POP MART telah mengumumkan kolaborasi bersama francais Monster Hunter daripada Capcom yang membawakan watak kucing peneman Palico dalam bentuk figura blind box. Siri “Monster Hunter Palico” ini dijadualkan keluar pada 26 Jun 2026, di mana jualan bermula jam 10:00 pagi di Malaysia.
Koleksi ini menawarkan 12 rekaan standard yang memaparkan macam-macam Palico berbaju perisai, berinspirasikan reka bentuk raksasa serta gear daripada sejarah panjang francais tersebut. Senarai penuh barisan figura standard adalah seperti berikut:
- Kamura Palico
- Rathalos Palico
- Acorn Palico
- Nargacuga Palico
- Tigrex Palico
- Lagiacrus Palico
- Zinogre Palico
- Gore Magala Palico
- Glavenus Palico
- Valstrax Palico
- Ruiner Palico
- Rose α+ Palico


Selain 12 rekaan standard di atas, siri ini turut menawarkan figura edisi terhad (Secret Edition) yang sukar ditemui, iaitu Navirou. Kucing ni datang daripada siri spin-off Monster Hunter Stories dan tampil istimewa dalam perisai naga mini berinspirasikan Rathalos.
Koleksi ini boleh didapati secara individu melalui blind box ataupun satu set lengkap:
- Single Box: Setiap kotak mengandungi satu figura rawak. Peluang bagi mendapatkan setiap satu rekaan standard ialah 1:12, manakala kebarangkalian bagi memperoleh edisi terhad Secret Edition Navirou pula adalah 1:144.
- Set Lengkap): Mengandungi 12 kotak blind box tanpa sebarang rekaan yang berulang. Sekiranya anda bertuah mendapat figura Secret Edition, ia akan menggantikan salah satu daripada 12 rekaan standard di dalam set tersebut.

Berdasarkan senarai produk di Shopee rasmi POP MART Malaysia, harga bagi blind box Monster Hunter Palico adalah seperti berikut:
- Satu Blind Box: RM49.80
- Set Lengkap (12 Kotak): RM597.60








Discussion about this post