Semasa gamescom 2026: Opening Night Live, Elementa dan pembangun Silver Studio telah mempersembahkan trailer baharu untuk Silver Palace.
Selain gameplay baharu, pihak pembangun turut mengesahkan bahawa game ini akan dilancarkan di PlayStation 5 selain PC, iOS, dan Android. Acara tersebut turut memberikan kejutan dengan pendedahan sebuah mod multiplayer berjudul “House of Greed”.
Bagi korang yang suka game seperti Genshin Impact dan Wuthering Waves tetapi inginkan estetika gotik yang lebih gelap, Silver Palace memang menarik perhatian ramai. Dibangunkan menggunakan Unreal Engine 5, latar game ini bertempat di sebuah metropolis perindustrian luas bernama Silvernia.

Pemain akan menggalas watak seorang detektif pintar yang datang ke sebuah bandar yang tidak tenang akibat jenayah, sindiket gelap, dan pelbagai puak berpengaruh. Jalan cerita berkisar tentang Silverium… sejenis elemen misteri yang menjana teknologi bandar tersebut, namun pada masa yang sama membangkitkan ancaman ngeri dari kegelapan.
Sebelum trailer berakhir, satu babak post-credit memperkenalkan pengalaman multiplayer House of Greed.

Babak pendek tersebut memaparkan Detektif wanita bersama rakan-rakannya meneroka bilik-bilik tertutup yang menyeramkan. Tiba-tiba, makhluk mengerikan datang menyerang hendap. Sama-sama, mereka perlu bekerjasama untuk berlawan makhluk tersebut.
Walaupun tarikh pelancaran masih belum diumumkan, pra-pendaftaran telah dibuka di laman web rasmi bagi mobile dan PC.









Discussion about this post