Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Octopath Traveler I & II Akan Menuju Ke Nintendo Switch 2 Pada Oktober 2026

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 14, 2026
in Artikel, Berita, Nintendo Switch 2, RPG
0 0
0
Octopath Traveler I & II Akan Menuju Ke Nintendo Switch 2 Pada Oktober 2026
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix bersama pembangun ACQUIRE mengumumkan bahawa Octopath Traveler dan Octopath Traveler II akan dilancarkan untuk Nintendo Switch 2. Kedua-dua judul ini akan tersedia dalam versi fizikal serta digital bermula 1 Oktober 2026.

Pengumuman ini dibuat bersempena dengan ulang tahun kelapan siri asal Octopath Traveler yang pertama kali dilancarkan di Nintendo Switch pada 13 Julai 2018. Sejak itu, rekod jualan francais ini telah melebihi 7 juta salinan di seluruh dunia.

Kedua-dua judul telah dioptimumkan untuk menawarkan resolusi yang lebih tinggi serta frame rate yang lebih lancar. Peningkatan prestasi ini amat ketara bagi judul pertama Octopath Traveler, yang sebelum ini hanya berjalan pada resolusi maksimum 720p di konsol Switch generasi pertama.

Namun begitu, ada beberapa hal penting yang perlu diambil perhatian oleh para pemain:

  • Save Data daripada versi Nintendo Switch tidak boleh dipindahkan ke Switch 2.
  • Square Enix tidak menawarkan pilihan naik taraf berbayar dengan harga diskaun untuk pemilik sedia ada di platform Switch. Ini bermakna, sesiapa yang mahu menikmati versi Switch 2 yang dinaik taraf perlu membelinya semula pada harga penuh dan memulakan pengembaraan dari awal.

Francais Octopath Traveler amat terkenal dengan gaya visual “HD-2D” yang unik daripada Square Enix. Seni visual ini menggabungkan watak-watak pixel-art 2D dengan rekaan persekitaran tiga dimensi (3D).

  • Octopath Traveler (2018): Berlatarkan benua fantasi Orsterra, pemain boleh memilih untuk mengikuti kisah salah seorang daripada lapan protagonis. Setiap watak memulakan pengembaraan dari wilayah berbeza dengan jalan cerita peribadi tersendiri; sama ada misi menuntut bela mahupun pencarian jati diri. Selepas penampilan sulungnya di Switch pada tahun 2018, game ini kemudiannya dibawa ke PC (2019), Xbox One (2021), serta PlayStation 4 dan PlayStation 5 (Jun 2024).
  • Octopath Traveler II (2023): Sekuel ini membawa kita meneroka dunia baharu di Solistia, sebuah wilayah yang sedang melangkah ke fasa awal era industri yang pesat. Judul ini memperkenalkan lapan watak baharu dengan jalan cerita tersendiri yang bebas daripada game pertama, menjadikannya sangat sesuai sebagai titik permulaan bagi pemain baharu. Ia dilancarkan di PlayStation, Switch, dan PC pada Februari 2023, sebelum hadir di konsol Xbox pada Jun 2024.
Tags: Nintendo Switch 2Octopath TravelerOctopath Traveler II
ShareTweetSend
Previous Post

Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok – Cara Dapatkan Senjata Terkuat Dalam Game

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok – Cara Dapatkan Senjata Terkuat Dalam Game
Panduan

Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok – Cara Dapatkan Senjata Terkuat Dalam Game

July 13, 2026
Tiada Dalam Novel Atau Manhwa, Solo Leveling: KARMA Akan Jelaskan Arc “27-Year War” Di Bawah Seliaan Chugong
Berita

Tiada Dalam Novel Atau Manhwa, Solo Leveling: KARMA Akan Jelaskan Arc “27-Year War” Di Bawah Seliaan Chugong

July 13, 2026
[Eksklusif] Sejarah di Sebalik Penubuhan Massive Monster Bersama Co-Founder Jay Armstrong
Eksklusif

[Eksklusif] Sejarah di Sebalik Penubuhan Massive Monster Bersama Co-Founder Jay Armstrong

July 10, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd