memiliki keupayaan memproses yang melepasi peranti handheld seperti Steam Deck (platform yang sering digunakannya sendiri) untuk menghasilkan prestasi lancar dengan visual yang memukau.

New platform. Same Hell.

Diablo IV is coming to Nintendo Switch™ 2 .

Welcome to Sanctuary, Wanderer. pic.twitter.com/VazoZHT8EA

— Diablo (@Diablo) September 12, 2026

Mengulas realiti ekosistem live-service, Leach tidak menafikan wujud rasa sayu setiap kali sesebuah musim berakhir.

Sebagai individu yang pernah menerajui musim terdahulu seperti Divine Intervention (yang melahirkan kelas Paladin, cabaran Helltide Dariel, zon Endariel Undercity, serta pertarungan Lesser Evil Council), beliau amat memahami perasaan berat hati apabila kandungan bermusim terpaksa dilepaskan.

Meskipun demikian, peralihan tersebut dianggap mustahak demi kelangsungan jangka panjang, menjamin dunia Sanctuary kekal segar dan melindungi enjin daripada masalah lebihan data.

Sambil bergurau, Leach menambah bahawa jika setiap cebisan kandungan dikekalkan selamanya, bebanan teknikal yang terhasil pasti gagal ditampung walaupun oleh Switch 2… meskipun beliau tetap menaruh harapan agar sebahagian daripada relik bermusim yang diminati itu dapat dibawa kembali suatu hari nanti.

Game ini tersedia di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, dan PC (Battle.net, Steam) serta akan dilancarkan di Nintendo Switch 2 pada 16 September 2026. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: Diablo IVEksklusif
ShareTweetSend
Previous Post

[Eksklusif] Bagaimana Hearthstone: Reign of the Black Empire Revolusikan Mod 2v2 & Kenalkan Semula “Old Gods”

Next Post

Unboxing ROG SLASH Backpack & Hard-Case Luggage Edition 20 – Sesuai Untuk Gamer On-The-Go

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Unboxing ROG SLASH Backpack & Hard-Case Luggage Edition 20 – Sesuai Untuk Gamer On-The-Go

Unboxing ROG SLASH Backpack & Hard-Case Luggage Edition 20 - Sesuai Untuk Gamer On-The-Go

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd