Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

SEGA & ATLUS Sediakan 16 Game, 27 Acara Pentas Di Tokyo Game Show 2026 – Inilah Jadual Penuh

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 11, 2026
in Acara, Artikel, Berita, Pameran/Expo
0 0
0
SEGA & ATLUS Sediakan 16 Game, 27 Acara Pentas Di Tokyo Game Show 2026 – Inilah Jadual Penuh
Share on FacebookShare on Twitter

SEGA dan ATLUS telah mengesahkan barisan acara pentas serta jadual siaran langsung untuk Tokyo Game Show 2026 (TGS 2026). Berlangsung selama lima hari bermula 17 hingga 21 September di Makuhari Messe, Chiba, Jepun, reruai mereka akan menganjurkan 27 persembahan pentas yang membariskan 16 game berbeza.

Berikut adalah maklumat lengkap tenang barisan acara, jadual livestream yang diselaraskan mengikut Waktu Malaysia, serta perkara menarik yang perlu anda nantikan.

Judul-Judul Tumpuan

  • Persona 4 Revival: Remake penuh bagi Persona 4 mencuri tumpuan melalui sesi demo gameplay, talk show bersama produser siri Kazuhisa Wada dan cosplayer terkenal Enako, serta persembahan DJ harian oleh RAM RIDER. Acara ini juga akan ditutup dengan persembahan muzik oleh vokalis Shiori Sasaki.
  • STRANGER THAN HEAVEN: Saga aksi 50 tahun terbaharu daripada Ryu Ga Gotoku (RGG) Studio. Selain pembentangan daripada pengarah Masayoshi Yokoyama, SEGA turut menganjurkan sesi gameplay yang menampilkan ahli gusti profesional Kenny Omega, streamer/VTuber terkenal kson, serta barisan pelakon suara hebat seperti Takaya Kuroda, Akio Otsuka, dan Dean Fujioka.
  • Crazy Taxi: World Tour: Pencipta asal Kenji Kanno akan mempamerkan cabaran misi gameplay dan sesi playthrough bersama streamer popular, SHAKA.
  • Sambutan Sonic the Hedgehog: Watak ikonik ini akan diketengahkan melalui Sonic Racing: CrossWorlds, SONIC PICO PARK, serta dua slot konsert khas sempena Ulang Tahun ke-35 Sonic yang diketuai oleh komposer Jun Senoue.
  • Tarikan Lain: Nantikan juga action RPG terbaharu daripada GPTRACK50 iaitu Stupid Never Dies (dibawakan oleh Hiroyuki Kobayashi dan pelakon suara Yuki Kaji), perkembangan terkini projek LOLLIPOP CHAINSAW NEW PROJECT, pentas khas Total War: WARHAMMER 40,000, serta sesi panel pembangun untuk Stellar Blade: Return to Earth yang menampilkan pengarah SHIFT UP, Hyung-tae Kim.

Jadual Siaran Langsung (Diselaraskan ke Waktu Malaysia)

Semua sesi acara pentas akan disiarkan secara langsung melalui YouTube rasmi SEGA. Khusus untuk acara yang memfokuskan kepada STRANGER THAN HEAVEN, siaran turut boleh ditonton di YouTube rasmi Ryu Ga Gotoku Studio.

Pautan siaran langsung harian di YouTube SEGA:

  • Hari 1 (17 Sep):
    • 9:30 AM MYT: Upacara Pembukaan Reruai SEGA/ATLUS TGS 2026 (Tetamu: Haihapi!!)
    • 10:00 AM MYT: Set DJ Siri Persona & Persembahan Tarian Persona 4 Revival (RAM RIDER, Persona Dancers)
    • 10:20 AM MYT: Sesi Talk Show Persona 4 Revival bersama Enako (Enako, Kazuhisa Wada)
    • 11:40 AM MYT: Cabaran Misi Crazy Taxi: World Tour (SHAKA, Kenji Kanno, You Momotani)
    • 12:30 PM MYT: Pratonton ‘First Bite’ Stupid Never Dies (Yuki Kaji, Hiroyuki Kobayashi, Eiichiro Sasaki)
    • 1:30 PM MYT: Set DJ Siri Persona & Persembahan Tarian Persona 4 Revival
    • 2:40 PM MYT: RGG Studio TV – Khas TGS 2026 (Pendedahan Maklumat Baharu) (Masayoshi Yokoyama, Mikinobu Abe, Daishi Kanaya, Ayano Moriyama)
  • Hari 2 (18 Sep)
    • 10:00 AM MYT: SEGA Special DJ LIVE TGS 2026 – Set 1 (DÉ DÉ MOUSE, Magukabe)
    • 10:40 AM MYT: Pentas Khas LOLLIPOP CHAINSAW NEW PROJECT (PeachMilky, Hajime Tabata, Shohei Sato, dan lain-lain)
    • 11:30 AM MYT: Set DJ Siri Persona & Persembahan Tarian Persona 4 Revival
    • 12:10 PM MYT: Rancangan Khas Rasmi SONIC PICO PARK TGS #1 (Shintaro Shimazu, Shunsuke Miyake)
    • 1:00 PM MYT: SEGA Special DJ LIVE TGS 2026 – Set 2 (DÉ DÉ MOUSE, Magukabe)
    • 2:30 PM MYT: Pentas Khas STRANGER THAN HEAVEN bersama Takashi Ukaji & Tsuji Classic (menampilkan MASH String Orchestra)
    • 3:30 PM MYT: Set DJ Siri Persona & Persembahan Tarian Persona 4 Revival
  • Hari 3 (19 Sep)
    • 8:50 AM MYT: Pratonton Pra-Pelancaran Qliphah in Providence’s Shadow (Tosei Izuki, Mami Ozaki, Satoshi Hirayae)
    • 9:40 AM MYT: Set DJ Siri Persona & Persembahan Tarian Persona 4 Revival
    • 10:20 AM MYT: Pentas Khas Persona 4 Revival (k4sen, Clutch_Fi, Daisuke Yajima)
    • 11:30 AM MYT: Sesi Gameplay STRANGER THAN HEAVEN bersama Kenny Omega (Kenny Omega, Hiroyuki Sakamoto, Ayano Moriyama)
    • 12:20 PM MYT: Pentas Khas Total War: WARHAMMER 40,000 TGS 2026 (Tetsuo Sato, Hayato, Masatoshi Tokuoka)
    • 1:30 PM MYT: Sesi Playthrough Demo Crazy Taxi: World Tour (Noriaki Suzuki, Kenji Kanno, You Momotani)
    • 2:40 PM MYT: Set DJ Siri Persona & Persembahan Tarian Persona 4 Revival
    • 3:20 PM MYT: Pentas Khas STRANGER THAN HEAVEN bersama Akio Otsuka & Yasukaze Motomiya (menampilkan MASH String Orchestra)
  • Hari 4 (20 Sep)
    • 9:30 AM MYT: Cabaran Sonic Racing: CrossWorlds bersama Finalis Kejohanan Dunia Sonic (Laz, Takashi Iizuka, Masaru Kohayakawa, Yu Minakami)
    • 10:40 AM MYT: Rancangan Khas Rasmi SONIC PICO PARK TGS #2
    • 11:30 AM MYT: Set DJ Siri Persona & Persembahan Tarian Persona 4 Revival
    • 12:10 PM MYT: Sesi Gameplay STRANGER THAN HEAVEN bersama kson (kson, Hiroyuki Sakamoto, Ayano Moriyama)
    • 1:00 PM MYT: Sesi Panel Stellar Blade: Return to Earth (Seika Amakawa, Hyung-tae Kim)
    • 1:50 PM MYT: Sesi Talk Show Khas Metaphor: ReFantazio (Taishi Murata, Atsuko Uchida, Penguins Nobuo, Natsu Tenta)
    • 2:40 PM MYT: Pentas Khas STRANGER THAN HEAVEN bersama Takaya Kuroda (Takaya Kuroda, MASH String Orchestra, Masayoshi Yokoyama)
    • 3:30 PM MYT: Set DJ Siri Persona & Persembahan Tarian Persona 4 Revival
  • Hari 5 (21 Sep)
    • 9:20 AM MYT: Persembahan Muzik Langsung Ulang Tahun ke-35 SONIC TGS 2026 – Babak 1 (Jun Senoue, Masashi Tsubakimoto)
    • 10:20 AM MYT: Set DJ Siri Persona & Persembahan Tarian Persona 4 Revival
    • 11:00 AM MYT: Sesi Gameplay STRANGER THAN HEAVEN bersama Ushizawa
    • 11:50 AM MYT: Persembahan Muzik Langsung Ulang Tahun ke-35 SONIC TGS 2026 – Babak 2 (Jun Senoue, Masashi Tsubakimoto)
    • 12:55 PM MYT: Set DJ Siri Persona, Persembahan Tarian & Konsert Langsung Persona 4 Revival (RAM RIDER, Shiori Sasaki, Persona Dancers)
    • 1:50 PM MYT: Pentas Kemuncak Khas STRANGER THAN HEAVEN bersama Yu Shirota & Dean Fujioka

(Kesemua acara pentas dihoskan oleh Mika Nonomiya).

Untuk siaran langsung lengkap, pengumuman lanjut, serta perkembangan terkini, anda boleh melayari laman rasmi SEGA/ATLUS TGS di tgs.sega.jp/2026/en/.

Tags: AtlussegaTokyo Game Show 2026
ShareTweetSend
Previous Post

The Apothecary Diaries Bakal Terima Game Console Pertama Pada 2027, Dibangunkan Oleh Pencipta Siri ‘Atelier’

Next Post

Persona 6, Remake Persona 4 & Metaphor: ReFantazio Akan Datang Ke Nintendo Switch 2

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Persona 6, Remake Persona 4 & Metaphor: ReFantazio Akan Datang Ke Nintendo Switch 2

Persona 6, Remake Persona 4 & Metaphor: ReFantazio Akan Datang Ke Nintendo Switch 2

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd