Filem adaptasi live-action berdasarkan manga dan anime sukan popular Blue Lock, akan ditayangkan di TGV Cinemas seluruh Malaysia bermula 24 September 2026.
Filem ini mengisahkan tentang 300 orang striker sekolah menengah terbaik di Jepun yang dikurung di dalam sebuah fasiliti latihan rahsia mirip penjara bernama “Blue Lock”. Dirancang oleh jurulatih eksentrik Jinpachi Ego, program ini bermatlamat melahirkan seorang striker terhebat yang paling mementingkan diri demi membawa Jepun menjulang Piala Dunia.
Pertaruhannya amat tinggi. Hanya seorang pemain sahaja yang akan dipilih, manakala mereka yang tersingkir akan diharamkan daripada menyertai skuad kebangsaan Jepun buat selama-lamanya.
Tumpuan utama jalan cerita terarah kepada watak protagonis Yoichi Isagi, yang dilakonkan oleh Fumiya Takahashi (terkenal dengan Kamen Rider Zero-One).
Adaptasi live-action ini turut menampilkan barisan pelakon hebat yang boleh anda baca di SINI.
Diarahkan oleh Yusuke Taki, filem ini diterbitkan oleh CREDEUS; syarikat di sebalik kejayaan adaptasi live-action manga popular seperti Kingdom dan Golden Kamuy. Filem ini asalnya ditayangkan di Jepun pada Ogos 2026 yang lalu.









Discussion about this post