Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Remaster Kepada Sebuah FPS Ikonik! Sudden Attack Zero Point Tersedia Sekarang Di Steam!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 31, 2026
in Artikel, Berita, PC, Remastered, Shooter, Steam
0 0
0
Remaster Kepada Sebuah FPS Ikonik! Sudden Attack Zero Point Tersedia Sekarang Di Steam!
Share on FacebookShare on Twitter

Nexon telah rasmi melancarkan Sudden Attack Zero Point di Steam secara Early Access. Game PC free-to-play ini merupakan remaster kepada Sudden Attack, sebuah tactical shooter yang cukup ikonik pada era 2005 ke atas, yang sekarang tampil dengan visual serba baharu, sistem customization senjata yang lebih luas, serta aksi gunplay seronok.

Menurut pembangun, Sudden Attack Zero Point cuba setia dengan gameplay twitch-shooter yang membuatnya menjadi fenomena di Asia. Setiap pusingan berlangsung secara pantas, memerlukan tembakan tepat, posisi bijak, dan reaksi sekelip mata tanpa memerlukan peta yang terlalu luas.

Fasa Early Access ini memberi pelbagai pembaharuan menarik:

  • Lebih 200 pilihan komponen membolehkan pemain melaras recoil, kelajuan reload, dan rupa paras bagi 13 senjata utama serta 4 senjata sampingan.
  • Practice Mode disediakan dengan mod Shooting Range dan Bot Deathmatch untuk pemain menguji gandingan attachment senjata dan mengasah tembakan sebelum masuk ke perlawanan sebenar.
  • The Black Market ialah pasaran jual beli sesama pemain untuk bertukar skin senjata, komponen, dan crate yang diperoleh daripada perlawanan demi melengkapkan loadout.
  • Menampilkan 10 watak serta 7 peta untuk mod Close-Quarters Battle (CQB) dan Bomb Defusal termasuk lokasi ikonik seperti 3rd Supply Base dan Provence, serta peta baharu City Cat. Perlawanan Ranked pula boleh diakses sebaik sahaja pemain mencapai Account Level 9.

Untuk meraikan pelancaran di Steam, Nexon menganjurkan acara Daily Login Event bermula 30 Julai hingga 12 Ogos 2026. Pemain yang log masuk setiap hari boleh menerima 3 Key Card percuma untuk membuka loot crate yang dimenangi semasa bermain.

Game ini bermula dengan fasa “Pre-Season” yang menampilkan peta City Cat serta komponen senjata Epic ‘Sandstorm’. Nexon merancang untuk mengekalkan fasa Early Access selama kira-kira enam bulan, sebelum melancarkan Season 1 mengikut maklum balas komuniti. Update seterusnya turut akan mengenalkan Clan System dan mod permainan baharu.

Pemain di Malaysia boleh memuat turun Sudden Attack Zero Point secara percuma di Steam hari ini!

Tags: Sudden Attack Zero Point
ShareTweetSend
Previous Post

SEGA Akan Buka Kedai Flagship Pertama Di Osaka Pada Oktober 2026

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

SEGA Akan Buka Kedai Flagship Pertama Di Osaka Pada Oktober 2026
Berita

SEGA Akan Buka Kedai Flagship Pertama Di Osaka Pada Oktober 2026

July 31, 2026
NARUTO CARD GAME – Cara-Cara Untuk Main & Mekanik Utama; Pandangan Pertama Pada Rekaan Kad
Trading Card Game

NARUTO CARD GAME – Cara-Cara Untuk Main & Mekanik Utama; Pandangan Pertama Pada Rekaan Kad

July 30, 2026
RPG Soulslike ‘WUCHANG: Fallen Feathers’ Rasmi Menerima Sekuel
Berita

RPG Soulslike ‘WUCHANG: Fallen Feathers’ Rasmi Menerima Sekuel

July 30, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd