Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

eFootball World Festival – Agüero Buat Kemunculan Sulung, Taktik Baru & Juara Dunia Esports

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 27, 2026
in Android, Artikel, Berita, Esports, iOS, Mobile, PC, PS4, PS5, Steam, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
eFootball World Festival – Agüero Buat Kemunculan Sulung, Taktik Baru & Juara Dunia Esports
Share on FacebookShare on Twitter

Acara tahunan eFootball World Festival anjuran KONAMI telah melabuhkan tirai di Bangkok pada hujung minggu lalu. Selain memahkotakan dua juara dunia baharu, KONAMI turut mengumumkan pelbagai ganjaran Kad Legend percuma yang boleh ditebus bermula hari ini, di samping kemas kini besar-besaran pada bulan Ogos.

Kad Legend Percuma: Sergio Agüero Bersama Wayne Rooney

Antara berita paling besar ialah kemunculan ikon Manchester City, Sergio Agüero. Beliau hadir menerusi kempen “Epic: Legends Assemble Special” dengan dua finishing skill: Blitz Curve dan Low Screamer.

Pemain yang log masuk ke eFootball boleh terus menebus Selection Contract percuma untuk memilih Agüero atau salah seorang daripada 10 Legend hebat lain yang ditawarkan.

Ikon England, Wayne Rooney, turut membuat kemunculan dengan versi yang dinaik taraf. Rooney ini dilengkapi dua player skill baharu (Phenomenal Finish dan Willpower)) serta peningkatan kekal +3 boost pada statistik shooting. Selain itu, pemain boleh mendapatkan satu lagi Kad Legend percuma dengan menyelesaikan objektif di hub kempen khas dalam game.

Bermula hari ini juga, KONAMI menganjurkan acara bingo yang dikenali sebagai Treasure Link. Hanya dengan log masuk dan bermain perlawanan online, anda boleh meraih serta berkongsi ganjaran khas mengikut tahap Special, Rare, dan Normal.

Kemas Kini Besar-Besaran Menyusul Ogos 2026

Bagi pemain yang inginkan kawalan taktikal lebih terperinci di atas padang, KONAMI berkongsi kemas kini utama yang akan tiba bulan depan:

  • Custom Tournament Mode: Pemain boleh menganjurkan kejohanan sendiri dengan menetapkan peraturan khas, format kumpulan, dan jadual peringkat kalah mati untuk perlawanan persahabatan mahupun liga komuniti.
  • Team Style “Overload”: Gaya permainan taktikal baharu yang mengarahkan pemain merapatkan kedudukan di bahagian padang di mana bola berada. Semasa menyerang, ini memberi lebih banyak pilihan hantaran untuk mengekalkan kawalan bola. Apabila bertahan pula, formasi ini memudahkan pasukan membuat pressing dan merampas bola dengan cepat.
  • Attack/Defence Specific Formation: Pemain tidak lagi terikat dengan satu susunan taktikal sahaja. Anda boleh menetapkan formasi khusus semasa menyerang, dan formasi yang berbeza sepenuhnya apabila bertahan.
  • Manager dengan Dual Link-Up: Apabila musim baharu bermula, manager gred tinggi akan hadir dengan dua Link-Up boost berbeza berbanding hanya satu sebelum ini.

Brazil Sapu Bersih eFootball Championship 2026 World Finals

  • Console Division (PS5): Pemain profesional Brazil, FUTEASY_10, dinobatkan sebagai juara dunia selepas menewaskan veteran Itali, ETTORITO, di pentas akhir.
  • Mobile Division: Rakan senegara, Rentao, merangkul gelaran juara kategori mudah alih selepas mengalahkan YASSINE ETTADLAOUI.

Pemain di Malaysia boleh terus log masuk hari ini menerusi peranti mobile, konsol, atau PC untuk menebus ganjaran percuma dan menikmati acara baharu Treasure Link.

Tags: Efootball
ShareTweetSend
Previous Post

Pra-Pendaftaran Monster Hunter Outlanders Kini Dibuka Melalui Garena

Next Post

DLC Pertama Nioh 3 ‘Hell Rising’ Akan Tiba 19 Ogos 2026

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
DLC Pertama Nioh 3 ‘Hell Rising’ Akan Tiba 19 Ogos 2026

DLC Pertama Nioh 3 ‘Hell Rising’ Akan Tiba 19 Ogos 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd