Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Atelier Karia: The Night Kingdom & the Guide of Memories Bakal Dilancarkan Februari 2027

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 9, 2026
in Artikel, Berita, Nintendo Switch 2, PC, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Atelier Karia: The Night Kingdom & the Guide of Memories Bakal Dilancarkan Februari 2027
Share on FacebookShare on Twitter

Atelier Karia: The Night Kingdom & the Guide of Memories akan dilancarkan pada 25 Februari 2027.

Game ini akan hadir di PlayStation 5, Xbox Series X|S, PC melalui Steam, dan Nintendo Switch 2. Sebagai sekuel kepada siri Memories selepas Atelier Yumia, judul ini membawa pemain semula ke benua Aladiss dengan menampilkan watak utama baharu, sistem crafting yang diperbaharui, serta pertarungan boss yang lebih besar.

Berlaku dua tahun selepas peristiwa dalam Atelier Yumia, kisahnya berpusat pada Karia, seorang ahli alkimia muda yang kehilangan ingatan. Ditugaskan untuk menyiasat fenomena misteri dikenali sebagai “mana withering”, dia meneroka ke alam bawah tanah yang belum pernah diterokai di bawah benua Aladiss.

Menemani Karia dalam pengembaraannya ialah:

  • Servio Lektor, seorang ahli biologi daripada pasukan tinjauan.
  • Fina Rozen, seorang pejuang barisan hadapan yang berpengalaman.
  • Yumia Liessfeldt, watak utama daripada game dahulu yang memainkan peranan sebagai mentor kepada Karia.
  • Noelk Schreiber, seorang penyiasat tegas dan berpendirian dingin yang mewakili Eustellan Bureau of Alchemical Relic Control.
  • Celes, rakan pengembara yang tenang, tetapi menyembunyikan personaliti yang sukar dijangka.

Ciri paling istimewa Karia (yang juga menjadi sorotan utama) ialah keupayaannya untuk memakan dan menganalisis hampir apa sahaja. Melalui makanan dan item yang ditelan, dia mampu memperoleh pelbagai ciri fizikal, pengetahuan, serta kebolehan baharu.

Tabiat makan Karia berkait dengan sistem combat menerusi mekanisme Style Changes. Sepanjang jalan cerita dan melalui masakan pelbagai hidangan, pemain boleh membuka lebih daripada lapan bentuk berbeza yang mengubah rupa Karia serta mekanik combat secara serta-merta. Antaranya:

  • Ignis Style: Bentuk berasaskan elemen api yang meningkatkan attack power dan memberikan kesan fire damage pada serangan, tetapi mengurangkan pertahanan serta membuatkannya lebih terdedah kepada serangan ais.
  • Mermaid Style: Bentuk berasaskan ais yang meningkatkan kuasa serangan magik, tetapi merendahkan pertahanan fizikal serta membuatkannya lemah terhadap serangan api.

Selain combat, bentuk-bentuk ini turut mempengaruhi cara pemain meneroka dunia permainan. Membuka style tertentu akan memberikan “field abilities” unik, seperti kebolehan berjalan di atas air atau memecahkan bongkah batu besar semasa memecut.

Eksplorasi dalam Atelier Karia memberi penekanan kepada fungsi “Interactive Field Actions”. Pemain boleh membaling “crafted item” untuk mengaktifkan suis dari jauh, mengutip bahan mentah yang susah dicapai, atau menyerang musuh bagi mendapatkan kelebihan awal sebelum pertarungan bermula.

Gust turut meluaskan elemen penyelesaian teka-teki persekitaran dengan memperkenalkan empat item berelemen: Flamme (api), Lehrune (ais), Plajig (elektrik), dan Luft (angin). Setiap halangan akan bertindak balas terhadap elemen bersesuaian.

Di samping itu, game ini memperkenalkan ciri “Elemental Alteration”. Membaling item berelemen ke “gathering spot” akan mengubah jenis bahan yang dituai, membolehkan pemain menemukan bahan synthesis yang tidak boleh diperoleh melalui cara biasa.

Apabila berdepan dengan musuh gergasi, combat akan beralih kepada struktur dua fasa yang memerlukan koordinasi antara dua pasukan aktif:

  1. Frontline Team Phase: Pertarungan di mana barisan watak berdepan secara bersemuka dengan raksasa tersebut.
  2. Assault Team Phase: Fasa sokongan di mana pemain mengawal artileri dan fasiliti pertahanan.

Medan lawan dilengkapi dengan struktur sokongan yang boleh diinteraksi, seperti “shelters”, “item launchers”, dan “sonic cannons”. Pemain akan diberikan objektif utama bersama misi sampingan. Menyelesaikan misi sampingan akan mengaktifkan stesen sokongan ini serta mengurangkan morale bar raksasa tersebut. Sebaliknya, membiarkan misi sampingan hanya akan memberi kelebihan kepada boss.

Bagi peminat setia yang merindui sistem alkimia tradisional, Gust turut membaawa ciri ini semula sebagai tumpuan utama. Sistem synthesis telah diperbaharui menjadi sistem grid berbentuk teka-teki yang dinamakan “Recipe Map”.

Setiap bahan mempunyai bentuk “mana piece” serta kesan uniknya. Semasa menyusun bahan di dalam kawah, anda perlu menyambungkan kepingan-kepingan mana ini ala mencantum jigsaw puzzle. Menyusun corak tertentu dengan tepat akan membuka traits tahap lebih tinggi, mengubah nilai stats produk akhir, atau mengubah hasil ciptaan tersebut menjadi item serba baharu.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: Atelier Karia: The Night Kingdom & the Guide of Memories
ShareTweetSend
Previous Post

Diablo Immortal Umum Crossover Bersama Spawn, Pencipta Todd McFarlane Akan Hadir Ke BlizzCon

Next Post

Live-Action Blue Lock Keluar Di Malaysia Bermula 24 September

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Live-Action Blue Lock Keluar Di Malaysia Bermula 24 September

Live-Action Blue Lock Keluar Di Malaysia Bermula 24 September

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd