Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pokémon Bukan Lagi Acara Dewan, Sekarang Mampu Ambil Alih Sebuah Bandar; Menurut Pengarah Esports/Acara The Pokémon Company International

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 30, 2026
in Acara, Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports, Pameran/Expo, Temuramah
0 0
0
Pokémon Bukan Lagi Acara Dewan, Sekarang Mampu Ambil Alih Sebuah Bandar; Menurut Pengarah Esports/Acara The Pokémon Company International
Share on FacebookShare on Twitter

Skala penganjuran Pokémon World Championships serta kemunculan debut acara PokémonXP menandakan satu pencapaian bersejarah dalam francais global ini.

Apa yang bermula beberapa dekad lalu sebagai perjumpaan santai untuk perlawanan “handheld link-cable” dan pertarungan trading card, sekarang telah berubah menjadi sebuah festival mega yang meraikan francais ini.

Di sebalik operasi logistik dan pertandingan serba besar ini, adalah Christopher Brown, Director of Global Esports and Events di The Pokémon Company International (TPCi).

Fokus utama Brown adalah untuk menyatukan pertandingan kompetitif dengan sambutan komuniti. Menganjurkan kejohanan bertaraf dunia untuk pelbagai game berbeza sambil memperkenalkan konvensyen peminat berskala besar memerlukan infrastruktur kejohanan yang teguh dengan suasana festival global yang mesra dan meriah.

Mengatur Medan Pertempuran Digital dan Operasi Kejohanan

Ekosistem kompetitif Pokémon sedang melalui peralihan struktur besar dalam senarai game miliknya. Menyentuh soal masa depan kompetitif Pokémon UNITE, Brown menjelaskan bahawa penjajaran semula strategi telah membawa kepada ketiadaan game tersebut dalam barisan World Championships pada tahun hadapan.

Namun, sokongan terhadap game ini masih kukuh. Walaupun senarai kejohanan diselaraskan semula, sebuah acara premier khas telah pun dijadualkan di Jepun pada awal tahun hadapan, disokong oleh pusingan “qualification circuit”.

Sementara itu, musim semasa bakal melabuhkan tirainya, di mana pasukan-pasukan bersaing dalam peringkat Fnals di Chase Center, San Francisco.

A single KO is the difference between @zetadivision facing defeat or taking the lead but they defend! ✋#PokemonWorlds | #UNITEesports pic.twitter.com/0K18xRUae3

— Pokémon UNITE Championship Series (@UniteEsports) August 29, 2026

Sementara itu, peralihan Video Game Championships (VGC) ke Pokémon Champions telah membawa kelebihan operasi di samping cabaran teknikal baharu. Dari sudut pemain, Brown menyatakan bahawa membina pasukan sekarang menjadi lebih mudah dan mudah diakses, lantas merendahkan halangan untuk menyertai arena kompetitif.

Walau bagaimanapun, mengendalikan kejohanan digital moden memerlukan sokongan teknikal yang amat tinggi. Dari perspektif operasi, menguruskan Champions masih sama mencabar seperti Scarlet and Violet.

Disebabkan ia merupakan game online, setiap seorang daripada lebih 600 pemain yang bertanding di World Championships memerlukan sambungan internet yang aktif dan stabil. Memastikan tahap sambungan internet sedemikian pada skala yang besar adalah satu cabaran operasi yang amat rumit.

This year marks the first #PokemonWorlds to be played on #PokemonChampions!

Sit down with our roundtable of #PokemonVGC experts and read up on what to expect from these three days of epic battles 🔥 pic.twitter.com/KEsqLQWXra

— Play! Pokémon @ Worlds (@playpokemon) August 20, 2026

Brown turut menjelaskan bahawa penganjuran format Swiss tournament bagi 1,000 pemain di wilayah seperti Amerika Utara memerlukan rangkaian yang sangat cekap; jauh berbeza berbanding sedekad lalu apabila kejohanan Nintendo DS mampu berjalan lancar hanya menggunakan sambungan infrared setempat.

TPCi bekerjasama secara langsung dengan pembangun game untuk mengemaskan keupayaan broadcast serta meningkatkan pengalaman penonton, meletakkan game ini sebagai tonggak esport bagi francais bagi masa depan.

Meskipun Brown menjelaskan peranannya tertumpu khusus pada bahagian kejohanan dan acara langsung berbanding pembangunan game, sinergi antara reka bentuk game dan siaran langsung tetap menjadi kunci dalam memberikan pengalaman tontonan yang lancar.

Sedekad Perkembangan: Dari Dewan Hotel ke Penguasaan Seluruh Bandar

Evolusi operasi Pokémon World Championships terbukti menerusi pertumbuhannya di San Francisco dalam tempoh satu dekad sahaja. Kali terakhir bandar ini menjadi tuan rumah pada 2016 di Marriott Marquis, kejohanan tersebut hanya menggunakan ruang sekitar 70,000 kaki persegi bagi 4,000 orang pengunjung dan kira-kira 1,500 orang peserta.

Sekilas pandang pengembaraan kami sepanjang di Pokémon World Championships dan Pokémon XP 2026 di San Francisco!

Dari kehangatan arena kompetitif hinggalah ke zon festival, segalanya penuh dengan semangat Pokémon sebenar 🌉 pic.twitter.com/dWg0vovhi8

— Gamer Santai (@GamerSantaiMY) August 28, 2026

Sekarang, skalanya telah berkembang berlipat ganda. Acara tahun 2026 ini merangkumi ruang konvensyen melebihi satu juta kaki persegi, menempatkan 2,700 orang peserta dan 50,000 pengunjung daripada lebih 52 buah negara dan wilayah.

Kemuncak hujung minggu ini berlangsung di Chase Center dengan pusingan Finals berkapasiti 15,000 penonton, diikuti oleh persembahan dron istimewa di Ferry Building pada malam terakhir.

San Francisco rasmi bertukar jadi taman impian Pokémon untuk hujung minggu ini!

Konvensyen sulung Pokémon XP 2026 sedang berlangsung bersama Pokémon World Championships (28–30 Ogos)⚡ pic.twitter.com/gsDRwTHHC7

— Gamer Santai (@GamerSantaiMY) August 28, 2026

Mengendalikan acara sebesar ini memerlukan tenaga kerja yang hampir sama dengan jumlah kehadiran kejohanan terdahulu. Kru di tapak acara merangkumi kira-kira 2,000 orang staf; jumlah yang hampir separuh daripada keseluruhan kehadiran peminat pada sepuluh tahun lalu.

Barisan ini merangkumi lebih 300 orang juri, ratusan brand ambassador, anggota keselamatan khas, event manager, serta 80 orang jurubahasa yang ditugaskan untuk operasi kejohanan bagi membantu para peserta antarabangsa.

Wakil kami ada di hadapan pentas utama untuk saksikan sendiri kemeriahan Majlis Pembukaan Pokémon XP dan Pokémon Worlds 2026 di San Francisco! 🎉 pic.twitter.com/3bujVsDyXI

— Gamer Santai (@GamerSantaiMY) August 28, 2026

Pengurusan ruang sebesar ini memerlukan peralihan kepada struktur “organisasi yang tidak berpusat”. Brown menyifatkan model operasi ini sebagai “gabungan pelbagai pasukan”, di mana setiap kru beroperasi dengan autonomi penuh:

“Keluasan tapak acara kini terlalu besar sehinggakan satu pasukan sahaja tidak mampu menguruskannya. Kami mempunyai gabungan pelbagai pasukan yang menjayakan acara ini… Contohnya, ada satu kumpulan yang berada di luar tapak acara, bertempat di Chase Center selama lima hari lalu untuk menyediakan pentas tersebut bagi hari Ahad.

Dari segi fizikal, jaraknya 15 minit dari sini, jadi mereka tidak boleh berulang-alik menguruskan perkara di sini dan di sana. Kumpulan yang menguruskan pengalaman Rayquaza Road tidak boleh menjadi kumpulan yang sama menguruskan pentas PXP, dan mereka juga tidak boleh menjadi kumpulan yang sama mengendalikan World Championships.

Kami membahagikan tugas-tugas ini supaya setiap bahagian boleh bergerak secara bebas, namun tetap bersatu sebagai satu pasukan.”

Menyamaratakan Peluang Global dan Merapatkan Jurang Generasi

Seiring dengan keluasan Pokémon kompetitif, menyediakan laluan yang adil ke World Championships turut menjadi tumpuan utama.

Struktur pusingan kelayakan memang berbeza mengikut wilayah antarabangsa; dengan TPCi menyelia Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin dan Oceania, manakala syarikat induk The Pokémon Company (TPC) menguruskan pasaran Asia Pasifik, termasuk format VGC terbuka untuk semua peringkat umur di Taiwan.

Cerys Jones finds the line! ✌️

🟣Sacred Ash + Dawn brings Lillie's Clefairy ex to her hand.
🟣 Wondrous Patch attaches an extra Energy.
🟣 Run Away Draw puts a Full Moon Rondo in the Active Spot.
🟣And that is enough damage for the KO and the match!#PokemonWorlds #PokemonTCG pic.twitter.com/tNBy2KN4mq

— Pokémon TCG (@PokemonTCG) August 29, 2026

Pasaran yang kukuh dari segi sejarah seperti Amerika Syarikat dan Jepun menghantar kontingen yang besar kerana mempunyai rangkaian kejohanan yang matang serta komuniti pemain yang luas, terutamanya dalam Trading Card Game (TCG), yang dicerminkan melalui peruntukan kelayakan secara berkadar.

Walau bagaimanapun, game yang lebih baharu membuktikan bahawa titik permulaan yang sama rata mampu mewujudkan saingan global yang seimbang:

“Sebagai contoh, menerusi Pokémon GO, sekiranya semua pasaran bermula pada titik permulaan yang sama, sesiapa sahaja dari mana-mana negara berpeluang menjadi juara dunia.

Juara dunia Pokémon GO pada tahun lalu berasal dari India, walhal dari segi sejarah, pasaran tersebut bukanlah pasaran yang menonjol dalam acara Pokémon lain yang kami anjurkan.

Harapan saya adalah agar semua peserta dari serata dunia merasakan mereka mempunyai peluang cerah untuk menang, pasaran tempatan mereka terus berkembang agar mereka menjadi lebih hebat, dan mereka dapat mempamerkan aksi terbaik masing-masing.”

This prodigy just aged up into the Masters Division, and is knocking on the door of the #PokemonWorlds Finals 🔥

Despite an adjustment to try and surprise KO Sneasler, the damage isn't there. João Felipe Leite takes charge of the battle and moves on to the Top 4!#PokemonVGC pic.twitter.com/Ehm43AQyg5

— Pokémon Champions (@Pokemon_Champs) August 29, 2026

Selain usaha jangkauan geografi, TPCi turut giat menangani keseimbangan demografi untuk setiap kategori umur. Pada masa ini, divisyen Masters di World Championships mempunyai kira-kira dua kali ganda bilangan peserta berbanding divisyen Junior dan Senior.

Brown mendedahkan inisiatif lima tahun yang sedang berjalan untuk menyamaratakan jumlah wakil di ketiga-tiga peringkat umur tersebut.

Bukannya dengan mengurangkan kuota jemputan Masters, sebaliknya strategi ini berteraskan kerjasama dengan rakan serantau antarabangsa bagi meluaskan kejohanan peringkat belia, untuk membuka laluan kelayakan khusus agar pemain muda di seluruh dunia mempunyai peluang setara untuk melangkah ke pentas kejohanan dunia.

Berjiwa Besar Menerima Kekalahan dan Saling Menghormati di Pentas Kejohanan

Walaupun persaingan di pentas kejohanan sangat sengit, keperibadian sebenar komuniti ini terserlah melalui cara mereka menerima kekalahan.

Menyelam kesan emosi dalam pertandingan, Brown berkongsi mesej daripada seorang ibu bapa yang anaknya memenangi tiga pusingan awal sebelum tewas dalam empat perlawanan berturut-turut, sekali gus menamatkan perjalanan mereka di kejohanan:

“Anda telah berlatih dan bertanding sepanjang tahun untuk sampai ke World Championships, dan akhirnya hanya ada seorang sahaja yang bergelar juara dunia.

Jadi hakikatnya, hampir semua orang akan mengalami kekalahan pada satu-satu masa… Saya melihat Pokémon sebagai satu peluang yang hebat untuk para pemain, serta ibu bapa yang menyokong anak-anak mereka, untuk belajar erti kehidupan tentang menang dan kalah secara berhemah, cara belajar daripada kesilapan, dan cara untuk bangkit lebih kuat selepas tewas.”

Brown menekankan bahawa belajar menerima kekalahan adalah salah satu aspek paling positif dalam arena kompetitif.

Walaupun PokémonXP direka untuk menyambut kehadiran peminat yang tidak berjiwa kompetitif, litar kejohanan pula memberi pengajaran bermakna tentang daya tahan, mendidik para peserta cara menghadapi cabaran dan kekal tenang di bawah tekanan.

What a way to kick off #PokemonWorlds 🤩

Tomorrow is sure to have just as exciting #PokemonGO pic.twitter.com/GkPDY0oxf1

— Pokémon GO (@PokemonGoApp) August 29, 2026

Semangat kesukanan ini sering bersinar di pentas dunia. Brown berkongsi bahawa para peserta biasanya saling berpelukan selepas perlawanan yang sengit.

Beliau turut mengimbas kembali satu siaran langsung Pokémon GO di mana naib juara mengangkat tangan sang pemenang untuk memperkenalkan lawannya kepada penonton sebagai juara sebenar.

Oleh kerana setiap pemain memahami pengorbanan yang diperlukan untuk sampai ke puncak kejohanan, sikap saling menghormati kekal menjadi asas utama budaya pertandingan ini.

Merangka PokémonXP dan Membina Pelan Tindakan Festival Mega

Pelancaran PokémonXP merupakan realisasi kepada visi yang dicadangkan enam tahun lalu, sebelum pandemik COVID-19 melanda. Ketika itu, kehadiran ke World Championships belum pernah melepasi angka 10,000 orang, dan jualan pas masuk bagi acara seperti di Washington, D.C. mengambil masa beberapa hari untuk habis dijual.

Pelaburan besar untuk menggabungkan kejohanan kompetitif dengan konvensyen peminat pada masa itu berdepan tanda tanya tentang sambutan komuniti.

"Pengembaraan" kami baru sahaja bermula dan ada banyak lagi momen hebat yang kami akan kongsikan sepanjang 3 hari ini! 🌟 pic.twitter.com/ByRYhzXeF1

— Gamer Santai (@GamerSantaiMY) August 26, 2026

Namun, sambutan yang diterima telah melangkaui segala jangkaan. Lebih 100,000 peminat mendaftar minat bagi acara yang terhad kepada 50,000 pas masuk, mencetuskan lonjakan permintaan yang mencerminkan populariti francais ini di seluruh dunia. Kejayaan ini telah mengalihkan fokus operasi kepada aspek “skala”.

“Persoalan bagi masa depan kini beralih kepada: Bagaimanakah cara untuk kami meluaskan skalanya? Bukan semua orang berpeluang untuk hadir ke acara World Championships.

Apakah yang boleh kami lakukan untuk membawa pengalaman serupa ke pasaran tempatan—sesuatu yang setaraf agar peminat dapat merasa pengalaman tersebut dan tidak berasa seperti terlepas peluang keemasan mereka.

Peminat seharusnya mempunyai lebih daripada satu peluang untuk berkumpul… Kami sedang membincangkan konsep ‘menguasai seluruh bandar’.

Jika melihat masa depan, sasaran saya adalah: jika kita berjaya mengumpulkan 50,000 orang tahun ini, apakah yang diperlukan untuk mencapai suku juta pengunjung dalam tempoh 5 atau 10 tahun akan datang?”

Hari baru di PokémonXP 2026 dan Pokémon World Championships ☀

Nantikan berita lanjut tentang Pokémon daripada kami sepanjang hari ini! pic.twitter.com/LawtuLXX2Y

— Gamer Santai (@GamerSantaiMY) August 29, 2026

Maklum balas awal bagi acara sulung PokémonXP ini sangat positif, menarik kehadiran sekitar 10,000 penduduk tempatan California bersama ribuan keluarga yang menghadiri acara langsung buat kali pertama.

Zon pengalaman interaktif (termasuk pameran di Rayquaza Road, persembahan muzik langsung di Wharf Stage, dan sambutan luar biasa sehingga ruang berdiri penuh di pentas panel PXP) membuktikan bahawa keterujaan peminat melangkaui sekadar menonton pertandingan.

Tersenyum bos kami bersama Lapras 🌊

Lokasi di Pokémon XP 2026 @San Francisco. pic.twitter.com/WqkEjyepoD

— Gamer Santai (@GamerSantaiMY) August 29, 2026

Walaupun pengurusan aliran, barisan giliran, dan kapasiti dewan masih antara tumpuan untuk penambahbaikan masa hadapan, pelan ini menjadi asas kukuh bagi penganjuran seterusnya.

Walaupun penganjuran antarabangsa seperti di London dan Yokohama membuktikan komitmen TPCi untuk menggilirkan lokasi tuan rumah di peringkat global, penganjuran acara berturut-turut di California memberi peluang kepada pihak penganjur untuk membina keupayaan operasi bagi mengendalikan festival sebesar ini.

Lokasi tuan rumah masa hadapan akan diumumkan semasa upacara penutup, manakala jadual berkala PokémonXP akan dinilai selepas kajian terhadap penganjuran sulung ini.

Seni Bina Ruang, Rekaan Pentas, dan Logistik Pelbagai Game

Menggabungkan pelbagai game berbeza di dalam satu kejohanan memerlukan perancangan susun atur ruang dan jadual yang teliti. Pembahagian jumlah pemain untuk Trading Card Game, Video Game Championships, Pokémon GO, dan Pokémon UNITE mencerminkan penglibatan komuniti serta sejarah jangka hayat kompetitif setiap game.

TCG yang bertapak di Worlds sejak 2004 dan litar utama Video Game yang diperkenalkan sekitar 2009 mempunyai jumlah peserta terbesar, manakala game digital dan mobile yang ditambah selepas era COVID mengukuhkan kedudukan kompetitif di samping mempunyai jumlah pemain harian yang sangat besar.

Susun atur fizikal di dewan konvensyen direka mengikut keperluan teknikal setiap game:

“Dari segi logistik di dalam dewan, kami cuba meletakkan game digital lebih dekat dengan pentas kerana pentas menghasilkan banyak bunyi bising dan cahaya lampu yang terang.

Pemain TCG boleh mudah hilang tumpuan disebabkan perkara tersebut, jadi kami sengaja menempatkan pemain TCG jauh sedikit daripada pentas utama walaupun divisyen itu paling besar… Kami tidak mahu pemain terganggu dengan cahaya dan bunyi pentas, kerana mereka bermain game fizikal yang memerlukan fokus tanpa skrin digital.”

Susuan jadual siaran pada hari Championship terakhir turut mengikut prinsip yang sama. Setiap game mendapat liputan pentas utama untuk meraikan juaranya, namun jadual perlawanan akhir meletakkan Trading Card Game dan Video Game Championships pada slot tumpuan di sebelah petang dan malam.

Ini sebagai penghormatan kepada legasi kejohanan tersebut yang telah berlangsung berdekad lama, di samping memberi ruang kepada esport digital yang lebih baharu untuk menyerlah.

Nostalgia yang Dikongsi Merentas Generasi

Di sebalik kepesatan operasi global, ikatan peribadi yang menghubungkan peminat dengan francais ini kekal utuh merentasi generasi.

Mengimbas semula sejarah peribadinya bersama siri ini, Brown menceritakan bagaimana beliau mula bermain Pokémon Red pada usia sebelas tahun dan memilih Charmander; pilihan yang menjadikan Charizard sebagai Pokémon kegemarannya sepanjang zaman, iaitu pada era ketika evolusi starter menjadi maskot muka depan game sebelum pengenalan muka depan Legendary Pokémon.

Tradisi tersebut diwarisi oleh keluarganya sendiri. Semasa anak perempuannya berusia setahun, keluarganya meletakkan patung plush Pokémon starter di atas lantai untuk melihat pasangan yang akan dipilihnya; anak kecilnya merangkak terus ke arah patung Squirtle.

Detik-detik seperti ini mencerminkan visi pelbagai generasi yang dikongsi oleh seluruh francais ini. Ketika pentas kejohanan berkembang daripada bilik mesyuarat hotel kepada arena sukan profesional bertaraf dunia, acara-acara ini terus menjadi sambutan yang diwarisi daripada satu generasi kepada generasi yang seterusnya.

Untuk maklumat acara, sila layari laman web rasmi.

Tags: interviuPokémon World ChampionshipsPokémonXP
ShareTweetSend
Previous Post

Bagaimana Dragon’s Dogma 2: Dark Arisen Menguji Tahap Kemahiran Pemain, Termasuk Para Veteran

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Bagaimana Dragon’s Dogma 2: Dark Arisen Menguji Tahap Kemahiran Pemain, Termasuk Para Veteran
Temuramah

Bagaimana Dragon’s Dogma 2: Dark Arisen Menguji Tahap Kemahiran Pemain, Termasuk Para Veteran

August 29, 2026
Menolak Formula 30 Tahun! Mengapa Pokémon Pokopia Memilih Ketenangan Berbanding Pertarungan
Berita

Menolak Formula 30 Tahun! Mengapa Pokémon Pokopia Memilih Ketenangan Berbanding Pertarungan

August 29, 2026
Kisah Sebenar Kelahiran Pokémon & 30 Tahun Membina Dunianya Bersama CEO Tsunekazu Ishihara
Berita

Kisah Sebenar Kelahiran Pokémon & 30 Tahun Membina Dunianya Bersama CEO Tsunekazu Ishihara

August 29, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd