Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Animasi 3D ‘Nirnama’ Dirancang Sebagai Filem Trilogi, Sasar 2029 Untuk Tahun Tayangan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 9, 2026
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem, Tempatan
0 0
0
Animasi 3D ‘Nirnama’ Dirancang Sebagai Filem Trilogi, Sasar 2029 Untuk Tahun Tayangan
Share on FacebookShare on Twitter

Studio animasi terkenal di sebalik siri Ejen Ali, WAU Animation, telah berkongsi butiran lanjut tentang projek kerjasama mereka bersama penulis tempatan terkenal, Hilal Asyraf, bagi mengadaptasi novel popular Nirnama ke bentuk animasi.

Diumumkan sesi 'Pendedahan Awal Animasi Nirnama' bersama @thewaufactor pada 6hb Jun 2026 nanti.

Pukul 8.00 malam, bertempat di reruai Hilal Asyraf Resources, Tingkat 4, Dewan Tun Razak 4.

Disclaimer awal – belum ada trailer animasi untuk didedahkan dalam acara ini. pic.twitter.com/qcTqxW42aX

— Hilal Asyraf (@HilalAsyraf) May 24, 2026

Menurut perkongsian pihak WAU Animation kepada portal Amanz, kedua-dua pihak mengesahkan bahawa projek animasi Nirnama akan diterbitkan dalam bentuk filem cereka dan bukannya dalam format siri televisyen. Walau bagaimanapun, bagi tujuan promosi peringkat awal untuk memperkenalkan karya ini kepada penonton, ada perancangan untuk menerbitkan sebuah siri mini terlebih dahulu.

Animasi ini akan dihasilkan sepenuhnya dalam bentuk 3D menggunakan kepakaran sedia ada WAU Animation yang sebelum ini berjaya membina reputasi kukuh melalui francais Ejen Ali. Jalan cerita bagi filem ini akan mengambil latar masa daripada novel pertama Nirnama dan dirancang untuk diterbitkan dalam bentuk trilogi.

Antara ucapan Tuan Usamah semasa sesi pendedahan awal animasi Nirnama.

Hari ini, Ahad, 7hb Jun 2026, merupakan terakhir PBAKL2026 di WTCKL.

Harapnya ramai sudi mendapatkan Novel Nirnama di reruai Hilal Asyraf Resources yang terletak di tingkat 4, Dewan Tun Razak 4. pic.twitter.com/kSRI5ISH0i

— Hilal Asyraf (@HilalAsyraf) June 6, 2026

Mereka sasar untuk menayangkan filem animasi pertama Nirnama pada tahun 2029. Jangkaan masa ini adalah setahun selepas tayangan filem animasi Ejen Ali 3 yang dirancang pada 2028.

Walau bagaimanapun, pihak produksi menjelaskan bahawa garis masa ini masih di peringkat perancangan awal dan boleh berubah mengikut kelancaran proses pembangunan animasi. Sekiranya semuanya berjalan lancar, filem kedua dan ketiga bagi trilogi Nirnama ini dijangka akan menyusul dengan selang masa sekitar dua tahun selepas filem pertama.

Projek ini sebelum ini telah diketengahkan semasa acara Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 yang berlangsung di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL). Pada acara tersebut, satu sesi khas bertajuk ‘Pendedahan Awal Animasi Nirnama’ telah diadakan bagi memberi peluang kepada pengunjung melihat fasa pembangunan rekaan watak dan konsep visual adaptasi ini.

Bagi peminat yang tidak berkesempatan menghadiri sesi fizikal tersebut, video pembentangan berkenaan telah pun diterbitkan di YouTube Thewaufactor.

Tags: animasiNirnama
ShareTweetSend
Previous Post

Capcom Mid-Year Sale Bawa Diskaun Pertama Kali Buat Resident Evil Requiem

Next Post

No Straight Roads 2 – Trailer Baru Dedah Butiran Plot, Musuh Baharu & Kepulangan Watak Kegemaran

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu KAZUMA KANEKO’S TSUKUYOMI – Naik Taraf Yang Seronok, Tetapi Tercalar AI
Review

Reviu KAZUMA KANEKO’S TSUKUYOMI – Naik Taraf Yang Seronok, Tetapi Tercalar AI

Borderlands 4 Akan Terima Dua DLC Besar Pada Tahun Ini Bermula Dengan Bounty Pack 4
DLC

Borderlands 4 Akan Terima Dua DLC Besar Pada Tahun Ini Bermula Dengan Bounty Pack 4

July 24, 2026
Anime Baru “Mobile Suit Gundam RG XARX-ZERO” Akan Tiba 2027
Anime

Anime Baru “Mobile Suit Gundam RG XARX-ZERO” Akan Tiba 2027

July 24, 2026
Next Post
No Straight Roads 2 – Trailer Baru Dedah Butiran Plot, Musuh Baharu & Kepulangan Watak Kegemaran

No Straight Roads 2 - Trailer Baru Dedah Butiran Plot, Musuh Baharu & Kepulangan Watak Kegemaran

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd