Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Mobile Mario Kart Tour Akan Tamatkan Perkhidmatan Pada September 2026

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 9, 2026
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Sukan/lumba
0 0
0
Game Mobile Mario Kart Tour Akan Tamatkan Perkhidmatan Pada September 2026
Share on FacebookShare on Twitter

Nintendo mengumumkan penamatan perkhidmatan online bagi game mobile Mario Kart Tour, berkuat kuasa 30 September 2026 pada jam 2PM. Memandangkan tiada versi offline yang akan dikeluarkan, game ini tidak lagi boleh diakses atau dimainkan langsung selepas tarikh tersebut.

Service for the Mario Kart Tour game ends on Sept. 29 at 11:00 p.m. PT / Sept. 30 at 8:00 a.m. CEST. Thank you for your support throughout the years. For info on how rubies and the Mario Kart Tour Gold Pass will be handled moving forward, see in-game notifications or FAQ below.

— Mario Kart Tour (@mariokarttourEN) July 8, 2026

Dilancarkan pada 25 September 2019 di iOS dan Android, game ini merupakan sebahagian daripada langkah Nintendo untuk membawa francais konsol popularnya ke peranti pintar. Walaupun Mario Kart Tour berjaya meraih jutaan muat turun sepanjang tempoh operasi, sokongan pembangunan aktif sebenarnya telah dihentikan sejak Oktober 2023. Pada waktu itu, Nintendo berhenti memperkenalkan litar, watak, dan glider baharu, serta beralih kepada putaran acara-acara bermusim yang sedia ada.

The Night Tour is wrapping up in #MarioKartTour. Next up is the Pipe Tour, full of mountains, valleys, and, of course, pipes!https://t.co/kFvPpcv0vn pic.twitter.com/xGNgeVhf1p

— Mario Kart Tour (@mariokarttourEN) July 3, 2026

Selepas pengumuman ini, Nintendo mula menghentikan ekonomi dalam game tersebut secara berperingkat. Penjualan “rubies” (mata wang premium dalam game) telah pun ditamatkan serta-merta. Bagaimanapun, pemain yang masih mempunyai baki rubies boleh menggunakannya di Spotlight Shop, Mii Racing Suit Shop, serta untuk Coin Rush sehinggalah perkhidmatan tamat sepenuhnya.

The driver Wiggler and the Wiggler Egg kart are rewards for placing high in the ranked cup! #MarioKartTour pic.twitter.com/utQfVdk3EE

— Mario Kart Tour (@mariokarttourEN) July 9, 2026

Selain itu, semua pilihan langganan turut dihentikan. Nintendo telah menutup pendaftaran baharu serta menyekat pembaharuan automatik bagi Mario Kart Tour Gold Pass.

Sebagai langkah akhir, Nintendo menawarkan kelebihan premium Gold Pass secara percuma. Pas langganan ini biasanya membuka akses kepada mod kelajuan lebih tinggi, ganjaran tambahan, serta cabaran unik. Pemain yang mempunyai langganan aktif setakat 7 Julai boleh terus menikmati kelebihan ini secara percuma sehingga penutupan rasmi. Bagi pemain lain yang tidak mempunyai langganan aktif pada tarikh tersebut, kelebihan premium ini pula akan diberikan secara percuma bermula 4 Ogos sehinggalah game ditutup pada 30 September. Butiran lanjut dan panduan peralihan ini boleh didapati di halaman soalan lazim (FAQ) portal sokongan rasmi Nintendo.

Tags: Mario Kart TourMobile
ShareTweetSend
Previous Post

PUBG MOBILE Lancar Kolaborasi Naruto Shippuden – Hadapi Kurama & Mahirkan Pelbagai Ninjutsu

Next Post

Harga RAM DDR4 & DDR3 Akan Naik Mendadak Bermula Q3 2026

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Taman Tema Dragon Ball Bernilai RM28 Bilion Sedang Diusahakan Oleh Perancis & Arab Saudi
Berita

Taman Tema Dragon Ball Bernilai RM28 Bilion Sedang Diusahakan Oleh Perancis & Arab Saudi

August 25, 2026
Final Fantasy Resonance – Tambahan Vision & Superboss Termasuk Ultima Weapon
Berita

Final Fantasy Resonance – Tambahan Vision & Superboss Termasuk Ultima Weapon

August 25, 2026
Nexon & Pasukan Blue Archive Umum Fareidolia; Dulu Dikenali Sebagai Project RX
Berita

Nexon & Pasukan Blue Archive Umum Fareidolia; Dulu Dikenali Sebagai Project RX

August 25, 2026
Next Post
Harga RAM DDR4 & DDR3 Akan Naik Mendadak Bermula Q3 2026

Harga RAM DDR4 & DDR3 Akan Naik Mendadak Bermula Q3 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd