Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Where Winds Meet – Expansion ‘Hidden Mountain’ Akan Dilancarkan 23 Julai, Apa Anda Perlu Tahu

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 16, 2026
in Artikel, Berita, Open World, PC, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
Where Winds Meet – Expansion ‘Hidden Mountain’ Akan Dilancarkan 23 Julai, Apa Anda Perlu Tahu
Share on FacebookShare on Twitter

Where Winds Meet mengumumkan bahawa expansion besar seterusnya, yang bertajuk Hidden Mountain, bakal dilancarkan pada 23 Julai 2026.

Membawa gelaran “Where Winds Meet 2.0,” update besar ini memperkenalkan estetika “Eastern Steampunk” (atau “Wuxia-Punk”) ke dalam dunia open-world action RPG ini. Expansion ini akan membawakan peta baharu yang sangat vertical, sistem visual dan audio yang dipertingkatkan, serta pelbagai mekanik traversal dan combat baharu.

Dunia “Wuxia-Punk” yang Vertical

Kawasan Hidden Mountain direka sebagai sebuah persekitaran pelbagai lapisan yang luas; merangkumi air, istana bawah tanah, puncak gunung yang curam, hinggalah ke bandar terapung di langit.

Menurut pihak pembangun, reka bentuk kawasan ini berkait rapat dengan kisah sejarah Mohist Sect. Faction yang terkenal sebagai pakar kejuruteraan purba ini telah membina ratusan mekanika dan jentera yang kompleks ke dalam landskap gunung tersebut.

Bagi meneroka ketinggian yang drastik ini, pemain boleh memanfaatkan mekanik traversal sedia ada (seperti seni bela diri Lightness Skill, memanjat, dan gliding), di samping menggunakan kenderaan mekanikal baharu. Update ini turut memperkenalkan sistem DIY crafting, yang membolehkan pemain memasang kenderaan custom dan rekaan mekanikal sendiri daripada pelbagai komponen untuk menyelesaikan teka-teki persekitaran serta mengakses kawasan tersembunyi.

Naik Taraf Teknikal dan Visual

Demi menyokong pelancaran “Where Winds Meet 2.0,” Everstone Studio membawakan beberapa penambahbaikan visual dan audio untuk memberikan pengalaman bermain yang lebih mendalam:

  • Sistem Audio Dinamik: Reka bentuk audio dilaraskan semula untuk menghasilkan akustik yang lebih realistik apabila tiupan angin melalui kawasan gaung gunung.
  • Tekstur Batuan yang Dipertingkat: Reka bentuk formasi batuan semula jadi telah diperbaharui bagi memaparkan kesan hakisan, aliran air, dan faktor usia secara lebih semula jadi.
  • Sistem Light Rendering dan Ray-Tracing Baharu: Teknologi ini dilaksanakan bagi mengendalikan sistem pencahayaan yang kompleks dan sentiasa berubah mengikut keadaan di persekitaran gunung tersebut.

Perkembangan Sistem Combat dan Faction

Expansion ini turut meluaskan sistem combat dan sistem kemajuan permainan menerusi beberapa penambahan baharu:

  • The Mohist Hill Sect: Tersembunyi jauh di sebalik awan, ini merupakan faction pertama dalam Where Winds Meet yang memfokuskan kepada pembinaan dan crafting. Dengan menyertai sect ini, pemain akan menerima buff unik yang meningkatkan kemahiran seni bina serta pembuatan mekanikal mereka.
  • The Gauntlet Discipline: Pemain boleh menggunakan Gauntlet sebagai weapon class baharu. Playstyle ini memfokuskan kepada kombo seni bela diri jarak dekat yang pantas, direka untuk memecahkan pertahanan musuh serta menghasilkan damage yang tinggi dalam sekelip mata.
  • New Bosses: Pemain bakal berhadapan dengan pelbagai musuh mekanikal. Beberapa pertarungan ini akan mencabar pemain untuk berinteraksi dengan persekitaran serta menyelesaikan teka-teki mekanikal di tengah-tengah pertarungan.

Expansion Hidden Mountain akan tersedia sebagai update percuma untuk semua pemain Where Winds Meet pada 23 Julai 2026. Where Winds Meet boleh dimainkan di PC, PlayStation 5, dan Xbox Series X/S.

Tags: Where Winds Meet
ShareTweetSend
Previous Post

Pra-Pendaftaran Ratchet & Clank: Ranger Rumble Kini Dibuka Di iOS & Android

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Pra-Pendaftaran Ratchet & Clank: Ranger Rumble Kini Dibuka Di iOS & Android
Mobile

Pra-Pendaftaran Ratchet & Clank: Ranger Rumble Kini Dibuka Di iOS & Android

July 16, 2026
Langrisser: Sea of Sword – RPG Taktikal Baru Buat PC & Mobile
Mobile

Langrisser: Sea of Sword – RPG Taktikal Baru Buat PC & Mobile

July 16, 2026
Arknights: Endfield – Update 1.4 Tersedia Sekarang, Memperkenalkan Dua Operator 6★
Berita

Arknights: Endfield – Update 1.4 Tersedia Sekarang, Memperkenalkan Dua Operator 6★

July 16, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd