Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 6, 2026
in Action, Anime, Artikel, Berita, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco dan pembangun Bandai Namco Studios telah mengumumkan Gundam Rogue Orbit, sebuah ‘high-mobility action game’ yang dijadualkan untuk keluar pada tahun 2027. Didedahkan semasa acara Summer Game Fest, game ini sedang dibangunkan untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam.

Berbeza dengan kebanyakan game terdahulu, Gundam Rogue Orbit tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana siri anime atau manga sedia ada. Sebaliknya, ia membawakan garis masa dan alam semesta yang sepenuhnya baharu dalam saga Gundam, menyaksikan umat manusia terpaksa berjuang demi kelangsungan hidup menentang ancaman misteri yang tidak dikenali.

Pemain akan menggalas watak sebagai seorang ace pilot bernama RE-X, yang mengawal Mobile Suit dikenali sebagai Gundam Helix. Bersama sekumpulan askar biasa, pemain akan mengetuai misi menentang kuasa asing yang kejam ini.

Trailer pengenalan menunjukkan peralihan ke arah aksi third-person yang pantas. Klip video di atas mempamerkan Gundam Helix meluncur di sekeliling unit musuh yang kecil serta bos-bos gergasi, menggabungkan combat jarak dekat pantas dengan serangan jarak jauh. Bandai Namco turut menyatakan bahawa game ini akan menampilkan persekitaran yang luas, di mana pemain bakal berhadapan dengan kumpulan musuh yang besar serta cabaran yang menguji refleks pantas dan kemahiran bertempur.

Dari segi visual pula, game ini membawakan rupa yang lebih terperinci dan realistik. Setiap Mobile Suit menampilkan kesan calar-balar pada perisai dan kesan rosak, berserta pencahayaan bagi memastikan setiap pertarungan terasa lebih hidup pada konsol generasi semasa.

Bandai Namco memposisikan Gundam Rogue Orbit sebagai titik permulaan terbaik untuk pemain baharu, sambil menawarkan pengalaman yang berkembang buat peminat setia francais.

Walaupun akan datang pada 2027, Bandai Namco merancang untuk berkongsi lebih banyak maklumat mengenai jalan cerita dan gameplay dalam beberapa bulan akan datang.

Tags: Gundam Rogue Orbit
ShareTweetSend
Previous Post

Virtua Fighter Crossroads – Tukar Genre Ke ‘Fighting Adventure,’ Akan Datang 2027

Next Post

Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2

Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd