Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 5, 2026
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, PC, RPG, Steam
0 0
0
BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam, Neowiz telah melancarkan klien PC berasingan untuk BrownDust2, bertepatan dengan sambutan ulang tahun ke-3 bagi RPG taktikal ini. Kini, pemain boleh menikmati game ini dengan lebih lancar pada skrin yang lebih besar tanpa perlu bergantung pada peranti mobile atau emulator pihak ketiga.

BrownDust2 PC Version Now Available! 🥳

The wait is finally over—BrownDust2 is now available on PC!
Fully synced with mobile, so you can continue your adventure anytime with the standalone PC client.

👉 Download now: https://t.co/XYOOfdoHHT#BrownDust2 #PC #Standalone pic.twitter.com/MJuFRpRHVY

— BrownDust2 Official (@BROWNDUST2_EN) June 4, 2026

Klien PC ini menyokong ciri cross-progression penuh. Pemain sedia ada boleh menghubungkan akaun mereka menggunakan Google Play Games, peranti mobile, atau platform lain yang berkaitan untuk memindahkan watak, barang, dan kemajuan gameplay.

Bagi pemain yang bermain di PC melalui Google Play Games, versi tersebut akan kekal aktif tetapi telah dinamakan semula kepada “BrownDust2 (GPG)” bagi mengelakkan kekeliruan dengan launcher baharu ini.

Apa itu BrownDust2?

Bagi mereka yang baru mengenali game ini, BrownDust2 ialah sebuah adventure RPG. Kisah utama berlatarkan benua Svern, di mana lima kerajaan telah hidup dalam keadaan aman sejak kejatuhan Empayar Karian.

Bagaimanapun, apabila sihir gelap mula mengubah nasib bumi tersebut, sekumpulan pengembara yang tidak disangka harus bersatu untuk menghalang ancaman peperangan.

Sistem combat dalam BrownDust2 adalah simulasi berasaskan grid 3×4 yang sangat taktikal.

Daripada bergantung pada kuasa semata-mata, pemain perlu menyusun watak secara strategik di atas grid, merancang turutan skil, menggunakan kelebihan elemen, serta menggunakan kesan knockback mengikut arah untuk menolak musuh ke arah satu sama lain bagi menghasilkan damage maksimum.

Pelancaran klien PC ini hadir semasa detik penting buat game ini. BrownDust2 sedang menganjurkan acara Ulang Tahun Ke-3 “Cruise Protocol”.

Sempena ulang tahun ini, kempen ganjaran besar-besaran menawarkan sehingga 1,300 cabutan percuma selama 12 minggu, pengenalan jalan cerita “Master Pack”, dan sistem Rapport baharu untuk merapatkan hubungan dengan watak kegemaran.

Cara Memuat Turun dan Memasang Klien PC

Hanya beberapa langkah mudah diperlukan untuk mula bermain di PC:

  1. Layari laman web rasmi di browndust2.com.
  2. Klik butang [Download PC Version] pada halaman utama untuk memuat turun fail.
  3. Jalankan fail pemasangan yang telah dimuat turun (BD2StarterSetup.exe) dan selesaikan proses pemasangan.
  4. Lancarkan game dan log masuk menggunakan akaun yang sama yang disambungkan ke profil mobile atau GPG untuk memuatkan data permainan.

Hal Penting tentang Pembayaran di PC

Jika ingin membuat pembelian dalam game melalui klien PC, sila perhatikan beberapa syarat dan had yang telah ditetapkan oleh Neowiz:

  • Anda hanya dibenarkan menukar wilayah pembayaran sebanyak 3 kali sahaja untuk setiap akaun.
  • Transaksi pada klien PC dikendalikan melalui Xsolla dan MyCard.
  • Walaupun klien PC menggunakan sistem transaksi yang hampir sama dengan Web Shop, pembelian yang dibuat terus di dalam klien PC tidak dikira sebagai pembelian Web Shop rasmi. Ini bermakna sebarang kupon diskaun atau mata ganjaran (mileage) yang anda kumpulkan hanya boleh digunakan di laman web Web Shop rasmi, dan bukannya di dalam klien PC.
Tags: BrownDust2PC
ShareTweetSend
Previous Post

EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!

Next Post

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd