Sejak anime Bleach ditayangkan pada tahun 2004, Urahara Kisuke menjadi antara watak paling digemari ramai. Nampak seperti pemilik kedai yang santai, tetapi dialah yang melatih Ichigo, mencipta Hogyoku, dan kerap menyelamatkan keadaan di sebalik tabir. Walau bagaimanapun, kuasa sebenarnya kekal menjadi misteri. Selepas lebih dua dekad, kami akhirnya dapat menyaksikan Urahara Kisuke melancarkan Bankai buat kali pertama dalam anime.

Bleach: Thousand-Year Blood War Episod 42 memfokuskan kepada pertarungan Askin Nakk Le Vaar (Sternritter), antara musuh paling berbahaya dalam arc terakhir. Menggunakan kuasa khas “The Deathdealing”, Askin boleh mengawal dos maut sebarang bahan yang dimakan atau disentuh… termasuklah darah dan spirit energy.
Walaupun Yoruichi Shihoin telah mengerahkan segala kemampuannya sehingga ke batas akhir, Askin masih susah ditumbangkan. Keadaan menjadi lebih bahaya apabila Askin membutakan mata Urahara dan memerangkapnya dalam zon dos maut.

Tanpa mata dan tiada lagi cara untuk menang, Urahara akhirnya terpaksa mengeluarkan senjata rahsia iaitu Bankai beliau.
Apakah Sebenarnya Kuasa Bankai Milik Urahara?

Bankai Urahara diberi nama Kannonbiraki Benihime Aratame.
Apabila diaktifkan, seorang wanita gergasi menyerupai patung akan muncul. Berbeza dengan kebanyakan Bankai lain yang memberikan lonjakan kekuatan atau berubah kepada sejenis senjata dahsyat, Bankai Urahara boleh membedah, mengubah struktur, dan menjahit semula apa sahaja secara fizikal dalam liputan kawasannya.

Dalam Episod 42, kita melihat sendiri betapa gerunnya Bankai ini:
- Pembedahan Diri Serta-Merta: Selepas matanya dibutakan oleh Askin, Urahara menggunakan Bankai untuk menjahit semula mata, lalu memulihkan penglihatannya serta-merta.
- Manipulasi Ruang dan Anatomi: Dia memanfaatkan Bankai ini untuk membelah ruang udara dan membelah kulit serta pertahanan fizikal Askin.
- Permainan Minda: Kuasa Bankai ini hanya berkesan dalam radius tertentu, dan sebarang perubahan akan kembali apabila sasaran keluar dari kawasan itu atau apabila Bankai dinyahaktifkan.

Urahara menggunakan Bankai untuk mengubah struktur ruang lalu membuka peluang di belakang musuh. Strategi bijak ini memberi ruang kepada Grimmjow Jaegerjaquez untuk keluar dari bayang dan meragut jantung Askin secara serangan hendap.









Discussion about this post