Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 20, 2026
in Artikel, Berita, Remastered
0 0
0
Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas bahagian gaming Microsoft dilanda gelombang pengurangan pekerja baru-baru ini, Bethesda Game Studios akhirnya tampil berkongsi rancangan masa depan mereka. Melalui mesej yang dikongsikan hujung minggu lalu, pembangun tersebut membentangkan pelan hala tuju jangka panjang mereka. Menerusi mesej pada hujung minggu lalu, pembangun tersebut membawa khabar gembira dengan mengesahkan bahawa Elder Scrolls VI, Fallout 5 kini dalam pembangunan, manakala remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas turut diusahakan.

Bethesda turut mengesahkan bahawa studio rakan Obsidian Entertainment akan menerajui sebuah projek Fallout serba baharu.

pic.twitter.com/hUWMemoM7R

— Bethesda Game Studios (@BethesdaStudios) July 17, 2026

Masa depan Bethesda akan dipacu oleh teknologi generasi seterusnya, iaitu Creation Engine 3. Menurut studio tersebut, kedua-dua game The Elder Scrolls VI dan Fallout 5 sedang dibina menggunakan platform ini; yang mula dibangunkan sejak pelancaran Starfield. Enjin ini direka untuk membolehkan studio di bawah Bethesda mengendalikan beberapa projek RPG berskala besar secara serentak dengan alatan, sistem rendering, dan proses pembangunan yang lebih moden.

Sungguhpun Fallout 5 sudah memasuki fasa pre-production, fokus utama Bethesda ketika ini adalah The Elder Scrolls VI.

pic.twitter.com/2Z9vutCNl5

— Bethesda Game Studios (@BethesdaStudios) July 17, 2026

Bagi peminat tegar, berita paling menarik pasti adalah kepulangan Obsidian Entertainment ke francais Fallout. Bethesda mengesahkan bahawa studio itu sudah mula mengusahakan satu projek Fallout baharu yang masih belum diumumkan tajuknya.

Langkah ini selari dengan laporan bahawa Microsoft mahu Obsidian memberi tumpuan semula kepada Fallout sebagai sebahagian daripada strategi pengukuhan francais. Di bawah hala tuju baharu ini, Josh Sawyer selaku pengarah Fallout: New Vegas dijangka akan memimpin projek ini.

Oleh sebab pelancaran Fallout 5 masih mengambil masa yang lama, Bethesda merancang beberapa strategi bagi memastikan francais ini kekal aktif dalam pasaran:

  • Remaster: Pembangunan versi remaster untuk Fallout 3 dan Fallout: New Vegas disahkan sedang berjalan. Walaupun tarikh pelancaran tidak diumumkan, projek-projek ini memberi peluang kepada pemain untuk mengalami semula pengalaman klasik di dunia Wasteland.
  • Fallout 76: Game live-service ini bakal menerima expansion besar tahun depan bertajuk Raven Rock, yang membawakan kisah prekuel kepada Fallout 3.
  • Projek Transmedia & Mobile: Fallout Shelter telah mengumpul lebih 250 juta pemain dan bakal menerima season update baharu. Di samping itu, sebuah rancangan TV realiti/tanpa skrip berasaskan game tersebut sedang dibangunkan bersama Amazon Studios dan Kilter Films. Pada masa yang sama, penggambaran Season 3 untuk siri live-action Fallout terbitan Amazon sudah pun berjalan, selepas musim keduanya berjaya merangkul 10 pencalonan anugerah Emmy.
  • Ulang Tahun ke-30: Bethesda akan melangkau acara siaran langsung Fallout Day tahun ini bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada acara fizikal besar-besaran di Washington, D.C. pada tahun 2027, bersempena sambutan ulang tahun ke-30 francais berkenaan.

pic.twitter.com/bA7pEu1nhJ

— Bethesda Game Studios (@BethesdaStudios) July 17, 2026

Bethesda turut mengulang komitmen terhadap Starfield yang kini melangkah ke tahun ketiga. Sci-fi RPG ini telah menarik lebih 17 juta pemain dengan rekod permainan terkumpul hampir satu bilion jam. Pihak studio merancang untuk terus menawarkan kemas kini kandungan jalan cerita, penambahbaikan gameplay, serta expansion baharu bertemakan “Starborn” pada tahun hadapan.

pic.twitter.com/Qar4qsvSI8

— Bethesda Game Studios (@BethesdaStudios) July 17, 2026

Akhir sekali, Bethesda mendedahkan pelan untuk merapatkan lagi kerjasama antara pasukan pembangunan dalaman mereka. Langkah ini menyaksikan ZeniMax Online Studios bekerjasama dengan Bethesda Game Studios bagi mengukuhkan pembangunan harta intelek The Elder Scrolls pada masa akan datang.

Tags: Bethesda Game Studioselder scrollsFallout
ShareTweetSend
Previous Post

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

Next Post

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama
Senarai

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

July 21, 2026
Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu
Beta

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

July 21, 2026
Next Post
Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd