Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

DLC Pertama Nioh 3 ‘Hell Rising’ Akan Tiba 19 Ogos 2026

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 28, 2026
in Action, Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, PC, PS5, Steam
0 0
0
DLC Pertama Nioh 3 ‘Hell Rising’ Akan Tiba 19 Ogos 2026
Share on FacebookShare on Twitter

Expansion pertama untuk Nioh 3, yang bertajuk Hell Rising, akan dilancarkan pada 19 Ogos 2026. Ini merupakan expansion cerita pertama daripada dua kandungan tambahan yang disertakan dalam Nioh 3 Season Pass. Pemain yang memiliki Season Pass atau Digital Deluxe Edition boleh mengaksesnya secara automatik sebaik sahaja ia dikeluarkan, bersama expansion kedua akan datang, Bloody Insurrection.

Pengembaraan ke Masa Depan yang Musnah

Jalan cerita baharu membawa watak utama Tokugawa Takechiyo ke tahun 1651 waktu era Keian. Dipimpin oleh seekor yokai misteri dari dalam mimpinya, Takechiyo tiba di Edo masa depan… tempat di mana masa depannya telah terkorban dan era kedamaian telah hancur.

Bandar istana yang dahulunya aman sekarang berubah menjadi tanah huru-hara di bawah cengkeraman ancaman ghaib yang dipanggil Crucible. Ahli alkimia asing, pemberontak manusia, serta yokai ganas berperang merebut kuasa di seluruh kota. Bagi mengekang konspirasi baharu melibatkan Spirit Stones, Takechiyo perlu bekerjasama dengan sekutu baharu, termasuk samurai bermata satu, Yagyu Jubei; dan Rodrigo, seorang utusan dari Sepanyol.

Senjata Baharu dan Peralatan Combat

Pemain akan mendapat akses kepada jenis senjata serba baharu: Hoko & Shield (serta varian Ninja Hoko & Shield).

Senjata-senjata ini menyeimbangkan serangan tombak pendek dengan pertahanan perisai. Semasa berlawan, pemain boleh menangkis serangan sambil menikam musuh, atau melempar perisai ke arah sasaran untuk mematahkan imbangan mereka. Seperti senjata lain dalam Nioh 3, ia boleh disesuaikan mengikut gaya pertarungan Samurai mahupun Ninja.

Tahap Kesukaran Endgame dan Cabaran Baharu

Bagi pemain yang sudah menamatkan campaign utama, Hell Rising membawakan tahap kesukaran baharu yang digelar sebagai Enlightened One’s Journey. Mod ini dibuka selepas menamatkan Shogun’s Journey dan menawarkan:

  • Had level pemain yang lebih tinggi
  • Had nilai tambahan (“+value” cap) yang lebih tinggi untuk gear menerusi Soul Matching
  • Senjata, armor, dan Soul Core baharu yang lebih kuat

Di samping itu, expansion ini turut memperkenalkan Hundred Demon Realms Picture Scrolls. Item khas ini membolehkan pemain memasuki sejumlah pertarungan khusus yang boleh diulang dengan susunan musuh serta syarat lawan yang unik. Apabila misi berjaya diselesaikan, ia boleh dilengkapi sebagai gear yang memberikan bonus stat khas. Cabaran ini boleh dimainkan secara solo mahupun secara online co-op bersama rakan-rakan.

Selain ciri-ciri utama tersebut, DLC ini turut dimuatkan dengan Guardian Spirit, skil Ninjutsu, sihir Onmyo Magic, Martial Art, dan bonus set (Graces) baharu bagi memberikan lebih banyak pilihan untuk “character build”.

Pemain di Malaysia boleh mendapatkan Nioh 3: Hell Rising pada 19 Ogos 2026 menerusi PlayStation Store untuk PS5 serta Steam untuk PC.

Tags: DLCNioh 3
ShareTweetSend
Previous Post

eFootball World Festival – Agüero Buat Kemunculan Sulung, Taktik Baru & Juara Dunia Esports

Next Post

ASUS Malaysia Naik Taraf Servi – Waranti Percuma 2 Tahun & Servis ProCare Khas Untuk Anda

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
ASUS Malaysia Naik Taraf Servi – Waranti Percuma 2 Tahun & Servis ProCare Khas Untuk Anda

ASUS Malaysia Naik Taraf Servi - Waranti Percuma 2 Tahun & Servis ProCare Khas Untuk Anda

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd