Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 17, 2026
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa diumumkan, game mobile Digimon UP amat dinanti-nantikan oleh para pemain yang mengharapkan sentuhan moden tetapi nostalgia terhadap gameplay virtual pet siri ini. Namun hanya dua hari selepas pelancaran, game ini menerima maklum balas yang sangat negatif daripada komuniti.

Walaupun menampilkan pixel art 2D yang cantik, Digimon UP mengecewakan peminat yang rata-rata menganggap ia sekadar sebuah idle game yang kosong.

Game ini seakan-akan mengetepikan semangat utama francais ini (iaitu pengalaman membesarkan raksasa serta kebebasan memilih bagi pemain) dan menggantikannya dengan aktiviti klik menu automatik serta mekanik gacha yang agresif.

Diumpan Sebagai V-Pet, Sebaliknya Idle Game

Punca utama segala hal negatif berakar daripada cara game ini dipromosikan dengan apa yang sebenarnya ditawarkan kepada pemain. Semasa Bandai Namco mula-mula memasarkan Digimon UP, bahan promosi mereka sangat menekankan mekanik penjagaan klasik seperti Virtual Pet (V-Pet) dan gaya Tamagotchi.

Teaser yang memaparkan sprite pixel-art 2D yang nostalgia bagi watak klasik seperti Tai dan Agumon memberi gambaran bahawa pemain akan menikmati pengalaman menetaskan telur, melatih, serta membina hubungan erat dengan pasangan digital mereka.

Bagaimanapun, realiti selepas pelancaran ternyata jauh berbeza. Bukannya mendapat sebuah simulator virtual pet, pemain sebaliknya disajikan dengan sebuah idle battler generik yang sangat mengehadkan kawalan pemain. Sprite pixel yang lawa itu sekadar menjadi hiasan ketika game berjalan sendiri di skrin.

Sistem Progression Membosankan yang Hanya Bergantung pada Menu

Bagi kebanyakan peminat, tarikan utama francais Digimon terletak pada sistem evolusi bercabang. Dalam game tradisional, cara kita menjaga dan melatih Digimon akan menentukan sama ada mereka berubah menjadi Greymon atau raksasa lain yang berbeza sama sekali.

Namun, Digimon UP merampas kebebasan ini dengan menetapkan laluan evolusi yang sangat linear; sebagai contoh, Guilmon hanya boleh berevolusi menjadi Growlmon.

Lebih mengecewakan, combat di dalam game hampir tidak menyumbang kepada aspek “progression”. Walaupun Digimon bertarung melawan musuh tanpa henti secara auto-pilot, combat langsung tidak memberikan “experience point”. Sebaliknya, semua progression penting disandarkan sepenuhnya kepada tugas-tugas di dalam menu.

Untuk meningkatkan kekuatan Digimon, pemain perlu memberi makan daging yang dituai secara pasif dari “Meat Field” yang dihadkan masa, meletakkan mereka dalam slot latihan pasif, atau melakukan roll untuk mendapatkan peralatan.

Seperti yang ditekankan oleh para pemain di media sosial, game ini pada dasarnya bermain sendiri tanpa menawarkan ganjaran untuk aksi yang dipaparkan.

Mekanik Gacha yang Menyusahkan dan Lambakan Pop-Up Membeli Item

Kemarahan komuniti semakin bertambah disebabkan oleh sistem gacha yang sangat ketat serta sekatan pada tahap-tahap tertentu. Tidak seperti game gacha biasa yang membolehkan pemain melakukan pull untuk mendapatkan watak rare, Digimon UP memperkenalkan mekanik “Summon Level”.

Pemain terpaksa melakukan pull beratus-ratus item gred rendah terlebih dahulu semata-mata untuk meningkatkan tahap summoning banner mereka. Unit tinggi (SR/SSR) langsung tidak diletakkan di dalam gacha sehinggalah banner tersebut mencapai Level 6 atau 7… dan kadar peluang mendapatkannya selepas itu pun hanyalah sekitar 2%.

As we reached the goal of 1 Million Pre-registrations, all the rewards are now being delivered in-game!

You can receive them until 9/30 2:59 PM (UTC) from the "Presents" menu in the game Home Screen.
Everyone can pick them up, play now to get a head start.#DigimonUP #Digimon

— DIGIMON UP (@Digimon_up_en) July 17, 2026

Walaupun pemain yang bernasib baik boleh mendapatkannya, mereka masih berdepan dengan sekatan artifisial.

Sebagai contoh, watak “Buddy” Agumon dan Tai yang diberikan sebagai ganjaran langsung tidak boleh digunakan sehinggalah pemain bersusah-payah grinding melepasi berpuluh-puluh peringkat, di mana slot-slot penting dikunci di sebalik Stage 125.

【SP Support Summon: WarGreymon!】
A new SP Support, WarGreymon, has arrived!

Recruit WarGreymon (EX+) and gain the upper hand in battle! 🤝

■ Event Period
07/15/2026 16:00 (UTC +9) – 08/05/2026 14:59 (UTC +9)#DigimonUP #Digimon pic.twitter.com/GePBIfx2T7

— DIGIMON UP (@Digimon_up_en) July 15, 2026

Demi mempercepatkan proses perlahan ini, game ini sentiasa mendesak pemain ke arah “microtransaction” dan iklan.

Kita digesa untuk menonton iklan demi memendekkan tempoh cooldown (seperti pilihan langkau 30 minit bagi sistem summoning “Hologram Device”) selain dibanjiri dengan tawaran pop-up store secara agresif setiap kali sumber dalam game semakin berkurangan.

Sekadar Projek Sementara Demi Keuntungan Pantas?

Gameplay yang cetek ini menyebabkan ramai dalam komuniti melihat Digimon UP sekadar sebuah projek “stop-gap” yang dilancarkan secara tergesa-gesa.

Ramai mengesyaki game mobile ini dibangunkan secara terburu-buru semata-mata untuk memastikan harta intelek francais kekal aktif sambil menjana hasil “microtransaction” pantas sementara menunggu projek lain siap.

Di pelbagai forum, pemain sudah mula meramalkan jangka hayat yang pendek untuk game ini.

Tags: Digimon UP
ShareTweetSend
Previous Post

[Eksklusif] Bagaimana Indie Wavemakers Mengangkat Martabat Game Indie, Bersama Pengasas Elicia Lee

Next Post

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
[Eksklusif] Bagaimana Indie Wavemakers Mengangkat Martabat Game Indie, Bersama Pengasas Elicia Lee
Eksklusif

[Eksklusif] Bagaimana Indie Wavemakers Mengangkat Martabat Game Indie, Bersama Pengasas Elicia Lee

July 17, 2026
Next Post
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd