Peminat yang menantikan Onimusha: Way of the Sword kini mempunyai banyak kandungan baharu untuk dicuba. Capcom telah mengemas kini demo percuma game ini dengan kawasan serta pertarungan boss baharu, di samping melancarkan demo Onimusha: Way of the Sword di Nintendo Switch 2 buat kali pertama.
Demo ini asalnya dilancarkan pada Jun lalu untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC. Menerusi kemas kini terbaharu, pemain di semua platform kini boleh mencuba versi uji cuba yang lebih luas sebelum pelancaran rasmi pada minggu hadapan.
Kemas kini demo memperkenalkan quest kedua yang boleh dimainkan, bertempat di sebuah kawasan misteri dikenali sebagai Oni Refuge. Bahagian ini memberikan gambaran lebih mendalam tentang permulaan jalan cerita, memperkenalkan mekanik combat baharu, serta menguji kecekapan pemain menentang boss gergasi bernama Daidara.
Capcom turut mengesahkan bahawa pemain yang menyimpan save data daripada demo ini akan menerima “Kubi Akari” Charm sebagai carry-over bonus, yang memberikan stat buffs kepada watak utama, Miyamoto Musashi, dalam game penuh nanti.
Selain kemas kini demo, Capcom turut menunjukkan gameplay baharu yang memaparkan beberapa pertarungan sengit yang bakal dihadapi pemain.
- Ifuu dan Burai: Pertarungan dual-boss melawan dua musuh hebat yang menguasai kuasa elemen angin dan petir.
- Musashi vs. Dokyo: Pertarungan satu lawan satu antara Musashi dan watak misteri bernama Dokyo.
- Oni Awakening: Gameplay pertama yang menunjukkan Musashi berubah sepenuhnya ke bentuk Oni Awakening untuk menumpaskan musuh dengan kuasa yang berlipat ganda.

Onimusha: Way of the Sword merupakan game terbaru bagi francais ini sejak Onimusha: Dawn of Dreams yang dilancarkan pada tahun 2006. Berlatarkan era Edo di Kyoto yang diselubungi ancaman iblis, kisahnya mengikuti pendekar pedang legenda Miyamoto Musashi yang perlu berhadapan gerombolan iblis Genma menggunakan sarung tangan Oni Gauntlet.
Sistem combat mengekalkan elemen ikonik siri seperti precision parry, serangan balas maut Issen, serta mekanik menyerap roh, yang semuanya dibangunkan semula menggunakan enjin grafik RE Engine daripada Capcom.

Onimusha: Way of the Sword akan dilancarkan pada 4 September 2026 di PlayStation 5, Xbox Series X|S, Nintendo Switch 2, dan PC (melalui Steam, Epic Games Store, serta Microsoft Store).








Discussion about this post