Rockstar Games mengumumkan bahawa pre-order untuk Grand Theft Auto VI akan dibuka secara rasmi pada hari Selasa, 25 Jun 2026. Game ini pula dijadualkan keluar pada 19 November 2026 untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X/S.
Selain berkongsi tarikh pre-order, Rockstar turut mendedahkan cover art rasmi bagi game tersebut.
Seperti kami kata di atas; bermula Selasa depan, para pemain boleh pre-order Grand Theft Auto VI secara khusus menerusi platform digital seperti PlayStation Store dan Xbox Games Store, serta kedai game terpilih.
Bagaimanapun, beberapa maklumat penting masih lagi dirahsiakan kerana Rockstar belum mendedahkan maklumat harga mahupun mengumumkan sebarang edisi khas, Deluxe, atau Collector’s Edition. Mengambil kira peningkatan kos pembangunan dan kenyataan daripada pihak pengurusan Take-Two Interactive sebelum ini, penganalisis industri menjangkakan game asas mungkin akan dijual pada harga mencecah RM300+.









Discussion about this post