SEGA mengumumkan bahawa SEGA STORE OSAKA, kedai flagship pertama di wilayah Kansai, barat Jepun, akan dibuka pada 2 Oktober 2026.
Kedai ini berlokasi di tingkat 6 Shinsaibashi PARCO, bertempat di zon “POP CULTURE SHINSAIBASHI”; sebuah kawasan tumpuan pelancong yang terkenal dengan pelbagai pilihan kedai anime dan budaya pop.

Vawangan baharu ini adalah sebahagian daripada usaha SEGA untuk mengembangkan jenama permainan videonya ke dunia filem, muzik, fesyen, dan barangan koleksi. Cawangan di Osaka bakal menjadi kedai flagship kedua SEGA di Jepun, serta cawangan rasmi keempat di Asia.
Dengan legasi SEGA dan ATLUS yang menjangkau lebih 65 tahun, kedai ini menawarkan pelbagai barangan daripada siri francais popular seperti Sonic the Hedgehog, Like a Dragon (Yakuza), dan Persona. Pengunjung juga berpeluang membeli barangan eksklusif Osaka yang tidak boleh didapati di tempat lain.
Buat rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuit ke Osaka, Shinsaibashi PARCO boleh diakses dengan menaiki Osaka Metro.
- Lokasi: Tingkat 6, Shinsaibashi PARCO, 1-8-3 Shinsaibashi-suji, Chuo-ku, Osaka 542-0085, Jepun
- Waktu Operasi: 10:00 pagi – 8:00 malam setiap hari (tertakluk kepada perubahan)
- Laman Web Rasmi








Discussion about this post