Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Persona 4 Revival – Atlus Mengupas Apa Yang Baru Dalam Remake Ini

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 19, 2026
in Artikel
0 0
0
Persona 4 Revival – Atlus Mengupas Apa Yang Baru Dalam Remake Ini
Share on FacebookShare on Twitter

Atlus telah mendedahkan maklumat terperinci untuk Persona 4 Revival, iaitu versi remake akan datang bagi JRPG klasik, Persona 4. Menerusi siaran “Persona 4 Revival Broadcast” ini, kami disajikan dengan ulasan mendalam tentang jalan cerita, barisan watak, sistem eksplorasi yang ditambah baik, serta mekanik combat yang dirombak sepenuhnya.

Misteri Pembunuhan di Inaba

Bagi pemain yang tidak pernah mencuba game asal tahun 2008 mahupun versi Golden yang dikeluarkan kemudian, siaran ini menerangkan latar belakang ceritanya. Pemain akan mengawal seorang pelajar sekolah menengah tahun kedua yang berpindah ke pekan luar bandar tenang bernama Inaba untuk tinggal bersama bapa saudaranya. Namun, tidak lama selepas ketibaannya, satu siri pembunuhan aneh mula menggemparkan penduduk tempatan.

Misteri ini berkait rapat dengan satu mitos bandar tentang “Midnight Channel.” Khabar angin mendakwa bahawa jika seseorang merenung skrin televisyen yang kosong pada malam hujan, wajah jodoh mereka akan muncul. Siasatan terhadap fenomena ini akhirnya membawa watak utama dan rakan-rakan sekelasnya menemui dunia alternatif yang berbahaya di dalam TV. Di sinilah mereka membangkitkan kuasa “Persona” untuk menentang makhluk jahat yang dikenali sebagai “Shadows”.

Siaran ini turut memperkenalkan semula barisan watak utama seperti Yosuke Hanamura, Chie Satonaka, Yukiko Amagi, dan Marie. Dari segi visual, versi remake dibina menggunakan Unreal Engine yang menawarkan sistem pencahayaan moden, model watak yang dikemas kini, serta persekitaran sangat terperinci bagi menghidupkan semula kawasan Inaba.

Sistem Combat Lagi Moden

Walaupun elemen asas RPG seperti mengeksploitasi kelemahan elemen musuh dan melakukan serangan awal masih dikekalkan, Atlus turut memperkenalkan beberapa penambahbaikan besar. Langkah ini bagi memastikan gameplay terasa lancar dan setanding dengan judul moden seperti Persona 5 Royal dan Persona 3 Reload:

  • Baton Pass: Diperkenalkan buat pertama kali dalam Persona 5, mekanik ini membolehkan watak menyerahkan giliran kepada rakan sepasukan selepas berjaya menyerang kelemahan musuh. Menggunakan tindakan ini secara berturut-turut memudahkan pemain menumbangkan semua musuh dan melancarkan “All-Out Attack.”
  • Dungeon Guarding: Di luar combat turn-based, pemain boleh bertahan daripada serangan musuh di dalam dungeon. Sekiranya berjaya bertahan, musuh akan ‘stunned’, sekali gus membolehkan kita melakukan serang hendap dengan segera atau mengelak daripada bertarung terus.
  • Send Flying: Mekanik penyebaran status yang serba baharu. Jika pemain menyerang musuh yang sedang mengalami status ailment, kesan tersebut akan tersebar kepada musuh-musuh lain di sekelilingnya.
  • Prime Time dan Series Finale: Sepanjang combat berjalan, satu tolok “Prime Time” akan terisi secara beransur-ansur. Sebaik sahaja diaktifkan, pemain akan mendapat beberapa giliran percuma tanpa sebarang kos SP manakala serangan pula akan mengabaikan ‘resistance’ musuh. Keadaan ini boleh diakhiri dengan serangan muktamad yang dipanggil “Series Finale”.

Muzik, Lakonan Suara, dan Animasi yang Dikemas Kini

Audio game ini turut diberikan perhatian serius. Runut bunyi menampilkan gubahan baharu bagi lagu vokal dan lagu pertarungan, termasuk versi baharu bagi lagu kegemaran peminat seperti Reach Out to the Truth, Time to Make History, dan Backside of the TV.

Di samping itu, lakonan suara bahasa Inggeris telah dirakam semula menggunakan barisan pelakon suara baharu. Bagi mengekalkan elemen keasyikan, Atlus mengesahkan bahawa keseluruhan dialog dalam game akan mempunyai lakonan suara penuh, termasuk untuk semua babak “Social Link” dan acara sampingan kecil.

Bagi babak cerita pula, pembangun menggunakan pendekatan hibrid. Kebanyakan babak penting akan dipaparkan menggunakan model 3D baharu. Walau bagaimanapun, berbeza dengan Persona 3 Reload yang beralih hampir sepenuhnya kepada babak 3D, Persona 4 Revival masih mengekalkan animasi ala anime untuk detik-detik penting, seperti ketika watak utama membangkitkan “Persona” buat pertama kali.

Nostalgia dan Kemudahan Moden

Siaran ini diakhiri dengan pesanan daripada Produser Am Persona Team, Kazuhisa Wada. Beliau menjelaskan bahawa prinsip utama pasukan pembangun adalah untuk mengekalkan keunikan suasana serta intipati daripada game asal, sambil memanfaatkan teknologi moden bagi menjadikannya lebih mudah diakses.

Beliau turut menegaskan bahawa UI, sistem penerokaan dungeon, serta rentak gameplay secara keseluruhan telah dikemaskan bagi memberikan pengalaman bermain yang lancar dan bebas tekanan.

Game remake Persona 4 Revival akan dilancarkan pada 18 Februari 2027 di PlayStation 5, Xbox Series X/S, serta PC (melalui Steam dan Microsoft Store). Game ini juga akan tersedia di Xbox Game Pass pada hari pertama pelancaran, dan pratempah pun telah dibuka di semua platform.

Tags: Persona 4 Revival
ShareTweetSend
Previous Post

Sediakan Dompet! Pre-Order Grand Theft Auto VI Bermula Selasa Depan!

Next Post

Digimon Story Time Stranger – Update Percuma Akan Tambah Terriermon Assistant & Naik Taraf QoL

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Where Winds Meet – Update 1.8 Bawa Sistem Homestead, Teman Haiwan Interaktif & Acara Bermusim
Berita

Where Winds Meet – Update 1.8 Bawa Sistem Homestead, Teman Haiwan Interaktif & Acara Bermusim

June 19, 2026
Naruto Card Game – TCG Baru Oleh Bandai Akan Datang Pada 2027
Trading Card Game

Naruto Card Game – TCG Baru Oleh Bandai Akan Datang Pada 2027

June 19, 2026
Misi Dendam SHINOBI: Art of Vengeance Berterusan Di Nintendo Switch 2
Nintendo Switch 2

Misi Dendam SHINOBI: Art of Vengeance Berterusan Di Nintendo Switch 2

June 19, 2026
Next Post
Digimon Story Time Stranger – Update Percuma Akan Tambah Terriermon Assistant & Naik Taraf QoL

Digimon Story Time Stranger - Update Percuma Akan Tambah Terriermon Assistant & Naik Taraf QoL

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd