Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ready, Fight! Kolaborasi MLBB x Street Fighter 6 Bermula – Info Skin, Event & Cara Dapatkan Token Percuma

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 3, 2026
in Android, Artikel, Berita, iOS, MOBA, Mobile
0 0
0
Ready, Fight! Kolaborasi MLBB x Street Fighter 6 Bermula – Info Skin, Event & Cara Dapatkan Token Percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Bulan ini pasti meriah buat para pemain Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) kerana kolaborasi bersama Street Fighter 6 daripada Capcom akhirnya dilancarkan hari ini, 3 Julai 2026.

Mari kita lihat maklumat lanjut tentang event ini serta cara untuk dapatkan barangan eksklusif yang ditawarkan.

Skin: Outfit 2

Menerusi kolaborasi ini, empat hero terpilih MLBB akan menjelma sebagai watak Street Fighter 6 . Cabutan utama bagi event kali ini menampilkan “Outfit 2” untuk watak-watak Street Fighter berikut:

  • Paquito sebagai Ryu
  • Chou sebagai Ken
  • Guinevere sebagai Chun-Li
  • Dyrroth sebagai Guile

Setiap skin datang dengan animasi khas, skill effect, dan audio tersendiri: seperti Hadoken daripada Ryu dan Spinning Bird Kick daripada Chun-Li.

Bagi peminat rupa klasik pula, anda boleh mengumpul Painted Skins “Outfit 1” yang menampilkan gaya asal watak-watak tersebut dalam SF6. Antaranya:

  • Paquito “Ryu (Outfit 1)”
  • Chou “Ken (Outfit 1)”
  • Guinevere “Chun-Li (Outfit 1)”
  • Dyrroth “Guile (Outfit 1)”

Pemain pun tidak perlu bergantung pada nasib cabutan semata-mata. Pakaian alternatif ini boleh ditebus terus di Event Shop menggunakan Collab Exchange Item (MLBB × Street Fighter 6 Crest) yang dikumpulkan daripada setiap cabutan.

Cabutan & Bonus Eksklusif

Event Collab Draw bermula dari hari ini, 3 Julai sehingga 16 Ogos 2026. Anda boleh mencuba nasib menggunakan Diamond atau Collab Token. Untuk memberikan lebih nilai buat para pemain, beberapa jaminan turut disediakan:

  • Jaminan Skin atau Item: Anda pasti akan mendapat skin atau item eksklusif kolaborasi dalam tempoh 10 cabutan pertama.
  • Diskaun Harian: Diskaun 50% untuk cabutan 1x pertama setiap hari menggunakan Diamond sepanjang event.
  • Kosmetik Eksklusif: Selain skin hero, cabutan turut dipenuhi barangan kosmetik eksklusif seperti Recall Effect bertema, Elimination Effect, Avatar Border khas, dan Battle Emote unik.

Cara Dapatkan Sehingga 60 Tokens Percuma!

Anda boleh mengumpul sehingga 60 Collab Tokens secara percuma melalui misi log masuk dan misi tambah nilai (recharge). Jangan lupa tanda kalendar pada tarikh-tarikh penting ini:

  • 3 Julai – 6 Julai (Recharge Gift): Selesaikan misi tambah nilai terawal untuk menebus 2 token.
  • 10 Julai – 14 Julai (Login & Recharge Fasa 1): Log masuk untuk menebus token percuma, dan selesaikan misi Recharge Diamonds untuk mendapatkan sehingga 40 token.
  • 17 Julai – 21 Julai (Login & Spending Fasa 2): Log masuk untuk menebus baki token percuma, dan selesaikan misi Spend Diamond untuk membawa pulang sehingga 16 token.
Tags: Mobile Legends: Bang BangStreet Fighter 6
ShareTweetSend
Previous Post

Monster Hunter Outlanders – Ujian Beta 3 Bermula Ogos 2026

Next Post

Final Fantasy VII Revelation Mungkin Terima Story DLC, Terbocor Oleh Epic Games Store!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Final Fantasy VII Revelation Mungkin Terima Story DLC, Terbocor Oleh Epic Games Store!

Final Fantasy VII Revelation Mungkin Terima Story DLC, Terbocor Oleh Epic Games Store!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd