Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Taman Tema Dragon Ball Bernilai RM28 Bilion Sedang Diusahakan Oleh Perancis & Arab Saudi

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 25, 2026
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Taman Tema Dragon Ball Bernilai RM28 Bilion Sedang Diusahakan Oleh Perancis & Arab Saudi
Share on FacebookShare on Twitter

Perancis dan Arab Saudi secara rasmi telah bergabung tenaga untuk membangunkan sebuah projek taman tema mega bernilai €6 bilion (kira-kira RM28.2924 bilion) berhampiran Paris, yang menampilkan tarikan khas bertemakan Dragon Ball Z.

Pejabat Presiden Perancis mengesahkan perjanjian tersebut semasa lawatan rasmi Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, ke Paris.

Menurut pegawai Perancis, usahasama ini tercetus daripada minat yang sama. Dalam satu perjumpaan diplomatik sebelum ini, Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Putera Mahkota Arab Saudi menyedari bahawa mereka berdua merupakan peminat francais manga dan anime ikonik karya Akira Toriyama itu.

Projek ini bakal dibina berhampiran Cergy-Pontoise di wilayah Val-d’Oise, kira-kira 30 kilometer ke barat laut dari pusat bandar Paris. Pembangunan dibiayai oleh Qiddiya, iaitu cabang pelaburan yang disokong oleh Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi.

Pembinaan dijangka mengambil masa beberapa tahun dan akan dijalankan secara berperingkat. Setakat ini, tarikh pembukaan masih belum diumumkan.

Walaupun reka bentuk bagi taman tema di Perancis masih belum didedahkan, ia merupakan taman tema Dragon Ball kedua yang dibangunkan dengan sokongan Qiddiya. Taman tema Dragon Ball yang pertama di dunia sedang dibina di Qiddiya City, berhampiran bandar Riyadh, Arab Saudi.

Sebagai gambaran awal, berikut adalah perkara yang ingin dilaksanakan di projek Arab Saudi:

  • Keluasan melebihi 500,000 meter persegi, merangkumi tujuh zon berbeza yang diinspirasikan daripada tujuh biji Dragon Ball.
  • Mercu tanda berskala sebenar bagi lokasi kegemaran peminat dari siri Dragon Ball asal sehinggalah ke Dragon Ball Super, termasuk Kame House, Capsule Corporation, dan Planet Beerus.
  • Menampilkan sekurang-kurangnya lima permainan utama, dengan lebih 30 tarikan dan permainan.
  • Tarikan utama taman tema ini ialah replika naga Shenron setinggi 70 meter, lengkap dengan roller coaster di bahagian dalam.
  • Hotel bertema, restoran khas, serta pusat cenderamata rasmi di tapak.
Tags: Dragon Ball
ShareTweetSend
Previous Post

Final Fantasy Resonance – Tambahan Vision & Superboss Termasuk Ultima Weapon

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Final Fantasy Resonance – Tambahan Vision & Superboss Termasuk Ultima Weapon
Berita

Final Fantasy Resonance – Tambahan Vision & Superboss Termasuk Ultima Weapon

August 25, 2026
Nexon & Pasukan Blue Archive Umum Fareidolia; Dulu Dikenali Sebagai Project RX
Berita

Nexon & Pasukan Blue Archive Umum Fareidolia; Dulu Dikenali Sebagai Project RX

August 25, 2026
The Witcher IV Sasar Pelancaran Pada 2028, Ciri Dimuktamadkan Protagonis Saga Baru
Berita

The Witcher IV Sasar Pelancaran Pada 2028, Ciri Dimuktamadkan Protagonis Saga Baru

August 25, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd