Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Borderlands 4 – Masa Untuk ‘Grinding’ Loot Baru Dengan Bounty Pack 4

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 31, 2026
in Artikel, Berita, BL4, DLC, DLC berbayar, DLC percuma, Epic Store, PC, PS5, Shooter, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Borderlands 4 – Masa Untuk ‘Grinding’ Loot Baru Dengan Bounty Pack 4
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, 2K dan Gearbox Software telah melancarkan update Version 1.9 untuk Borderlands 4, bersama Bounty Pack 4: Murders and Acquisitions yang menambah expansion cerita baharu, pertarungan boss baharu, loot gred tinggi, serta Vault Card terbaharu.

Dalam expansion cerita Murders and Acquisitions, kita akan meneroka Toxic Scowl, sebuah ngarai padang pasir yang tercemar.

Di sini, pemain akan direkrut oleh Levaine (ketua kumpulan Electi) untuk masuk campur dalam perang antara dua faction: The Flock, sekumpulan bekas pembunuh yang kini mahu hidup aman, dan The Blasphemers, kumpulan agresif yang merampas fasiliti Order berdekatan. Situasi menjadi semakin huru-hara kerana ngarai ini dipenuhi “bandit” yang hilang kawalan selepas menjilat garam tercemar.

Pemain boleh mula mengakses misi ini sebaik sahaja menyelesaikan misi pertama dengan Levaine di Carcadia Burn dalam kempen cerita utama.

Tambahan lain dalam expansion ini termasuk:

  • Misi boleh diulang dan setiap keputusan yang anda buat akan mengubah permainan secara langsung; termasuk dialog, senario combat, mini-boss, serta bantuan yang diterima semasa pertarungan boss terakhir.
  • Menampilkan 1 main boss dan 3 mini-boss baharu.
  • Menewaskan boss-boss ini memberi pemain peluang untuk memperoleh 1 senjata Pearlescent baharu dan 6 equipment Legendary baharu.
  • Apabila misi selesai, pemain dijamin akan menerima skin Vault Hunter universal baharu, kenderaan baharu, serta skin dron ECHO-4.

Vault Card 4

Bersama expansion ini, Vault Card 4 membolehkan kita memperoleh pelbagai barangan kosmetik dan kelengkapan hebat hanya dengan bermain. Cuma kumpul XP menerusi gameplay biasa, quest harian, dan cabaran mingguan untuk dapatkan:

  • 24 Item Kosmetik: Termasuk 1 kepala watak unik untuk setiap Vault Hunter asas, 4 skin Vault Hunter universal, 5 skin senjata, 5 skin kenderaan, 4 skin dron ECHO-4, dan 2 aksesori dron.
  • 4 Item Legendary Rerollable: Equipment berkuasa yang statistiknya boleh di-reroll semula mengikut build watak anda.

Seperti Vault Card dahulu dalam Borderlands 4, Vault Card 4 tidak mempunyai tarikh luput. Anda boleh menaikkan tahapnya mengikut masa dan kelajuan sendiri tanpa perlu tergesa-gesa.

Cara Mendapatkan Bounty Pack 4

Bounty Pack 4 boleh dibeli secara berasingan mengikut dua bahagian: pek cerita Murders and Acquisitions atau Vault Card 4.

Jika sudah ada Borderlands 4 Deluxe Edition, Super Deluxe Edition, atau Bounty Pack Bundle, kandungan ini dimasukkan secara automatik… anda hanya perlu kemas kini ke Version 1.9 untuk terus mula bermain.

Borderlands 4 boleh dimainkan di PlayStation 5, Xbox Series X|S, serta PC (menerusi Steam dan Epic Games Store).

Tags: Borderlands 4DLC
ShareTweetSend
Previous Post

Sekuel Stellar Blade Muat Naik “Video Muzik AI,” Timbul Kontroversi Di Kalangan Komuniti Gamer

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Sekuel Stellar Blade Muat Naik “Video Muzik AI,” Timbul Kontroversi Di Kalangan Komuniti Gamer
Berita

Sekuel Stellar Blade Muat Naik “Video Muzik AI,” Timbul Kontroversi Di Kalangan Komuniti Gamer

July 31, 2026
BLUE REFLECTION Quartet Boleh Didapati Sekarang Di PC & Konsol – Empat Game Dalam Satu Bundle
Berita

BLUE REFLECTION Quartet Boleh Didapati Sekarang Di PC & Konsol – Empat Game Dalam Satu Bundle

July 31, 2026
Remaster Kepada Sebuah FPS Ikonik! Sudden Attack Zero Point Tersedia Sekarang Di Steam!
PC

Remaster Kepada Sebuah FPS Ikonik! Sudden Attack Zero Point Tersedia Sekarang Di Steam!

July 31, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd