Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Digimon Story Time Stranger – Update Percuma Akan Tambah Terriermon Assistant & Naik Taraf QoL

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 19, 2026
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, PC, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Digimon Story Time Stranger – Update Percuma Akan Tambah Terriermon Assistant & Naik Taraf QoL
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco bersama pihak pembangun, Media.Vision, mengumumkan kemas kini percuma untuk Digimon Story Time Stranger yang bakal dilancarkan pada 9 Julai 2026. Patch baharu ini akan membawakan beberapa ciri paling kerap diminta oleh peminat, termasuk playable character baharu, fungsi Photo Mode, pilihan prestasi visual, serta penambahbaikan quality-of-life.

A free update for Digimon Story #TimeStranger is coming to all platforms!
It releases on July 9 (UTC) for PS5® / XBOX SERIES X|S / Steam®, and on July 10 (UTC) for Nintendo Switch 2 / Nintendo Switch.

*Release timing is subject to change without prior notice. pic.twitter.com/993Rp0Zz6G

— Digimon Games (@digimon_games) June 18, 2026

Kemas kini ini dilancarkan bersempena dengan pelancaran game tersebut ke platform baharu. Walaupun RPG monster-taming ini asalnya dikeluarkan pada Oktober 2025 untuk PlayStation 5, Xbox Series X/S, dan PC, ia akhirnya akan membuat kemunculan di Nintendo Switch dan Nintendo Switch 2 pada 9 Julai 2026. Oleh itu, pemain di konsol Nintendo boleh menikmati semua kandungan baharu ini pada hari pertama pelancaran.

Berikut adalah beberapa kandungan yang bakal dibawakan:

  • Terriermon Assistant (Playable Character): Kita boleh membawa Terriermon Assistant masuk ke dalam pasukan Digimon. Variasi unik ini boleh dibuka melalui ‘Mode Change’ daripada Terriermon biasa. Dia juga boleh bertenggek di atas bahu pemain semasa meneroka kawasan luar. Dalam combat pula, serangan khasnya iaitu “Dai-Badgy-Gu” dijamin akan mengurangkan salah satu stat musuh secara rawak sebanyak 60% selama satu pusingan.
  • Sistem Jejak Digivolution di Digifarm: Sejak dilancarkan pada tahun 2025, antara isu yang sering memeningkan pemain adalah proses menjejaki laluan evolusi yang leceh. Sebelum ini, pemain terpaksa menghafal, menulis secara manual, atau mengambil gambar untuk menyemak syarat evolusi Digimon mereka. Isu ini akhirnya diselesaikan melalui pengenalan skrin ‘Digivolution Conditions’ terus di dalam Digifarm, lengkap dengan fungsi ‘Digivolution History’ bagi memudahkan pemantauan proses evolusi.
  • Pilihan Graphic Mode: Pemain konsol boleh melaraskan kualiti visual mengikut cita rasa masing-masing. Pilihan ‘Graphic Mode’ membolehkan pemain bertukar antara mod Quality atau mod Performance dengan frame-rate yang sasar 60 FPS. Bagi pengguna Switch 2, Bandai Namco mengesahkan bahawa mod Quality akan menyokong resolusi asli 4K pada kadar 30 FPS (serta sokongan HDR) apabila berada dalam mod docked, manakala mod Performance pula akan menawarkan resolusi 1080p pada kadar 60 FPS.
  • Photo Mode: Ciri ‘Photo Mode’ membolehkan pemain menghentikan seketika permainan semasa meneroka kawasan luar untuk mengambil gambar. Anda boleh menangkap dan mengubah suai gambar watak bersama-sama Digimon kegemaran.

Terriermon Assistant will finally be playable!
Its Special Move, “Dai-Badgy-Gu”, has a 100% chance of 60% reduction to random stat for 1 turn!
Let's unlock it through Mode Change from Terriermon! pic.twitter.com/7sdFAtiOAP

— Digimon Games (@digimon_games) June 18, 2026

Kemas kini percuma ini akan ditawarkan kepada pemain PlayStation 5, Xbox Series X/S, dan PC bermula 9 Julai 2026. Bagi pemain Nintendo Switch dan Switch 2 pula, kesemua ciri baharu ini sudah sedia ada dalam Digimon Story Time Stranger apabila ia dilancarkan pada hari yang sama.

Tags: Digimon Story Time Stranger
ShareTweetSend
Previous Post

Persona 4 Revival – Atlus Mengupas Apa Yang Baru Dalam Remake Ini

Next Post

Misi Dendam SHINOBI: Art of Vengeance Berterusan Di Nintendo Switch 2

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Granblue Fantasy Versus: Rising Akan Datang Ke Nintendo Switch 2; Prapesan Kini Dibuka
Nintendo Switch 2

Granblue Fantasy Versus: Rising Akan Datang Ke Nintendo Switch 2; Prapesan Kini Dibuka

August 27, 2026
Previu Sonic Racing: CrossWorlds (DLC Crazy Taxi) – Axel Menggila Dalam Update Percuma
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds (DLC Crazy Taxi) – Axel Menggila Dalam Update Percuma

August 27, 2026
Reviu Captain Tsubasa 2: World Fighters – Langkah Yang Lebih Gah Ke Pentas Dunia
Review

Reviu Captain Tsubasa 2: World Fighters – Langkah Yang Lebih Gah Ke Pentas Dunia

Next Post
Misi Dendam SHINOBI: Art of Vengeance Berterusan Di Nintendo Switch 2

Misi Dendam SHINOBI: Art of Vengeance Berterusan Di Nintendo Switch 2

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd