Setelah memenangi pelbagai anugerah yang termasuk Grand Jury Award semalam di SEA Game Award, dan menemu ramah mereka di Level Up BIZ, Passion Republic mengumumkan permainan pertama mereka GigaBash akan datang di platform PC dan PlayStation 4 juga boleh dimaikan secara Multiplayer!
Menghidupkan semula zaman fantasi kanak-kanak anda sebagai raksasa yang mengamuk melalui pencakar langit di GigaBash! Pemilihan raksasa dan wira gergasi akan terbuka kepada anda, dengan inspirasi yang diambil dari filem kanak-kanak seperti Godzilla dan Ultraman. Landskap akan memberi kegilaan kepada anda untuk anda terhibur dengan permainan ini! Jadi lah menggila dengan raksasa anda lepaskan kemarahan anda, stress anda, apa sahaja dalam permainan ini! Anda boleh mengguling, melompat hancurkan bangunan, serang raksasa lain, jadi S-Class dan raksasa anda menjadi besar, telan hempas semuanya lengkap untuk menghiburkan hati anda terutama bernmain bersama rakan-rakan dan keluarga! Jadi tentukan perlawanan antara 4 raksasa untuk kemenangan!
Matlamat kami adalah untuk mencipta permainan yang mudah dimainkan tetapi juga mempunyai kedalaman yang cukup untuk pemain yang lebih kompetitif dapat menikmati. Kami mahukan pemain mempunyai tahap kemahiran yang berbeza-beza untuk bermain bersama dan bersenang-senang, jadi skema kawalan kami diarahkan kepada hukuman mati yang lebih mudah, satu butang, tetapi dengan varian kontekstual bergantung pada apa yang anda lakukan. Jadi anda mendapat serangan yang berbeza bergantung jika anda menyekat, atau di udara, atau memegang sesuatu dan lain-lain
– Mel Law co-director
Yang menariknya bukan setakat anuerah dari SEA gane yang dirangkuli mereka, beberapa anugerah serta calonan anugerah daripada 4Gamer dan Famitsu juga ada kemenangan GigaBash! Jadi sesiapa yang ingin mencuba demo permainan GigaBash, jangan lupa ke Level Up Play di KLCC Convention Centre yang bermula hari ini dan esok!
Jadi pada anda yang ingin teruskan menyokong perjalanan GigaBash dan bermain secara Multiplayer yang hasilnya dari anak tempatan kita sendiri ini, jangan lupa singgah lihat laman web rasmi mereka dan ikuti Passion Republic Games di Facebook, Twitter dan Instagram.
@gamersantaimy
Discussion about this post