Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

BLUE REFLECTION Quartet Boleh Didapati Sekarang Di PC & Konsol – Empat Game Dalam Satu Bundle

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 31, 2026
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, PC, PS5, Remastered, RPG, Steam
0 0
0
BLUE REFLECTION Quartet Boleh Didapati Sekarang Di PC & Konsol – Empat Game Dalam Satu Bundle
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat RPG arkhinya boleh menikmati keseluruhan saga BLUE REFLECTION dalam satu pakej lengkap. KOEI TECMO bersama pembangun Gust telah melancarkan BLUE REFLECTION Quartet, sebuah kompilasi digital yang mengumpulkan empat judul daripada siri RPG magical girl ini ke dalam satu koleksi. Game ini sudah boleh didapati secara digital di PlayStation 5, Nintendo Switch 2, Nintendo Switch, dan PC menerusi Steam.

Koleksi ini mempunyai dua game utama daripada konsol, senario cerita interaktif berasaskan siri anime 24 episod, serta versi konsol bagi judul yang sebelum ini hanya tersedia di peranti mobile. Setiap game turut dilengkapi penambahbaikan quality-of-life, visual yang lebih cantik, dan pelbagai kandungan baharu.

  • BLUE REFLECTION (2017):
    • Judul asal dalam siri yang ini kembali dengan visual berdefinisi tinggi, pergerakan watak lebih pantas, serta fungsi auto-save. Pemain akan mengikuti kisah pelajar sekolah tinggi Hinako Shirai bersama rakan-rakannya, Yuzuki dan Lime, yang bertukar menjadi Reflector berkuasa magik demi mempertahankan dunia daripada ancaman misteri.
  • BLUE REFLECTION: RAY:
    • Berdasarkan siri anime tahun 2021, story mode mengisahkan perjalanan pelajar Hiori dan Ruka. Dengan mengumpul Memory Shard, pemain boleh membuka model watak 3D baharu serta sebuah cerita pendek eksklusif. Tambahan prolog dan epilog baharu turut menyatukan naratif RAY dengan keseluruhan cerita siri ini.
  • BLUE REFLECTION: SUN:
    • Sebelum ini hanya tersedia di peranti mobile dan PC, SUN membuat kemunculan pertama di konsol. Judul ini menampilkan sistem combat turn-based yang ditambah baik mengikut mekanik Second Light, acara Bab 24, dialog perbualan eksklusif, serta babak cerita yang menjadi penghubung antara koleksi.
  • BLUE REFLECTION: Second Light (2021):
    • Ao Hoshizaki dan rakan-rakan berjuang masa lalu dalam gameplay yang ditambah secara drastik, di mana lapan watak daripada RAY dan SUN boleh dimainkan sebagai ahli parti. Selain pergerakan yang lebih pantas dan fungsi auto-save, watak kegemaran ramai seperti Yuzuki dan Lime turut ditambah ke dalam Photo Mode.

Untuk memudahkan pemain mendalami IP ini, Quartet menambah ciri Reference Database. Ciri ini menyediakan carta garis masa mengikut kronologi, peta hubungan watak, dan ringkasan dunia supaya pemain baharu mahupun peminat sedia ada dapat memahami jalan cerita dengan lebih lancar. Pemain juga boleh menikmati seni konsep serta ilustrasi menerusi mod Gallery.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: BLUE REFLECTION Quartet
ShareTweetSend
Previous Post

Remaster Kepada Sebuah FPS Ikonik! Sudden Attack Zero Point Tersedia Sekarang Di Steam!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Remaster Kepada Sebuah FPS Ikonik! Sudden Attack Zero Point Tersedia Sekarang Di Steam!
PC

Remaster Kepada Sebuah FPS Ikonik! Sudden Attack Zero Point Tersedia Sekarang Di Steam!

July 31, 2026
SEGA Akan Buka Kedai Flagship Pertama Di Osaka Pada Oktober 2026
Berita

SEGA Akan Buka Kedai Flagship Pertama Di Osaka Pada Oktober 2026

July 31, 2026
NARUTO CARD GAME – Cara-Cara Untuk Main & Mekanik Utama; Pandangan Pertama Pada Rekaan Kad
Trading Card Game

NARUTO CARD GAME – Cara-Cara Untuk Main & Mekanik Utama; Pandangan Pertama Pada Rekaan Kad

July 30, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd